DECATHLON, LULU GROCER DAN NITORI BAKAL DIBUKA DI PUSAT MEMBELI-BELAH TOPPEN | Pusat Membeli-belah Toppen membuka peluang untuk jenama terkenal ke selatan Malaysia. Kedua-dua jenama antarabangsa dan tempatan telah memilih Toppen sebagai lokasi pilihan untuk mengembangkan jenama mereka dan memperkenalkan konsep baharu di wilayah ini.
Pusat Beli-belah Toppen sangat teruja dengan penyertaan pelbagai jenama baharu yang akan membuka ruangan kedainya di pusat beli-belah itu yang menjadi tempat pertemuan di Johor. Dengan berkeluasan 105,000 kaki persegi ruang sewaan kasar (GLA), jenama baharu termasuk Decathlon, Lulu Grocer dan Nitori akan menyokong usaha Toppen dalam mencipta destinasi yang menggalakkan pengalaman aktif komuniti setempat.
Sejak dilancarkan pada tahun 2019, Pusat Beli-belah Toppen telah berkembang menjadi pusat ruangan perkumpulan komuniti yang popular di Johor. Dengan keluasan 1.2 juta kaki persegi GLA, Pusat Beli- belah Toppen menempatkan lebih 300 penyewa dengan kadar sewaan 92% yang dimonopoli oleh penyewa utama seperti IKEA Tebrau, TGV Cinemas, Harvey Norman dan Sports Direct.
Antara tarikan utamanya adalah pelancaran gedung barangan sukan terbesar di dunia, Decathlon. Ia merupakan pembukaannya yang pertama di Selatan Malaysia. Dijangka dibuka pada Januari 2023, ruang yang berkeluasan 50,000 kaki persegi itu akan membawa rangkaian sukan penuh Decathlon, termasuk Studio Deca yang menawarkan kelas kecergasan dan taman permainan dengan konsep ruangan terbuka yang berkeluasan 4,000 kaki persegiKonsep ini selari dengan visi Toppen untuk menjadikan gaya hidup sihat lebih mudah diakses oleh orang ramai.
Dengan objektif untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang di kawasan Tebrau, Toppen juga mengalu-alukan pembukaan cawangan pertama Lulu Group International di Selatan Malaysia. Kumpulan pasar raya besar itu akan memperkenalkan pasar raya baharu yang berlainan konsep di di Toppen – Lulu Grocer.
Dijadual untuk beroperasi sepenuhnya pada September 2022, Lulu Grocer menawarkan pelbagai jenis makanan segar dan produk import dengan harga berpatutan, tertumpu pada produk makanan dan minuman bebas gluten, tanpa gula, tanpa bahan tambahan, tanpa pengawet dan bahan “bebas daripada” yang lain untuk memberi pelanggan di Selatan Malaysia pelbagai jenis pilihan makanan yang lebih baik dan sihat. Ini sejajar dengan hasrat Ikano Centres untuk mempunyai sekurang-kurangnya 43% daripada portfolio ruang pajakannya dikhususkan kepada penyewa yang mempromosi gaya hidup lestari.
Satu lagi penyewa utama yang mengembangkan perniagaannya ke Selatan Malaysia ialah Nitori, salah satu syarikat perabot dan hiasan rumah terbesar di Jepun yang akan melengkapi kategori rumah dan kediaman di Toppen. Nitori dijangka dibuka pada Januari 2023, dan ia menawarkan pelbagai jenis gaya hidup di seluruh dunia daripada bahagian dalaman rumah sehingga kecantikan. Jenama ini berhasrat untuk menawarkan reka bentuk berinspirasikan vintaj ke ringkas, semula jadi ke feminin termasuk perabot rumah gaya moden dan minimalis Jepun serta hiasan dalaman untuk rumah dan pejabat untuk mencipta ruang yang bergaya dan kontemporari pada harga yang berpatutan.
Untuk menggalakkan lagi kegiatan sukan bersama komuniti setempat, Hoops Station, sebuah kedai bola keranjang khusus menyertai barisan penyewa yang mengembangkan kehadiran mereka di Selatan Malaysia. Dengan hasrat untuk menawarkan produk berkaitan bola keranjang seperti kasut bola keranjang, pakaian dan peralatan berjenama terkenal, kedai seluas 2,295 kaki persegi itu akan menjadi gedung terbesar jenama itu di Johor yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan pilihan berbanding cawangan sedia ada.
Bertujuan untuk memupuk kesejahteraan komuniti di Selatan Malaysia, satu lagi konsep pertama seumpamanya telah diperkenalkan oleh Toppen iaitu Soulmates. Ia adalah platform yang menawarkan ruang fleksibel untuk disewa kepada perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan baru pada kadar berpatutan. Soulmates direka untuk menawarkan penyelesaian sehenti bagi perniagaan yang inginkan pengalaman berada dalam persekitaran pusat membeli-belah.
Konsep ini sesuai untuk penyedia perkhidmatan kecantikan dan kesihatan, kecergasan dan berasaskan kemahiran untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Terdapat enam ruang dengan konsep dan saiz berbeza yang boleh disewa mengikut jam atau hari, mulai hanya RM10 sejam dengan tempahan minimum 2 jam tanpa memerlukan bayaran deposit.
Toppen Shopping Centre dimiliki dan dikendalikan oleh Ikano Centres dan juga merupakan salah satu daripada lima pusat membeli-belah IKEA di Asia Tenggara. Destinasi sehenti dengan empat tingkat pengalaman peruncitan yang unik dan hab komuniti atas bumbung yang pertama seumpamanya, The Topp, Toppen berbangga menjadi nadi dan hab komuniti di wilayah itu. Untuk maklumat lanjut, layari https://toppen.my/
P/S: Paling teruja bila kata Lulu Grocer tu nak bukak di JB.. hohohohoh...
ooh wak penah g sekali je toppen tebrauu nih., ;p
ReplyDeleteYe Wak, Saya pun jarang pergi juga Wak...
DeleteWah! Senang lah macam ni....
ReplyDeleteRamai yang ternanti-nantikannya Uncle..
DeleteWah, JB makin happening dari KL! Mesti makin ramai Singaporean datang ke JB shopping kat sana nanti.
ReplyDeleteKannn.. sikit hari lagi, apa ada di KL, semua pun ada di JB hehehe
DeleteWak kalau turun JB dah jadi macam rusa masuk kampung
ReplyDeleteHahahaha dah kenapa Wak hahahaha
Deletewah..besar..mcm2 ada kat situ, bagus betul
ReplyDeleteTengok pada lakar kedai, memang nampak besar...
Delete