IKAN BAKAR CENCARU CECAH SAMBAL KICAP YATIE KITCHEN | RASANYA lama tak bakar ikan cencaru 'bodo-bodo' macam ni. Sebab apa 'bodo-bodo', sebab simple jer, siang ikan, buang perut, cuci bersih terus bakar, tanpa garam dan perasa. Yaa bakar kosong jer. Biasa bakar letak sambal atau rencah, tapi semalam Sis bakar kosong aja 'bodo-bodo.. janji masak sudah.
Petua nak tau ikan bakar tu dah masak ke belum, tengok pada matanya, kalau matanya dah putih, haaa ikannya dah masak laa tu.. betul, tu petua dari arwah atuk dan arwah Emak Sis. Mudah kan, tak payah laa kau nak belek-belek, terlingkup terbalik ikannya, janji api janganlah beso sangat ya, kang terbakar kulit ikan, mata tak putih-putih hahahaha..
Masa menunggu ikan bakar cencaru ni masak, Sis dah siapkan semua bahan-bahan konon nak buat sambal air asam buat cecah dengan ikan bakar ni, sekali baru teringat.... eh ada sambal kicap Yatie Kitchen tuuu.. so simpan balik bahan semua, kita makan je ikan bakar cencaru cecah sambal kicap Yatie Kitchen, padu habiss wooooo..
Bakar dua ekor, sorang sekor dengan anak bujang. Dia pun kemain lagi makannya, sedap agaknya dah lama tak makan gini. Asyik asak berkuah jerr kan, sesekali bakar cecah sambal kicap, berselera betul makan semalam dua beranak..
Then Sis ada juga gorengkan telur dadar dan goreng kacang panjang bertelur sebagai menu tambahan makan tengahari semalam. Anak bujang siap cakap masa turun makan, 'Waa Mak masak menu sedap harini' hahahaha.. nak bodekkk laaa tuuu..
Ye laa Amat, time Mak kau ni rajin, ye laa masak, time tak rajin, kita tumpang jer dapur hotel yaaa hahahahah.. gitu ajerr lerr kann.. yang penting, ada makanan di rumah, tak kisahlah Sis keluar kemana pun kan, Sis akan pastikan ada makanan untuk anak dan Suami makan di rumah.
Walaupun beli ke masak ke, yang penting ado.. jangan sampai perut kita kenyang makan sedap, anak laki kat uma kelaparan.. dasat laaa kalau gitu kannn.. belum pernah lagi Sis buat macamtu..tanggungjawab mesti di utamakan, alhamdulilah..
Korang nak dapatkan sambal kicap Yatie Kitchen tu, boleh ke Shopee ajer okay..
P/S: Salam Jumaat buat semua ❤
Sekali-sekala makan simple2 ikan bakar tu walaupun simple tapi kalau cicah sedap tu mmg naik selera. Kalau kat kampung menu wajib ikan bakar cicah air asam, sagu, ulam, sambal belacan & air teh panas2. Uish, kecur air liur...
ReplyDeleteKann, tu yang Amat duk cakap macamtu, jarang masak cmni, sekali makan berselera..
DeleteSA pun suka buat ikan cencaru bakar macam ni...selalunya suka yang size besar...sebab dia juicy...
ReplyDeleteBetul, sama Sis, pantang nampak ikan caru besar, mesti beli...
DeleteWaa sambal kicap pun dah dikomersialkan! Sedap ni regu dgn ikan..
ReplyDeleteKann, mudah nak makan, dan senang nak menyimpannya...
DeleteHeheh kat rumah ni, kalau bakar memang mak kita bakar Bodo Bodo je sis. Sedap pun sedap. Makan dgn sambal, kuah sayur mmg bertambah juga. Sesekali menu simple ni pun best
ReplyDeleteYaaa Farah, bakar camni laa yang naik selera, makan pepanas kannn...
Delete