CHEESETART BUNCIT BY YUMMYLICIOUS BAKERY UNTUK BIRTHDAY SUNAH SAKURA

Sis Lin
28
CHEESETART BUNCIT BY YUMMYLICIOUS BAKERY UNTUK BIRTHDAY SUNAH SAKURA | SEMALAM birthday sahabat baik Sis,Sunah Sakura. Dan semalam juga adalah hari Sunah bertarung perasaan debaran dia untuk bersiap sedia bagi menempuh final Viva Voce PHD dia harini (pagi tadi). Alhamdulilah semuanya dah selesai barangkali masa posting ni keluar. 

Kalau tak sebab dia ada exam tu, dan kalau hari weekdays, mungkin Sis dah ajak dia keluar minum kopi-kopi aja untuk sambut besday dia, tapi sebab dia pun sibuk kena study dan semalam hari Ahad, masa untuk Sis bersama family, makanya takpela, next time kita sambut yaa Sunah.

Dan untuk memberi semangat dan bagi dia manis-manis dalam kehidupan dia, Sis orderkan dia Cheesetart Buncit by Yummylious Bakery (YB) untuk birthday Sunah semalam. 

Pestime Sis order dengan YB ni, tapi kali kedua order dengan YB. Pertama haritu order untuk di hantar ke office Suami masa birthday Suami, 3 box cheesetart Sis order, kemudian kali kedua ni untuk birthday Sunah, padahal untuk diri sendiri belum pernah cuba rasa lagi hahahaha..

Cheesetart Buncit By Yummylicious Bakery Untuk Birthday Sunah Sakura

Masa order untuk office Suami tu, alhamdulilah, tanya feedback kawan Suami yang makan, katanya semua sedap. Tu yang Sis repeat order lagi dengan YB ni, dan order untuk Sunah, cuma lupa nak tanya Sunah, sedap ke tak hehehe.. moga bertambah buncit yeee Sun hahahaha..

Harga tak mahal, sesuai dengan rasa dan kualitinya. Yang bestnya, kalau korang nak order last minit, pun boleh, tapi ada syaratnya laa.. kena order sebelum jam 10am pada hari kejadian dan pilihan pun hanya pilihan yang YB ada stock lebih aja, nak tempah-tempah design, kena dua hari sebelum. 

Dan untuk penghantaran birthday atau apa-apa aja majlis, ada juga di sediakan sekali add-on kad ucapan dan juga bouquet kalau korang nak add-on. Ada macam-macam jenis cheesetart dan juga cookies beserta brownies yang YB ada. Sekali tengok semua, semuanya kalau boleh nak hahahaha.. geram nengokkk buncit-buncit cheesetart dia ... 

Penghantaran pun sekitar Johor ada. Caj mengikut kawasan. Masa penghantaran pun bermula dari jam 10am hingga 6pm. So far Sis order sebelum tengahari dah sampai, alhamdulilah.. 

Cheesetart Buncit By Yummylicious Bakery Untuk Birthday Sunah Sakura

Semalam pun order untuk Sunah cepat sampainya, kemain suka dak Sunah dapat belon yaaa hahahahaha.. apa-apa pun i/m happy to see you happy my fren.. 

Selamat hari lahir Sunah.. 
Sis doakan yang baik-baik aja buat kau dan Sis doakan kebahagiaan buat kau selamanya dan Allah akan beri kau kekuatan untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang dengan penuh kesabaran dan istiqomah. Jangan putus asa dalam menempuh segala ujian kerana setiap ujian yang Allah beri itu, bermakna kita ini 'insan terpilih' yang Allah telah sediakan 'pelangi' untuk kita kejar di hadapan.. stay strong and be happy always.. 

Aku sayang kau Sunah dunia akhirat ❤
Tahniah Dr Siti Hasunah .. 

Untuk tempahan Cheesetart Buncit, korang boleh ke ;
Facebook atau Instagram Yummylicious Bakery 


P/S: Kenapa airmata aku mengalir taip posting ini 😭

Post a Comment

28Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mcm2 sekarang ni kan...comei2 plak tu.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday sunah..wah nampak sedap la cheestart tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak sedap tu.. semua pun kata sedap...

      Delete
  3. Pi besday Dr Sunah. Semoga yg baik2 utk Cik Sun. Habis tak makan tart buncit tu??

    ReplyDelete
  4. Semoga Dr Hasunah muncit la lepas makan ni. hoho..

    ReplyDelete
  5. Yummy Yummy.. sedapnya. Happy besday Kak Sunah

    ReplyDelete
  6. Gebu betul cheese tart dia. Happy Birthday DR. Hasunah. Dan tahniah atas kejayaan . :)

    ReplyDelete
  7. Sanah helwah SS
    Tahniah di atas pencapaian sehingga ke PHD
    Wak dulu SPM pun tak lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. samalah kita Wak, SPM jer, pastu kawin hahahaha

      Delete
  8. Insyallah bole try jgk nnt.. Hepi belated bday sunah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe yerr nanti hantar kat aku tau hahahaha

      Delete
  9. Terliurlah kita tengok. apapon happy belated birthday kak sunah

    ReplyDelete
  10. Makna kasih sayang bersahabatan itu mahal dan berharga kan Sis. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, doakan persahabatn kami yaa PC ..

      Delete
  11. memang betul betul buncit ehkkk cheesetartt nyaa. hahhaha..

    ReplyDelete
  12. Comel la cheese tart tu ❤️

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!