MINGGU AKU BERTEMU ARTIS

Sis Lin
14
MINGGU AKU BERTEMU ARTIS | SEKALI baca tajuk, macam hebat beno yaa, kompom ada yang kembang tekak bila baca tajuk hahaha..but what? Ni semua atas urusan 'kerja', kalau tak jadi blogger, takde laa Sis ko ni bertemu artis yaa.. pertemuan dan perpisahan semua tu aturan Allah, so ada rezeki ada jodoh bertemu laa kita, walau bukan artis sekalipun. 

Bulan Ogos ni banyak cerita suka dan dukanya. Dukanya Suami dan anak sakit kena Covid, cerita sukanya alhamdulilah, anak Sis bertemu jodoh, dah ada orang datang merisik, dan juga bulan ini penuh aktiviti gembira bila Sis berjumpa blogger-blogger KL datang ke JB. Bukan tu aja, cerita 'panas' pun ada gakk, kalau nak cerita, panjang cerita, so baik takpayah cerita, kang buka aib orang aja kan. Lebih baik Sis menulis dan cerita hal dan aktiviti Sis ajer sepanjang minggu Sis bertemu artis ni haa.. orang suka ke tak ke, biorrr.. ni cerita aku... 

Minggu Aku Bertemu Artis

Bermula pada pertengahan bulan July, artis pertama Sis ketemu adalah Aidit Noh, yang ketika tu datang Renaisaance Johor Bahru untuk 'Mooncake Chef's Table'. Masa tu siap duduk makan semeja lagi dengannya. Pestime jumpa, berdegup jantung bila nampak Aidit Noh senyum, lesung pipit dia memang buat semua orang tertawan. Tapi bebaik, tu Suami orang ya hehehehe.. 


Minggu Aku Bertemu Artis

Kemudian awal bulan Ogos, sekali lagi Sis bertemu artis Kak Maria Tunku Sabri, bekas pengacara TV3 Jalan-Jalan Cari Makan. Kali pertama berjumpa dengannya masa staycation di GEO Reseort, so ini kali kedua bertemu dengannya. Sempat juga Sis penuhi jemputan makan tengahari Dim Sum bersamanya di Renaissance Johor Bahru Hotel. Ramah orangnya, kelakar pun yaa dan paling best, sekepala gak sama naik mulutnya dengan Sis hehehe.. 


Minggu Aku Bertemu Artis

Minggu Aku Bertemu Artis

Kemudian, sekali lagi bertemu lagi dengan Aidit Noh di Grand Paragon Hotel sempena makan malam 'Saturday BBQ Dinner'. Siap duduk pulak lagi sama table dengan wife dia, Hana. Masa ni banyak yang Aidit share dan bualkan tentang kerjanya, beza masa jumpa pertama kali, masa tu dia agak pemalu. Maybe dah jumpa kali kedua, so banyaklah ceritanya. 

Selain artis, jumpa gak dengan pengacara majlis tersohor di Johor, siapa lagi kalau bukan EmbunJb yaaa.. di mana-mana ada dia.. hebat betul rezeki dia, alhamdulilah.. dengan dia ni, pertama kali jumpa pun kau akan terus boleh mesra, kelako gilerr orangnya.. hahahaha..

Minggu Aku Bertemu Artis

Then esoknya, Sis ke Legoland Malaysia Resort, ada event sempena 10th anniversary mereka. Dalam pada menunggu dan merayau-rayau tunggu geng sampai, sekali terjumpa pulak artis Ainedruce dan suaminya Mirul juga anaknya Soraya. Mereka pun sama juga tengah berjimba di Legoland. Terjumpa juga artis Fasha Sandha sekeluarga dan Fizo Omar sekeluarga. Sis nampak mereka tu semua dari jauh, cuma tak dan ler nak ajak bergambar sebab memasing sibuk dengan family mereka, kang kacau pulak privacy mereka kan.. 

Dengan Ain tu sebab kebetulan dia dekat luar tengah bergambar dengan peminat, so Sis pun panggil tumpang sekaki ajak selfie hehehehe.. 

Minggu Aku Bertemu Artis

Minggu Aku Bertemu Artis

Dan semalam malam, ingat dah bye-bye dah dengan Aidit Noh, sekali ehhh jumpa lagi dia semalam malam di Thistle Johor Bahru sempena 'Secret Garden Wedding' di sana. Haaa kali ni betul-betul dah mesra alam, dah tau apa nak di bualkan, dan tak kekok nak bergurau dengan dia. Sporting juga Aidit ni, dan takde laa kekwat seperti mana yang orang kata. Humble jerr, lagi-lagi wife dia, sangat pemalu orangnya.. 

Wife dia tengah preggy 7 bulan, comelnya baby bump dia. Sis doakan moga selamat semuanya dan dipermudahkan urusan bersalinnya nanti ya Hana. Cantik orangnya tanpa secalit make-up. Cute sangat awakk bila ketawa hahahaha.. 

Tengok video REEL perkahwinan bertemakan 'garden' malam tadi di instagram akusislin di SINI ..

Yaaa itulah kisah Sis dan artis sepanjang bulan Julai dan Ogos ni. apakah esok-esok jumpa lagi dengan artis lain? Jika ada jodoh, ada laa kannn.. sambil berhibur, sambil bekerja, janji tau bawa/sedar diri.. Kali ni takyah keluarkan kamera, dah ada orang tukang amik gambar, so kita tumpang jerr gambar dia hahahahaha...lagipun gambar dah ada kan, so kita up aje laa di blog, buat kenangan... 


P/S: Balik kepala pening kena hujan malam tadi, adeiiii... 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ini rasanya dah macam artis pulak yang datang jumpa Lin dah ni🤣..
    Nampak Lin pun dah macam artis...hihihi..
    Eh,Maria slimnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. siapalah kita MamaCella..
      Yaa Mama, kurus dah Kak Maria..

      Delete
  2. wahh..bestnya penuh aktiviti...sy seminggu ni mula mula jaga suami demam...semalam dgn hari ni dah jangkit ke saya pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga baik-baik aja buat Suami Kak Yan yaa.. jaga diri okay..

      Delete
  3. Pergh, kemain ye retis sis Lin.. Hahaaa! Paling banyak jumpa Aidit Noh 😆 Yaaa.. i know.. he married.. i know.. ahahhaahah.. Bininya memang comel tak bermakeup pun... Nice...

    Next, artis siapa lagi agaknya sis... 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nona, kita tumpang sekaki jerr laa bergambo kannn..

      Delete
  4. Alhamdulllah
    Dapat berurusan dengan orang2 hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Wak, sambil kembanhkan network..

      Delete
  5. Si ain tu rupanya jiran ako oii hahahha.rumah parents dia kt hujung jalan ni ha. Br sekali jumpa dia ms dia preggykan soraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr baru tau ke? Kalau tak raya boleh pi beraya hahahaha

      Delete
  6. Waaah.. tak sangka sis ni saing-saing rakan artis. Boleh laa lepas ni masuk dalam industri. Hebat sislin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha hebat apa? Hebat saing makan jerrr hahahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!