MAKAN-MAKAN DI HOLIDAYINN EXPRESS SEMPENA BIRTHDAY IMA | HAPPY belated day Ima. Walaupun birthday dia dah seminggu berlalu masa kitaorang makan di HolidayInn Express tu, tapi kami #GengBasSekolah tetap juga cari masa untuk sambut birthdaynya makan-makan bersama.
Minggu birthday dia tu memang semua sibuk termasuk Sis. Then pakat-pakat cari masa dan timing yang okay, akhirnya sepakat semua berjumpa dan makan tengahari di HolidayInn Express. Kebetulan ternampak HolidayInn Express ada menu set tengaharinya hanya RM25 sahaja. Murahkan? So kita cuba.
Pagi tu, Sis amik Ima, sebab pagi sebelum keluar bersama mereka Sis ada temujanji cucuk booster Dos-2 di Hospital Penawar. Ima temankan Sis. Lepas settle mencucuk, Sis terus ke KPJ Abu Samad dulu, nak amik ubat Suami. Ima pun ikut hahahaha.. memasing dah kelaparan dah. Then settle semua, barulah Sis dan Ima terus ke HolidayInn Express. Janji gan geng lain jam 12pm.
Kak Sue dan Izam dah sampai awal dah. Macam biasa lerr, mereka apalagi, siap bawa belon laa nak deko meja kami sempena sambut birthday girl hahahaha..Lily datang kemudian, yang gelihatinya, budak staff hotel tu perhatikan jer kitaorang, mana taknya meriah sekali dengan gelak tawa kitaorang je dalam Cafe tu. Yaaa time kitaorang datang kosong, agaknya orang-orang JB belum keluar lunch barangkali..
Ini kali kitaorang makan simple, tak yah pening-pening nak makan apa, order terus makan. Servis pun cepat dan makanan dia super sedap oii.. tak sangka set semurah RM25 gini, rasa dia sedap, enak dan kenyang berbaloi-baloi. Set lunch dia tu siap dengan minuman dan juga buah, so lengkap satu hidangan dah..
Korang kalau nak order kena guna scan barcode tu haaa.. biasalah sekarang kan contactless, so better cara gini lebih baik.. Set menu mereka ada 5 menu tersedia, tapi menu-menunya mengikut hari yang korang datang yaa, tidak semua menunya sama pada setiap hari. Dan masa kitaorang datang tu pada hari Rabu.
So menu pada hari Rabu ada Mee Bandung Udang Galah ni. Kalau hari lain ada Mee Rebus dan juga Mee Kari, untuk hari Rabu, Mee Bandung Udang Galah. Yaaa udang galah yaa, kemain besauuuu.. sedap tekak Sis makan, portion dia besar, kenyang makan semangkuk.
Dan ini salah satu menu yang Geng Sis makan, Lemak Cili Padi Red Snapper with White Rice, perghhh menu ni memang sedap terangkat wooo... sampaikan geng-geng lain semua tercedukkk menu si Lily makan ni haa.. masak lemak dia power habis.. sedap..
Izam pun siap beli tapau untuk Maknya. Memang sedap, jujur cakap. Seperti dalam gambar tu laa, set lunch ni RM25, korang akan dapat menunya, beserta nasi dan minuman sejuk. Puashati makan. Tengok aja laa ikannya tu, tak lokek dan besar isinya.
Sebenarnya ada lagi dua menu yang kawan Sis makan, Chicken Nyonya Sauce with White Rice, dan juga set Asam Pedas Ikan Merah, tapi asam pedas ni bukan dalam set lunch RM25, Ima saje amik menu tu bila ternampak ada set asam pedas tu..
Dan bila dah ternampak asam pedas, ternampak juga Tom Yum Seafood, Sis pun order gak satu set tapi tak amik nasi, hanya amik Tom Yumnya aja. Sekali hirup Tom Yumnya, perghhh nikmaaattttt, sedap ya amattttt.. serius jujur cakap, sedap Tom Yum dia.. korang boleh cuba.
So korang kalau nak cuba, bolehlah cuba yaa.. puashati makan dan berbaloi-baloi.. apa-apa pun..
Happy Birthday Ima sayang, terima kasih atas segala perhatian kau kepada aku dan segala budi dan jasa kau selama ni yang sudi bersama aku ketika sedih. Aku doakan kau sihat, ceria dan bahagia selalu hingga Jannah... aamiinn..
HolidayInn Express
Lot 512, Jalan Syed Mohd Mufti,
Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Lunch set RM25 per-set (Minuman + Buah)
Setiap Hari | Bermula jam 12pm - 3pm
Call untuk tempahan 072183333
Walk-in di terima
𝐃𝐚𝐢𝐥𝐲 𝐑𝐨𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐮:
𝐌𝐨𝐧 | 𝐓𝐡𝐮𝐫𝐬 | 𝐒𝐮𝐧
Asam Pedas Red Snapper with White Rice
Salted Egg Chicken with White Rice
Seafood Carbonara Pasta
Baked Seafood Aglio Olio Pasta
Mee Kari Udang Galah
𝐓𝐮𝐞𝐬 | 𝐅𝐫𝐢
Curry Fish Red Snapper with White Rice
Chicken Nyonya Sauce with White Rice
Seafood Aglio Olio Pasta
Baked Seafood Pasta with Tomato Concasse
Mee Rebus Udang Galah
𝐖𝐞𝐝𝐬 | 𝐒𝐚𝐭
Lemak Cili Padi Red Snapper with White Rice
Ginger Chicken with White Rice
Seafood Pasta with Tomato Concasse
Baked Seafood Carbonara Pasta
Mee Bandung Udang Galah
Facebook : HolidayInn Express Johor Bahru
P/S: So next, birthday sapa pulak yaaaa...
Berbaloi sangat tu, RM25 sekali dgn air.
ردحذفKann Karni, siap semua dalam satu set.. so tak payah nak susah order add-on..
حذفSelamat menjamu selera
ردحذفAlhamdulilah, puashati Wak...
حذف