DIBERI LAYANAN 1ST CLASS KALAU KORANG MAKAN DI NATIVE RESTAURANT | SELAIN bersanding sebagai raja sehari dan di beri layanan bagaikan puteri raja, inilah kali pertamanya Sis duduk makan di restoran makan, diberi layanan 1st class sebegini. Dan ini juga kali pertama Sis jejak restoran NATIVE ni di Skudai Taman Ungku Tun Aminah.
Sis sendiri baru tau akan kewujudan restoran ni bila lihat kawan-kawan media Sis dah beberapa kali pergi makan sini. Bila salah seorangnya mengajak Sis dan Sunah pergi makan malam bersama, Sis tanpa menolak Sis nak juga mencubanya. Sebab lihat pada keadaan suasana dan menunya, sangat menarik perhatian Sis.
Nak ke NATIVE ni, korang waze ajer, sebab Sis pun lama tak ke area sana, so blur-blur juga lihat perubahan bandar Ungku Tun Aminah ni yaa. Tak sangka dalam ceruk bangunan deretan kedai tu, ada sebuah restoran NATIVE ni haa.
Dan buat pengetahuan korang, sebagai makluman, jika korang nak datang makan di sini, korang kenalah booking terlebih dahulu ya. Ini kerana mereka tidak amik booking table secara walk-in. Dan mereka juga buat limited seats ajer untuk pelanggan yang datang makan sini. Ye laa kan dah kata diberi layanan 1st class, so kenalah tenang-tenang ja, tidak terlalu crowded.
Masuk ke dalam restorannya pun, ada peraturannya. Korang kena scan MySejahtera korang, check suhu dan juga pakaian korang kenalah formal dan kemas. Berseluar pendek dan 'seksi' tidak dibenarkan. Kanak-kanak juga tidak dibenarkan, so korang faham-faham aje laa ya.. dah macam VVIP okay..hehehe..
Tapi serius ar, suasana restorannya sangat mendamaikan, pelayan dia Sis rasakan dah macam kita duduk business class dalam kapal terbang okay. Korang duduk aje di meja dendiam, pelayan akan melayan korang dari awal sampai siap makan. Korang kena behave dan perhatikan ajer.
Sebab konsep NATIVE ni, setiap kali menu sampai diorang akan explain satu-persatu kat meja korang mengenai bahan dan cara masakannya makanan tu supaya kita tahu akan kenapa ianya sedap bila kita makan. Masa kami makan tu, owner dia sendiri. Michael yang melayani kami, beruntung sungguh kami malam tu. Hidangan yang disediakan di NATIVE ni mostly mereka guna ramuan dari India, Indonesia dan Sri Lanka. Menu-menu tempatan diubahsuai dengan teknik masakan moden yang menyerlahkan lagi rasa makanan tersebut. (ikut ayat Sunah)..
Di sebabkan ini pertama kali Sis sampai, so untuk order menu-menunya, Sis serahkan ajer pada kawan Sis. Dialah yang order dan pilih. Kat sini korang boleh pilih dan buat tempahan untuk makan set, samaada set 3 course (RM198), set 4 course (RM288) atau set 6 course (RM398). Menu-menunya ada yang sama, ada yang lain, terpulang pada pilihan korang.
Meh nengok antara menu yang kami makan pada malam tu..
Amacam nampak sedapkan.. yaaa memang sedap, sedap dia tu macam tak pernah Sis cuba makan di mana-mana sebelum ni, lain dari lain taste dia. Lagi-lagi Oyster tu haa.. memang biasa Sis makan di hotel-hotel, tapi cara makan oyster di NATIVE ni sangat berbeza.. menakjubkan kalau bagi sesiapa yang pestime cuba makan oyster seperti Sunah..
Korang boleh lihat video Sunah makan Oyster di SINI
Dari hidangan appetiser, main course hingga ke dessert, semuanya sangat menyelerakan. Korang boleh cuba jika inginkan kelainan dalam menjamu selera. NATIVE restaurant ni 'muslim friendly', No Pork, No Lard, bahan-bahan yang digunakan untuk memasak adalah halal dan tanpa alkohol. But they do serve wine to non Muslim customer.
Untuk menu-menu lain yang Sis makan pada malam tu, korang boleh lihat di facebook page akusislin atau klik SINI okay.. nak letak semua dalam ni, panjang plak korang nak scroll kan..
Bagi yang nak mencubanya, silalah. Details Sis letak di bawah ni yaa!
NATIVE Restaurant
Alamat : 26, Jalan Pendekar 13,
Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor
Phone : +607-550 2647
Di buka dari jam 6pm - 9.30pm (Isnin TUTUP)
Email : dine@nativerestaurant.asia
Website : http://nativerestaurant.asia/
Facebook : NATIVE
P/S: Terasa-rasa kesedapan Oyster dia tu uiii.. sedap gilerrr..
Wow...macam ni baru best dapat layanan VVIP dan makanan pun sedap ada class...boleh la masuk wishlist nanti
ReplyDeleteYup, pestime merasa makan gini SA, memang macam makan dengan VIP gayanya.. hehehehe
Deletewah..best tu..kira mcm fine dining rest la yer... best best
ReplyDeleteBetul lebih macamtu laaa, staff dia pun hebat buat kerja.. duk perhati jerr kalau sudu lari dari line hahahahah
Deletemenyelerakan sungguh lahai
ReplyDeleteMemang sedap Dana, harga mahal pun berbaloi makan..
Deletewow black is premium Lin.. menarik sangat..
ReplyDeleteYaaaa... sangat high class...
DeleteLayanan 1st klas bayaran pun berklas2
ReplyDeleteHahahaha begitulah Wak, kena berbaloi dengan bayar dan makanannya kannnn..
Delete