ISNIN PERTAMA DI BULAN OGOS | ALHAMDULILAH, syukur masih bernafas, sedar dari tidur dengan kesihatan yang baik, dan dapat bergerak tunaikan ibadah, alhamdulilah.. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan sebelum dan hari-hari mendatang. Moga kalian juga semua sihat-sihat semuanya.
Pagi ni sempat buatkan Suami Oat ajer, katanya nak ringan-ringan. Ikutkan nak hidangkan nasi putih dan asam pedas ikan pari semalam, tapi dah katanya nak ringan, so bancuh Oat ajer laa.. Lagipun kalau hari Isnin ni, pergi kerja tak boleh nak lambat-lambat, lambat sikit, panjanglah jem depan rumah sana. Sejak ada bulatan kecil kat Scientex depan sana tu, keadaan jalan jadi jem, tak tau laa kenapa, mungkin memasing tak pandai nak guna bulatan huhuhu.. simpang siur kadang tengok..
Tu yang pepagi lagi Suami dah gerak pi kerja. Hari lain pun jem juga, tapi tak sejemm hari Isnin. Macam biasalah kalau hari Isnin, orang semua mula bekerja. Sama juga dengan kerja rumah Sis memang bertindih-tindih. Banyak kerja nak buat. Paling banyak bab mencuci. Nak cuci cadar, cuci tuala, cuci telekung, cuci baju, cuci kasut Suami, cuci lantai, cuci toilet, adeii berapa banyak cuci daaa...
Tapi kalau Sis, biarlah cuci banyak mana pun, jangan lipat baju segunung, huwaa boleh nangis duduk melipat yaaa.. Sis rela mencuci dari melipat, tapi kalau dah tu kerja kena buat, nak taknak lipat juga, cuma makan masa sikit hahahaha.. alaaa janji buat kannn..
Aktiviti harini, tengahari ni ikutkan Sis ada appoinment dengan seorang Doktor di Colombia Asia, tapi sampai pagi ni belum ada comfirmation, so Sis anggap jer laa tak jadi.. dan malam nanti ada jemputan makan malam, tu pun Sis tengah fikir nak pergi ke tak ni, sebab last minit pagi ni, anak Sis,Yana kata nak datang rumah lepak, sian pulak nak tinggal dia.
Diam tak diam cepatkan masa berlalu, dah bulan Ogos. Dah hampir ke penghujung tahun dah. Dan bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan Malaysia. Nanti banyaklah aktiviti dan sambutan yang akan di buat, memandangkan ekonomi negara kita semakin membaik, cuma masih lagi dalam pandemik norma baharu yaa..patuhi SOP dan kalau tak sihat, dapatkan rawatan atau duduk rumah aja.
Dan semalam ikutkan Sis dan Suami pergi cucuk booster ke-dua kami, tapi entah macam mana, kesalah fahaman antara Polikinik dan Hospital Penawar tu, makanya appoinment yang dah kami buat, vaksin pada haritu (semalam) semua dah full. So mereka minta Sis dan Suami buat semula temujanji baru dan pilih terus di Hospital Penawar jer. Hurmm kalau tak semalam dah selamat cucuk dah.
Tanya Suami katanya, dia suruh jer Sis buat temujanji dulu, sebab kalau hari bekerja dia susah nak pergi. Kena nak tunggu, kena laa hari Sabtu atau Ahad baru boleh pergi. Sos takpelah, Sis kata saing ajer laa dengannya nanti. Cucuk awal senang, lebih selamat dan tak payah nak berebut. Berebut satu hal, takut vaksinnya pulak habis. Korang dah cucuk ke?.
Masa menaip ni, perut belum di isi lagi ni, duk fikir nak makan sarapan apa, tapi sebab ada asam pedas semalam tu, ingat nak makan cecah roti, sedapnya lahai... bancuh kopi secawan then boleh sambung settle kerja rumah, selagi tak siap, tak senang nak duduk depan laptop ni haaa...
Okaylah nanti sambung.. have a nice day korang..
P/S: Alhamdulilah, terima kasih Allah ❤ ...
Sedapp tu, asam pedas cicah rotii!!!! Salam 1 Ogos sis.. Amin doanya 👍
ReplyDeleteIyerr Non, kenyang sudah.. nak puasa, tak sedar nak sahur huhuhu..
DeleteSelamat bulan kemerdekaan. Cucuk lai hari sis. kita makan dulu kat maqan
ReplyDeleteHahaha yerr dah buat temujanji esok pulakkk lalalalala
Deletesalam ogos sis.... membaca aje ako ni, x sempat2 nk komen2... ada je halangan..! semoga sihat2 aje ye wak :)
ReplyDeleteWaaalaikumsalam, sama laa Ret, kalau Sabtu Ahad, mampu membaca dr phone jerr..
Delete