MAKAN DIM SUM HALAL DI WAN LI CHINESE RESTAURANT BERSAMA MARIA TUNKU SABRI | BARU-BARU ni Sis dapat jemputan makan tengahari di Wan Li Chinese Restaurant. Di mana lagi, kalau bukan di hotel 5 bintang Renaissance Johor Bahru Hotel. Memang dah berapa kali juga datang makan sini, dan tiap kali datang makan, tak pernahnya menu dia tak sedap.
Walau orang kata sedap tu sebab hotel 5 bintang, tapi bagi Sis, kerana 5 bintang tu laa kualiti makanan dia berbaloi dengan harga yang kau bayar untuk makan. Jangan ada sesetengah tempat, kita dah bayar mahal, tapi kualiti rasa dan persembahan, hambarr.. pastu time tu laa kita nak kondem sana sini kata hotel ni tak bagus, hotel tu tak best, hurmmm so nak rasa berbaloi, jangan berkira tang harga yaa..
Sis memenuhi jemputan makan tengahari di Wan Li Chinese Restaurant ni secara kebetulan, time tu bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Maria Tunku Sabri datang menginap di Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Memang sebelum ni Sis dan Kak Maria dah bertemu ketika kami sama-sama holiday di GEO Resort, Genting Highlands. Ramah orangnya, dan sangat humble.
Di Wan Li Chinese Restaurant ni, terkenal dengan menu-menu ala-carte Dim Sum dia. Sebelum ni kalau perayaan Tahun Baru Cina pun, menu-menu dia memang terbaekkk arr. Biasa kalau chinese food ni, Melayu kurang sikit nak makan, tapi bila datang di sini, rata-rata orang Melayu pun suka makan kesemua menunya. Mungkin sebab Wan Li Chinese Restaurant ni 'Muslim Friendly', so orang Melayu boleh makan di sini tanpa was-was.
Baca Juga :
Tengahari tu kami di hidangkan dengan menu-menu terbaru ala-carte Dim Sum Premium yang menjadi 'highlight' pengunjung makan tiap kali ke sini. Sis memang excited laa nak mencuba semua, sebab sebelum ni makan di sini pun, menu-menunya semua sedap hehehe.. maklumlah Sis ni pengemar makanan chinese food.
Antara menu 'Chef Recomendation' Dimsum yang mereka hidangkan adalah ;
- 24k Gold Black Diamonds 'Har Kao'
- Omega Juice Prawn Dumpling
- Abalone Egg Tarts
- Fried Foie Gras Chicken Dumpling
- Mille Feuille Egg Tart with Bird Nest
- Chilled Mango Soup with Lemongrass Jelly and Fresh Fruit
Yang di atas ni senarai Dim Sum yang memang Chef Recomend laa korang makan, semua sedap-sedap. Sis paling suka yang Dim Sum hitam tu haaa.. biarpun hitam, tapi rasa dia sedap okay. Dalamnya ada inti udang. Juga Abalone Egg Tart tu, perghhh sedap gilerr.. pestime makan abalone Dim Sum, kelas ko jah hahahaha..
Korang juga boleh order menu tambahan main course di sini. Ye laa kang makan Dim Sum jerr mana nak kenyangnya hehehe.. So di Wan Li Chinese Restaurant ni ada menghidangkan menu-menu ala-carte mereka yang memang ramai sukakannya. Antaranya;
Cuma menu-menu di atas ni, Sis ko loose ingatan sekejap nama-namanya hahahaha.. Korang boleh ke website https://www.wanlichineserestaurant.com/ untuk lihat menu-menu yang tersedia ya. Tapi yang mereka hidangkan untuk kami tengahari tu, semuanya sedap.
Kalau di tanya Sis apa yang Sis paling suka makan bila datang sini? Tu haa nasi yang berwarna pink tu hehehe.. Nasi tu pink sebab ada Beet Root Juice di letakkan, sebab tu laa jadi color pink. Rasa dia pun sedap.. tak pedas. Budak-budak pun boleh makan.
Dan tak lupa juga, di Wan Li Chinese Restaurant ni pun ada juga Roasted Duck (Pecking Duck). Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke FB Page akusislin ni okay.
Itik panggang tu akan di sediakan oleh staff mereka. Mereka akan potong dan hidangkan untuk korang. Tang kulitnya di buat ala-ala gulung popia camtu haa.. dan isinya pulak akan di masak mengikut selera korang laa, tapi sedap isinya itik tu di masak Kung Pao tu.. perghh banyak betul Sis makan haritu hahahaa..
Memang kenalah selera tekak kami semua tengahari tu. Kak Maria pun sama puji akan kesedapan menu-menu yang di hidangkan. Puashati dan rasa berbaloi kalau korang datang makan sini bawa family atau kengkawan.
Harga tidaklah terlalu mahal, sebab portion setiap hidangan, walau SMALL, tapi sangat cukup makan untuk 3/4 orang okay.. boleh order bebanyak menu, penuhkan satu meja korang hehehe..
Yang penting restaurantnya ’Muslim Friendly’ dan suasana tempat makannya selesa dan nyaman. Servis staff terbaekk, di layan macam VIP Ơ̴͡kay!!. Korang mai laa makan sini, bawa family yaa! 💐
Korang boleh buat tempahan meja korang di bawah ni ya;
Facebook : Wan Li Chinese Restaurant
P/S: Badan mula sakit-sakit lepas cucuk booster, nak edit gambar pun takde mood huhuhu..
waduh semuanya menggoda betul lah kak oi, paling utama semua udang tu.... baru nk tanya pasal nasi grg pink tu, lawo no colornya
ReplyDeleteYaaa menu chinese food dia sini memang sedap Dana..
DeleteYaa pink tu sebab ada beet root tu haaa
Sedapnyaaaa
ReplyDeleteYaaa Karni, semua sedap...
DeleteWarna warni sungguh menggoda semua menu ni. Terus rasa kenyang dah
ReplyDeleteYeee sedap pun yaaa GB ... alhamdulilah..
DeleteLapar pepagi baca haha
ReplyDeleteHahahahaa jomm laaa pi makan...
Delete