KISAH HUJUNG MINGGU AKU SEMALAM | ADA kawan 'sound', jangan banyak sangat cite kisah kehidupan kita, sebab tak semua orang senang melihat kebahagiaan kita, hurmm... yaaa tawu, memang faham sangat laa hati manusia ni, rambut sama hitam, tapi hati dan perasaan tu cukup berbeza. But for Sis mudah jer, 'Aku tak kacau hidup orang, so jangan kacau hidup aku'.. mudah je kann..
Tapi jika ada yang berani nak 'usik' kehidupan Sis, tak apa, Allah tu kan Maha Melihat segalanya, Dia sentiasa menjaga kita, so kita buat hal kita jer, hal orang jangan amik peduli. Kadang tak semua perkara Sis tulis di sini, dan ada juga satu-satu perkara tu, Sis tulis, Sis corner baring sikit, supaya tidaklah nampak jujur sangat dan terlalu menonjol kehidupan kita ni. Buka niat menipu, tapi menjaga nama baik keluarga.
Ikut perangai Sis, jangan kata corner, mau tulis straight to the point 'dont belok-belok' okay hahahahaha.. nama pun blogger kann...
Kisah hujung minggu Sis semalam, penuh dengan aktiviti follow Suami ke hulur ke hilir, seronok gituuu.. kemana-mana berdua, bagaikan pasangan baru kahwin hahahaha.. Seawal pagi Sis dan Suami dah keluar. Suami ke opisnya dulu hantar barang dan arrange budak kerja, then Suami tanya, 'Nak sarapan apa?'.. Sis kata, 'tak kisah', dalam pada tu, Sis dah mula fikir, 'Ni kang ada di ajaknya makan Nasi Padang'.. sekali haaa betullllll.. hahahahaha..
Kebetulan, baru ni jiran lama Sis di Taman Desa Jaya tu ada buka Restoran Nasi Padang Tepian Seroja di Johor Jaya. Belum ada kesempatan nak datang makan di sana, dan semalam, alhamdulilah rezeki mereka, Suami ajak pekena Nasi Padang di restoran jiran tu haaa..Awal kami sampai, seawal jam 10am lebih sikit. Tapi hidangan lauk-pauk mereka dan separuh siap dah.
Sedap sungguh lauk-pauk yang Sis amik. Menu jering (jengkol) dia perghh power, sedap.. Sis dan Suami memang pantang nampak lauk jering, memang akan ceduk punya. Memang beraneka jenis lauk-pauk ada, cuma timing the best korang datang, korang datang dalam jam 11am ke atas, haa time tu lauk-pauk semua dah siap hidang..
Korang boleh tengok lauk-pauk yang di hidangkan di facebook page akusislin ni okay..
Rezeki kami, dapat juga jumpa jiran lama Sis tu haa (owner restoran), lama tak jumpa, sempat laa borak sekejap. Kami doakan moga bertambah maju dan dimurahkan rezeki perniagaannya, aamiinn..
Lepas dah siap makan, kami balik rumah dulu, sebab anak sulung Sis nak balik ke KL. Dia balik JB dari hari Khamis lepas, selepas habis kuarantin. Ayahnya belikan makanan untuknya makan bila sampai ke KL nanti. Then bila anak dah gerak balik, Suami ajak keluar semula. Kami ke Penggerang hantar barang. Dalam kereta sepanjang perjalanan, macam-macam yang kami borakkan tentang masa depan..
Entahlah.. kadang apa yang kami bincangkan, jadi sedih rasa hati Sis, tak tau nak kata apa, apalagi nangis jerr laa, hanya Tuhan ajer yang tahu dan faham kesedihan dan kesabaran itu (kisah Aku dan Kamu) huhuhu.. Lepas dah nangis-nangis, Suami boleh plak tanya, 'Nak KFC?' hahahahahaha..
Takut Bini merajuk laa tu, dia belikan KFC, pastu singgah plak Petronas beli Tealive untuk anak bujang dia. Pakkal laa Maknya dah stop kopi/air gula, kalau tidakkkkk.. demand gak minta memacam hahahahaha..
Sampai rumah ada ayat-ayat cinta pulak keluar, 'Ayah nak gi mancing laa, bosan' hahahahaha.. dah ku agak dah, belikan KFC mesti ada udang sebalik mee ni , faham sangat dah taktik 'beli jiwa' tu hahahaha..
Takpe laaa sian juga Suami tu, nak lepaskan gian dia memancing. Dah pergi berapa kali dah tapi takde hasil, angin kuat ribut katanya.. so semalam petang cuba nasib, walau turun sekejap ke-laut. Mula dia ajak Sis, tapi sebab banyak kerja nak buat, nak kemas rumah semua, so Sis taknak ikut.
Malam Suami balik, ermm 'kumpau'.. memang takde ikan hahaha, katanya arus mati.. so takde ikan. Bukan rezeki laaa kan. Tapi takpe, dalam freezer tu kemain bersusun tu ikan Cik Abang oiii.. sapo nak makan tuuu..
Malam lepak berdua depan TV nonton Netflix..
Alhamdulilah, tu laa kisah kami semalam.
Kesimpulannya 'Happy Wife, Happy Life' ❤.
Korang pulak kemana aja semalam?..
P/S: Dari semalam tapak tangan kanan ni gatallll jerr.. nak dapat duit ke? Ke nak penamporr orang? Hahahahaha...
Semalam...x buat apa...sebenarnya SA pi staycation, dari Jumaat sampai semalam...saje nak me time...disamping buat kerja skit...balik rumah kena kerumun ngan anak2 buah...ada orang datang rumah, hujan lebat...petang nak tido letrik plak xde...sudahnya...lepak main ngan anak2 buah tu...
ReplyDeleteBestnyaa staycation SA, sesekali kann lapangkan fikiran.. ni lama juga anak sedara Sis tak datang, memasing bizi exam...
DeleteOur time ya sis. Terbaik ah.. hati orang ni bukan boleh jangka.. kalau nak cari salah kita, tetap dicarinya walau kita tak kongsi apa pun dimedia sosial.
ReplyDeleteBetul PC, kadang malas nak fikir apa orang kata, janji apa yang kita buat tu tidak ganggu orang lain ye sudah...
Deletesekarang ni cuaca tak menentu, hati-hatilah yang pergi mancing tu. bestnya bila ada orang belikan kfc dgn tealive ni.. nak merajuk pun tak jadi..hehe
ReplyDeleteBenar Tiara, dah berapa kali juga tu Suami pergi, kena ribut, banyak kali pesan dah ni...
DeleteStop gula, ayuh kfc, ayuh memancing. yeeehaaaaa
ReplyDeleteHahahaha KFC tu anak bujang yang bedal.. Mak jamah seketul hahahahaha
DeleteTangan gataiii nak lempang org lettewww 😂 Takpa.. buat hal kita je... Psstt.. sedap wooo nasi padangggg 😃🤗
ReplyDeleteHaa nak try tak? Hahahahahah...
Delete