TAK SUKA CAKAP DEPAN-DEPAN, JANGAN CAKAP BELAKANG-BELAKANG

Sis Lin
14
TAK SUKA CAKAP DEPAN-DEPAN, JANGAN CAKAP BELAKANG-BELAKANG | PAGI tadi teremo sikit dek terbaca seorang kawan ni kongsi apa yang 'orang lain' bualkan mengenai diri Sis ni, hurmm ikutkan macam tak elok juga perangai kawan tu duk sebarkan apa yang dia tau, tak memasal hati dan pemikiran Sis pun dah jadi bercelaru dan terus hilang mood.. tapi takpelah, thanks laa kat kawan tu sebab dia bagitau so Sis bolehlah elak-elakkan 'mendekat' ... 

Tapi tu laa, sejak-sejak dah berumur ni, Sis malas nak pikir pasal orang cakap belakang-belakang ni, lantak la. Lelebih lagi, kalau yang cakap belakang tu selama ni kita percaya dia, tapi ermm tak sangka macamtu perangainya, so malas nak fikir dan tak kuasa nak fikir. Masalah gini, lagi kita fikir lagi kita stress, solusi pun takde, baik takyah pikir. 

Bagi Sis kan, lagi di fikir cakap-cakap orang, lagi tak senang hati, percaya lah. lantak gi mampus la dengan orang yang suka ngumpat, cakap belakang-belakang ni. Buat apa kita nak fikir pasal orang. Selagi fikir, selagi tu lah korang tak senang hati.

Orang cakap belakang-belakang ni, tempatnya memang di belakang. Menandakan kita memang berada di hadapan mereka. So, why worries? Lagi satu, kalau kita tak mahu di perkatakan belakang-belakang, jangan buat atau bagi peluang orang cakap kita belakang-belakang. Kita buat hal kita ye sudah. Orang belakang kita tinggalkan.. kita ceduk yang positif jer. Let them be. Nak cakap yer cakap, nanti penat, mereka diam laa.. 

Takyah pikir sangat. Sis memang malas nak fikirlah. Banyak benda lain lagi nak fikir dan boleh fikir. Mana nak urus rumahtangga, anak dan 'kerja' blog Sis, so chill-chill sudah. Ingat ada masa ke nak fikir risau-risau pasal orang cakap belakang ni?? Takde masa oii.. 

Perangai Sis, malas nak tau apa orang fikir, come on laa, jangan la guna word 'nanti kita buat camni, orang cakap belakang belakang'. Sis memang pantang sangat orang suka sebut ayat tu. Hidup tak motivate langsung kalau asyik ada pemikiran tu dalam minda. Satu hal, kita pulak yang jadi negatif, sbb asyik prasangka buruk dengan orang. Dan kalau betul pun orang cakap belakang-belakang, biarlah. 'tak hidup dek puji, tak mati dek keji'. 

Tak Suka Cakap Depan-Depan, Jangan Cakap Belakang-Belakang

Sis rasa, orang yang risau sangat orang perkatakan pasal dia/cakap belakang-belakang ni sebab dia pun selalu perkata hal orang/cakap hal orang belakang-belakang. Bila dah jadi habit dia, dia pun rasa semua orang camtu. Betul ke takk?? Sorry to say that.. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” Surah An-Nuur, ayat 19

Jika kita ingat bagaimana perasaannya apabila kita diperkata dibelakang oleh kawan kita sendiri, kita juga tidak patut berbuat demikian. Semua agama mengajar penganutnya supaya sentiasa menjaga tali persahabatan diantara sesama manusia dan tidak berkata buruk tentang rakannya. Semua orang akan merasa sedih apabila berdepan dengan situasi ni, termasuk Sis sendiri. 

Amalkan lah budaya terus terang jumpa dan berdepan. Tak guna kalau cakap belakang. Masalah tak selesai pun. Tambah sakit hati lagi ada la. Jangan buat kerja susah, kalau ada yang dah bagi tahu, pandai=pandai ler nak berjaga-jaga. Mana tau satu masa nanti, perkara-perkara begini semua dapat dielakkan.

