EPISOD AKHIR DRAMA RISIK PADA HATI, AKHIRNYA HAYFA UNDUR DIRI | KALAU siapa yang menonton darama Risik Pada Hati ni dari mula, mesti korang beremosi dengan watak Hayfa kan, isteri pertama kepada Adam. Dan mesti juga pelbagai spekulasi yang bermain dalam fikiran dengan segala tindak-tanduknya Hayfa, termasuk juga apa yang Sis fikir.
Kalau tak tengok sampai habis, mesti rata-rata semua orang akan kata, 'Jahat si Hayfa ni', mulalah cetus segala andaian yang isteri tua ni memang jahat dan tak bertimbang rasa, cemburu dan ego. Tapi dalam drama Risik Pada Hati ni, semua apa yang kita sangkakan jauh tersasar...
Dalam episod akhir Risik Pada Hati, akhirnya Hayfa undur diri secara ikhlas dan redha. Katanya Hayfa;
Cinta tak harus memiliki, Cinta hanya tentang memberi dengan setulus hati. Jika melepaskan ialah bukti keihlasan cinta i kepada you, maka i memilih untuk undur diri. Maafkan i Sayang, i terpaksa buat semua ni demi kebahagiaan you.
Terbuktilah, 'Bahagia itu pilihan', jika kebahagiaan kita membuatkan hati kita sakit melihat orang lain bahagia, baiklah kita undur diri mencari dan cipta kebahagiaan kita sendiri.. walau bahagia kita bukan atas penderitaan orang lain, tapi bahagia itu kena ikhlas dalam setiap perbuatan. Buat apa kalau bahagia tapi dalam hati sakit, kann..
Jujurnya memang Sis menangis tengok drama Risik Pada Hati dalam dua episod terakhir tu, tak tau laa, menjiwai watak Hayfa tu memang terkesan di hati. Tak semua pengorbanan macam Hayfa tu, boleh di buat oleh semua isteri (pertama) yang di madukan, walau madu tu dia yang cari sendiri, tapi sekuat mana sekalipun seorang isteri tu, pasti akan rasa sakitnya melihat Suami bersama orang lain.
Pengorbanan Hayfa buatkan semua penonton tak menjangkakan akan berakhir dengan bercerai selamanya. Mula juga Sis ingatkan Hayfa akan kembali kepada Adam sebab Hayfa dan mengandung tapi, di sebabkan terlalu menyanyangi Suaminya, maka Hayfa pilih untuk terus berpisah dengan Adam dan Aisya menjadi isteri Adam selamanya.
[Baca Juga] :
Dalam dunia realiti ni tak tau laa kan samaada atau tidak kisah begini. Tapi dalam drama, ianya memang betul menyentuh hati seorang isteri. Baik wataknya Hayfa, mahupun watak Aisya. Watak Adam seorang Suami pun adanya silap dia juga.
Di mana silapnya?.. Kalau betul cintakan Hayfa, kenapa pilih setuju untuk berkahwin satu lagi. Anak bukan alasan untuk berkahwin lain, terbukti.. akhirnya Hayfa mengandung. Jika Adam bersikap tegas dan sabar dan setia bersama Hayfa, mungkin tiada Aisya dalam kehidupan mereka.
Ye laaa drama kannn.. tapi memang betul, kalau cinta kenapa pilih bermadu?. Dah di beri kahwin, di buatnya Hayfa macam 'patung', seolah tak wujud, Adam sibuk menjaga hati si Aisya. Tapi dalam masa yang sama, Adam cuba buat yang terbaik untuk keduanya.
Beruntunglah kau Adam dapat beristerikan Hayfa sebab sanggup carikan isteri untuk Suaminya, paksa suruh kahwin. Bukan soal payung emas ke apa ke, mengarut... tapi soal hati.. kalau betul nak menjaga hati Hayfa, Adam boleh jer tolak permintaan Hayfa, gaduh pun takpela, janji kekal berdua, kan?..
Akak minta maaf Aisya, Akak serahkan Abang Adam sepenuhnya kepada Aisya. Kerana Aisya sorang saja yang mampu bahagiakan Abang Adam. Bahagia Akak, adalah melihat Abang Adam bahagia.
Menangis Sis tengok drama ni laaa... huhuhu..
Tersentuh jiwa dan perasaan. Walau pada mulanya sakit hati dengan Hayfa.. rupanya... ada satu pengorbanan besar yang dia rancang demi kebahagiaan Suaminya..
Tapi ending dia memang semua puashati.. eloklah Hayfa tak rujuk semula, sebab tak sanggup berkongsi kebahagiaan dengan orang lain. Walau madunya Aisya tu baik sekalipun, hati dan perasaan tak boleh menipu diri sendiri. Bukan pentingkan diri, tapi lebih baik cari dan cipta kebahagiaan sendiri dari berkongsi kasih dengan orang lain.
So korang, ada beremosi macam Sis juga ke?..
P/S: Sis ulas sebab ianya membabitkan hati... yang tak suka tak mengapa, hak memasing untuk ulas..
SA banyak episode x ikut gak..tapi tengok 2 episode terakhir ni...and baru faham..mula mmg sakit hati gak ngan Hayfa ni..tapi bila fikir balik...ini pengorbanan dia..walau dia dah preggy dia tetap pilih untuk undur diri, x semua madu tu indah kan Sis..ada yang boleh terima cuma perlu diukur pada sejauh mana keikhlasan..kalau tanya pendapat SA..apakah SA sanggup bermadu jawapan SA, SA akan undur diri...hehehehe...x sanggup den Sis...
ReplyDeleteYer SA, ramai tak follow dari awal, tapi dua episod akhir tu memang memberi kesan mendalam kepada semua wanita.. menangis Sis tengok drama ni huhuhu...
Deleteaini follow cerita ni dari awal.. setiap kali hbs episode tak sabar nak tunggu seterusnya.
ReplyDeleteMemang mata masuk habuk la especially bila Hayfa dpt tahu dia preggy perasaan tu mcm Aini.. 7 tahun berkahwin baru dapat anak. Tapi xde lah sampai suruh suami kawin lain..haha
Ending dia sangat sedih tapi acceptable la.. Klau dia masih bersama nnt masalah dengan perasaan 2 isteri kan.. but as long they are still seeing each other is a good ending..
Yaa Aini, Sis suka komen Aini.. sangat betul, rezeki anak tu urusan Allah, hati kata redha tapi hakikatnya jiwa sakit berkongsi kasih..
DeleteYang belum kahwin ni tgok pun rasa kesian kat Fa. Belum tengok full episode lagi hehe. Tgok sedutan kat tiktok dulu kihkihkih
ReplyDeleteNangis tak Farah? Hehehehe tersentuh jiwa dan perasaan seorang perempuan...
Delete