BUFFET LUNCH DI OPERO HOTEL RM98, BAGI AKU BERBALOI SANGAT! | KALAU sebut harga memang rata-rata akan kata 'mahalnya', yaaa bukan korang jer, teman-teman rapat Sis pun berkata demikian, dan mereka membandingkan pula dengan harga buffet lunch hotel yang lebih murah dari harga itu.. tapi...
Korang kena lihat dari segi makanannya, kalau murah, kena lihat pada menu-menu yang di hidangkan, dan jika mahal, mesti ada sesuatu kelainannya pada menu yang di hidangkan. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tak kuat makan, so dengan bayar RM98 tu agak mahal dan membazir katanya, tapi bagi mereka yang pemakan dan suka makan beraneka rasa menu, so harga RM98 tu kira dah berbaloi-baloi buat mereka.
Sedap tu subjektif, tapi kalau hanya tanya, 'sedap ke?', tapi tak mencuba, so susah laa korang nak dapat jawaban yang relevan dengan soalan, ye laa tekak memasing kan, mana laa sama. Untuk mendapatkan kepuasan, Sis mengajak anak bujang Sis makan tengahari buffet lunch di Opero Hotel baru-baru ni.
Jom tengok apa yang menariknya makan di sini..
Buffet lunch di Opero Hotel ni menyajikan aneka hidangan dari makanan Melayu hingga ke citarasa antarabangsa, yaa western ler.. so memang banyak pilihan laa walau nampak macam tak banyak hahaha.. Menu mereka pula bertukar-tukar mengikut hari, so kalau hari-hari korang datang makan, menunya berlainan la.
Masa Sis pergi tu, ada menu Asam Pedas Ayam, Daging Salai Lomak Cili api, ada masakan Sotong, hidangan Ikan Salmon, Sayur-Sayuran dan juga ada Nasi Minyak atau Nasi Putih,
Nak western pun ada, ada di hidangkan Spageti Aglio Olio Seafood masa Sis datang, dan beberapa lagi hidangan. Suka makan Shushi? Shashimi, Seafood On Ice, pun adaaa... semua di hidangkan dalam satu harga buffet lunch tu. Korang makan laa sampai kenyang selagi boleh makan.
Untuk hidangan pencuci mulut juga ada beraneka kuih-muih dan berjenis kek potong. Ingatkan bulan puasa jer jumpa Kuih Tako dan Lepat Pisang, rupanya kat sini pun ada, apalagi kemain sukalah anak bujang Sis, kuih kegemaran dia. Rasanya pun not bad, sedap.
Di Buffet lunch Opero Hotel ni, kalau korang datang setiap hari makan, korang akan nampak ada menu highlight yang setiap hari bertukar di hidangkan oleh Chef Mahady. Masa Sis datang tu, ada hidangan Herbs Crusted Salmon Filler. Memang sedap, anak hujang Sis kemain suka makan yaaa, sampai dua kali menceduk hehehe..
Tengok je laa pinggan makan Sis tu haa, memang penuh ajer dengan menu-menu yang Sis rasakan menarik Sis nak cuba. Tu baru separuh hidangan, ada lagi tu yang Sis tak ceduk, tak boleh laa ceduk semua uii, kang ada duduk situ sampai ke malam tak bangun hahaha.. Yang penting, korang jangan lupa cuba Teh Tarik Kaww dia, perghh mantop.... tapi naka bujang komplen, banyak nau rasa susu hohoho..
Untuk korang lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang bolehlah ke Facebook Page akusislin di atas ni, atau klik SINI aja ookay..
Sedap tu subjektif okay! untuk tekak Sis, memang semuanya ookay!. Kalau korang jenis pemakan, haa bolehlah cuba buffet lunch ni ya. Pasti puashati. Suasana tempat makannya pun selesa dan luas 🐝 .
Harga per-pax :
- RM98nett Dewasa
- RM50nett Kanak-kanak (7-12 years old)
- Kanak-kanak 6 tahun dan kebawah makan PERCUMA
📅 SETIAP HARI - Isnin hingga Jumaat
⌚ Dari jam 12.30pm - 2.30pm
Opero Hotel Southkey, JB
Oliva Cafe (aras Lobby)
No.2, Jalan Southkey 1/2,
Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
Untuk tempahan meja :
P/S: Suka betul Sis tengok periuk hidangan menu dia laaa, lawo gilerr.. mana beli ekk?
berbaloi rasanya sebab ada salmon bagai..
ReplyDeleteYaaa memang berbaloi laa, sebab ada juga seafood on ice tu haaa
Deletesedapnya nengok semua menu tu kak oi
ReplyDeleteKannn, semua sedap-sedap Dana...
Deleteoi kenapa time ko ada kuih tako..ish sedapnyaaa! time aku ada lepat pisang hahahah!
ReplyDeleteyerrr, harga dia tu berbaloi2 dengan kemewahan makanan dia!
Tu laa, Amat kemain suka, kegemaran dia ko hahahaha
Delete