Selain itu, kalau cakap belakang ni, banyak musuh boleh dapat. Sampai ke tahap, kawan baik sendiri boleh jadi musuh. Hanya disebabkan oleh perkara cakap belakang ni. Kan dah hilang satu kawan, musuh pula bertambah. Hidup nanti tak senang banyak musuh ni. Macam-macam masalah lagi tambah ada la.

Kalau boleh, kita elakkan la perkara ni berlaku. Tak dapat apa-apa pun. Kalau setakat nak dapat kepuasan hati, rasanya lebih puas kalau kita bersemuka dengan orang itu. Sekurang-kurangnya kita dapat tahu reaksi dia apa semua. Betul tak?.. Tapi Sis lebih suka berdiam aja.. malas nak panjang-panjang.. kita diam tak rugi apa pun.. bertambah pahala ada.. 

Moral of the story stop cakap, mengata atau mengumpat dan cakap belakang ni. Takde faedah pun yang boleh di terima. Lebih elok kita berbaik-baik dan cakap terus terang dengan orang itu secara depan depan. Lebih afdal ..

So kalau ada yang tak puashati dengan Sis.. marilah duduk semeja kita kopi-kopi ya.. Jangan risau, Sis tak makan orang, Sis nasi jer lalalalalala.. 


P/S: Terima kasih sahabat ... 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nak kongsi citer? Bole wasap2 zis jgk k hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan saya gak dlm wasap group hehe. ish, dulik je org camtu sislin. sbb tu skrg dah berenti rasa tenang je hidup takde dah hadap sgt perangai org yg tak seberapa. jom ngopi kat sentul je hehe

      Delete
    2. Masukkan saya juga ya. Heeeee

      Delete
    3. Thanks Ret dan Karni juga GB . memang mengusik hati betul haritu, but now dah okay dah...

      Delete
  2. Elok la Sis Lin jauh kan diri dari orang yang macam tu..SA kalau dah tau memang SA elak dari terus berkawan...nanti kita balik duk terfikir2...sabar ok Sis Lin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa SA, kita elakkan laaa, mendekat boleh tapi sekat apa yang patut...

      Delete
  3. Uishhh, sapa tuuu.. hasammmboiiii behtol... sis jumpa dia nanti ganyang je dia... hahaa.. gurauuu.. Semoga Allah buka kan hati dia untuk bersemuka dan meminta maaf pada sis sebelum terlambat... Bagi saya, dia pun kena tahu sis tengah sakit hati dan sedih dgn sikap dia... Ok.. semoga mood kembali ceria ye wahaai sis Lin yang comel 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adat resam kehidupan Nona, ada yang suka, ada yang tak suka, so pepandai laa kita bawa diri...

      Delete
  4. Kte secara jujur paling menyampah kat penyampai tu haha pd kte kalo ko tau ada org kata kita ko senyap2 x yah nak sampai kan..dek kerana mulut ko la tak pasal2 kita sakit ati haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Min, kalau takde yang menyampaikan, hidupku tenang-tenang ajaa

      Delete
  5. my god, siapa yang berani beraninya cakap hal sis ni! Aku ganyang kang baru tahu. Tak puas hati wasap terus sis tu, tak pun email je sis. apa susah! Jangan dipikirkanlah sis ya. Moga baik baik aje.

    ReplyDelete
  6. jom kita sama-sama juga ingatkan satu sama lain kalo tengah berbual tu rasa nak mengumpat..benda paling susah nak buat kan, tapi akan rasa tak best bila kita da terbuat..sebab tu elok kita elakkan..mengumpat ibarat memakan daging saudara sendiri..orang tak rasa takut dengar atau baca ayat ni, kena bagi video arab buat dulu viral sekali tu, baru dia takut nak ngumpat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah Sun, marilah kita pesan memesan sesama kita.. banyak benda lain lagi faedah kita boleh borakkan...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!