HARI INI GENAP DUA TAHUN PEMERGIAN ARWAH EMAK

Sis Lin
12
HARI INI GENAP DUA TAHUN PEMERGIAN ARWAH EMAK | RASA sekejap betul masa berlalu, dalam pada tak endahkan rasa kerinduan, hari ini genap dua tahun pemergian arwah Emak. Bohong kalau kata tak rindu kan, tapi... rindu tu Sis letak jauh-jauh dalam hati supaya emosi Sis tidak terlalu menganggu kesihatan. Sakit yaa rindu itu, jika tak pandai lawan, memang akan jadi penyakit. 

Apalagi kalau adik Sis, yang menjaga arwah Emak dan duduk bersama sebumbung, pasti dia pun akan merasa rindu yang sukar di bendung, cuma tak tunjuk secara depan, belakang kami, siapa yang tahu kan. Anak-anak adik tu pun, mesti rindu sama Atuknya, terutama Mia, itulah atuknya, itulah kawannya, kejap mereka okay, kejap bergaduh, tu laa dengan Atuknya serumah. 

Jujurnya takde laa banyak jasa Sis pada arwah Emak, sebabnya seawal selepas SPM Sis dah berkahwin, then duduk asing, memang takde laa jasa menjaga arwah Emak dan arwah Abah. Hubungan sebagai Emak dan anak tu tetap akrab walau kadang-kadang tu berperang mulut juga sampai merajuk huhuhu. 

Adatlah kann, walau Emak sendiri pun, ada masa tak sefahaman juga. Dan arwah Emak pun tak begitu rapat dengan Sis macam dengan adik-adik yang lain, mungkin sebab Sis lebih banyak buat hal sendiri. Tapi kalau dengan arwah Abah yaa.. memang kami rapat sangat, kemana-mana pun arwah Abah bawa Sis, sebab tu masa pemergian arwah Abah, Sis memang sedih gilerr berbanding ketika arwah Emak..

Hari Ini Genap Dua Tahun Pemergian Arwah Emak

Namun mereka berdua tetap ibu bapa kita. Pemergian mereka memang memberi kesan. Tapi Sis tak terkilan, sebab redha dengan pemergian Emak dan Abah Sis. Ni sebab mereka berdua pergi dalam keadaan sakit. Arwah Emak meninggal kanser payudara, arwah Abah meninggal komplikasi jantung, makanya lebih baik kita redha melepaskan mereka dari mereka menanggung sakit yang menderita jika bernayawa. 

Ada ketikanya melepaskan sesuatu itu lebih baik dari mempunyai sesuatu yang buat kita terseksa. Alhamdulilah kami adik-beradik redha dengan pemergian kedua ibu bapa kami. Doa kami adik-beradik tak pernah putus untuk mereka. Moga arwah Emak dan arwah Abah juga arwah Atuk-Atuk kami dan arwah Adik lelaki kami di satukan dan mereka berada di kalangan orang-orang yang beriman.. 

Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta isteri/suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya, dan dari siksa api neraka.

Adalah menjadi kewajipan seorang anak untuk mendoakan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia kerana tanpa mereka tiadalah diri kita di dunia ini. Pengorbanan orang tua kita sangat besar dan jasa mereka tidak mampu dibalas dengan wang ringgit, maka doa-doalah yang mampu membantu mereka.

Al-Fatehah buat ;
Rosnah Wong Bt Abdullah 22.8.2020
Md Noor Bin Md Hasshim 26.01.2005


P/S: Mak.... Dolly sayang Mak dunia akhorat 😭

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun... Al-Fatihah buat arwah mak sislin. Saya pulak rapat dgn mak, tapi tak rapat dgn bapak. Tapi dua2 pun sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Karni..
      Tu laa Sis dengan Abah rapat, dengan Mak kurang...

      Delete
  2. Duhai apakah gerangan budi balasan
    Bagi insan melahirkan membesarkan..

    Nama bapa Lin, sama nama bapa mertua akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih laa Kakkk dengar serangkap lirik tu..

      Delete
  3. al fatihah for both..moga ditempatkan dikalangan org yg beriman.....aamiin

    ReplyDelete
  4. Alfatihah...semoga keduanya tenang di sana....

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah buat kedua duanyaaaaa...Moga diampunkan dosa dan tenang roh mereka di 'sana'... Amin...

    ReplyDelete
  6. Semoga kedua arwah diampunkan dosa2 mereka... rindu tu memang sentiasa datang... kadang sukar digambarkan!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!