AKU DAH CUCUK BOOSTER DOS-2 SEMALAM

Sis Lin
13
AKU DAH CUCUK BOOSTER DOS-2 SEMALAM | ALHAMDULILAH, Sis dah cucuk booster dos-2 semalam, so far selepas cucuk keadaan badan dan kesihatan Sis masih okay, cuma biasalah lengan tempat yang dia cucuk tu rasa sakit dan mengeras. Malam tadi Sis dah sapu minyak EO Panaway, pagi ni dah okay dah sikit. Moga terus laa sihat dan tiada kesan sampingan macam mula Sis cucuk booster Dos-1 tu.

Kalau di ingat-ingat sakitnya cucuk booster Dos-1 tu, aduiii seriau okay.. kesan selepas cucuk tu, Sis dapat sakitnya tangkap ke pinggang badan belakang. Sakit dia macam sakit contraction orang nak bersalin tu haa, ko bayangkan laa sakitnya. But now, so far okay ni.. 

Sis amik booster dos-2 ni di Hospital Penawar pusat pemberian vaksin Covid-19 dan dos pengalak di Pasir Gudang. Dekat dengan rumah Sis aja. Lagipun dalam MySejahtera tu, dia ikut di mana tempat tinggal kita. Semalam pergi, memang tak ramai orang dan prosesnya pun cepat. 

Aku Dah Cucuk Booster Dos-2 Semalam

Memang ramai yang tanya, 'Kenapa cucuk awal sangat?', dan ada juga yang tanya, 'Eh ada booster dos-2?' ... ermm memang ramai juga yang tak tau mengenai vaksin booster dos-2 ni haa.. maybe sebab sekarang ni ramai dah tak pandang apps MySejahtera tu, atau mungkin juga ramai dah delete apps tu.. tapi Sis masih lagi guna, masih lagi update status kesihatan di situ dan masih juga scan check-in bila ada masuk certain tempat yang kita kena scan, so macam mana nak delete? Memang kena guna juga. 

Kadang Sis tak menjawab pun soalan-soalan yang memerlukan penjelasan, sebab cucuk vaksin dan booster ni tiada paksaan, terpulanglah pada kesihatan masing-masing. Jika rasa badan tu sihat dan tidak ada penyakit, tak payah laa (kata orang), amalkan jer hidup gaya sihat.. tapi bagi Sis, Sis memerlukannya, sebab Sis sendiri ada penyakit Darah Tinggi, dan Sis juga sentiasa ke sana ke sini, so untuk lebih double protection pada diri, Sis amik booster dos-2. 

Satu lagi.. nanti Sis nak pergi oversea hahahaha.. jeng jeng jeng...

Aku Dah Cucuk Booster Dos-2 Semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) mula memberikan suntikan dos penggalak yang kedua kepada segelintir kelompok individu sebagai kumpulan penerima pertama, berlandaskan syarat tertentu. Antara kelompok penerima pertama itu merangkumi golongan warga emas yang mempunyai komorbiditi atau sihat tubuh badan, selain pengembara ke luar negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata pengambilan suntikan imunisasi dos keempat bagi golongan berkenaan adalah atas dasar sukarela. Dos penggalak kedua boleh diambil oleh individu berumur 60 tahun dan ke atas, dengan komorbiditi berisiko tinggi dan individu yang mempunyai sistem pertahanan badan berkadar teruk atau sederhana, berumur 12 tahun dan ke atas.

Buat masa ini, vaksin mRNA Comirnaty (Pfizer-BioNTech) adalah vaksin yang disyorkan bagi dos penggalak kedua berdasarkan data saintifik.

Aku Dah Cucuk Booster Dos-2 Semalam

Alhamdulilah, tak kisahlah apa nitizen pertikaikan, yang pasti, Sis dah cucuk booster dos-2 semalam. Kawan Sis, Ima ni pun dah cucuk juga sama Sis. Lepas ni moga bertambah tinggi imun badan, dan jika terkena sakit, tidaklah terlalu mudarat dan melarat. Moga allah beri kami kesihatan yang baik selalu, aamiinn.. 

Bagi korang yang nak amik booster dos-2 ni di sini, boleh jer walk-in terus, tapi kena datang pepagi. Sebab slot tak banyak. Cepat jerr semalam cucuknya.. Prosedur tetap sama, SOP pun sama. Alhamdulilah Allah permudahkan semuanya.

Now Sis nak mula berehat sekejap, nak stay at home, fokus nak siapkan kerja blog tertunggak draft yang berderet. Rasa macam dua minggu ni terlalu busy Sis.. badan pun rasa letih sangat.. so nak rehat dulu buat masa ni. Ada appoinment dan event pun, Sis terpaksa cancel last minit. Takut kang ikutkan sangat, jadi kesan pada kesihatan, so sebelum sakit, baik rehat kan.. 

Dah, jomlah kita packing kain baju.. 


P/S: Sis doakan kepada mereka yang sakit akan segera sembuh dan sihat seperti biasa ya.. stay safe dan jaga diri korang ... 

إرسال تعليق

13تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah. Semoga sis terus sihat. Aamiin.

    ردحذف
  2. Alhamdulillah.. kita masih berkira-kira nak ambil kat opis ataupun dekat luar lagi ni

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo senang kat opis ada, kalau tak kena laa ke PPV berdekatan..

      حذف
  3. Tahniahhhh... Packing p mana sis.. hehehe

    ردحذف
  4. Advanced betul sis kita. Nur pun tak tahu booster ada 2nd dose. Haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe keluar dalam MySejahtera Nur.. tu yang pi cepat..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!