PERTAMA KALI SEBAGAI BLOGGER DAPAT 100K VIEWS DALAM SEHARI! | MEMANG satu kejutan buat Sis sebagai blogger sepanjang menulis blog ni, inilah kali pertama dapat 100K views dalam sehari aja. Memang terkejut yaa.. kalau sebelum ni, paling tinggi hanya 80k sahaja sehari, tapi ini kali pertama kali sebagai blogger dapat 100K views dalam sehari, alhamdulilah.
Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan buat diri Sis sendiri. Hasil kerja dan penulisan Sis bukan sia-sia atau buang masa, sekurangnya apa yang kita tulis dan kita kongsikan, jadi manfaat buat semua untuk membaca. Tak kisahlah berkaitan apa sekalipun, janji bukan posting yang membabitkan orang lain.
Views 100K tu di sebabkan posting Sis mengenai drama Risik Pada Hati dan juga posting ucapan Salam Maal Hijrah baru-baru ni. Tak sangka baru aja publish, terus naik view-nya dengan cepat sekali, alhamdulilah. Dan posting drama Risik Pada Hati tu memang non stop orang view dalam sehari, now posting tu dah cecah hampir 50k dah.Hebat penangan drama tu kann.. dengan Sis sekali terjebak tengok dan beremosi.
Ada juga yang tanya, 'apa faedahnya views naik?' hahahaha.. kalau pertanyaan tu bukan dari seorang blogger, okay Sis boleh terima, tapi kalau pertanyaan tu dari seorang blogger, Sis rasa, dia kena banyak belajar dulu mengenai blog. Tapi kalau dia blogger hanya nak 'menulis' aja macam Sis dulu, kira okay laa, jangan hadap sangat views tu, tapi bila blog dah ada adsense untuk jana pendapatan, makanya kena amik kiralah view blog ko sehari.
Pepatah kata, 'duit datang bulan bergolek', so samalah macam duit adsense tu, bukan kata bila dah ada blog, dah ada iklan adsense, so dia jalankan kerja sendiri, tidakkk yaa... kenalah rajin update, update pun kena kerap, posting pulak kenalah pada masa dan ceritanya, jika posting tu tangkap SEO dan keyword, makanya naiklah view blog kau, dan automatik adsense tu naiklah duitnya. Tak caya cuba..
Ada orang selalu komplen, adsense dia tak naik, sen sen jerr, sebab? Yaa sebab kau tak rajin update, update pulak jenis copy paste jer banyak, mana nak masuk search engine dalam organic search. Cuba update ikut kebebasan sendiri, update santai-santai dan jadi diri kau.. kau cuba dulu.. Sis cakap sebab Sis guna teknik tu.. dari adsense tak berapa nak ada sehari, now boleh di katakan, dalam sehari update 3 posting macamtu, income sehari adsense feedback sangat bagus...
Pageview terakhir di bulan Julai pada jam 8am semalam pagi.
Tapi macam Sis kata laa, kalau memang kau takde update, so janganlah banyak komplen kalau adsense dan view sehari dan pageview blog kau setakat gitu-gitu jer. Bila tak okay, mulalah nak tukar template laa, tukar itu, edit ini, padahal bukan salah apa pun, salahnya kau tak rajin update hehehe, tu jer masaalahnya.
Nak update kena rajin, kena ada masa, so kalau takde masa, tak rajin.. better diam jer, jangan komplen..mudah jer kan,. jangan sampai kata, 'kau bolehlah ada masa, banyak masa'.. hurmmm otak kau memang sewel hahahahaha..
Tak apalah, memasing punya blog kan, so pandai laa korang fikir. Kecuali kalau blog korang memang posting-postingnya hari-hari orang cari bahan bacaan, Contoh macam blog Cik Mat Gebu tu ha, blog masakan, haaa tu jangan cakaplah, tak update pun, masyukkkk... sebab hari-hari pun view tinggi okay.
Kalau level Cik Mat Gebu tu takyah lerr nak cakap apa kan, tapi kalau level kita ni, ermm memang kena usaha lerr gayanya nak kasi orang baca blog kita. Lagi jenis niche blog Sis lifestyle, bukan senang yaa.. sebab cerita pun macam rojak hahahaha.. nak kasi orang baca tu, memang kena gigih laaa cari idea. Paling malas, masuklah gambar makan dan masak-masak, haa cepat ajerr orang masuk, cuma tak bolehlah selalu, sebab blog Sis bukan blog makan-makan hehehehe..
Kena versatile laa ceritanya. Janji kita update bukan jadi 'dosa' pada kita..
So tu je laa Sis nak kongsikan kegembiraan dan keterujaan Sis pada posting 100K kali ni. Terima kasih buat semua pembaca blog akusislin kerana sentiasa menyokong Sis dari dulu hingga sekarang. Moga korang juga terus maju berjaya okkay.. Jom kita sama-sama naik...
Sekian catatan seorang surirumah bergelar 'blogger'..
P/S: Terima kasih Suami yang sentiasa support untuk Sis berkarya dan beri keizinan ke sana-sini penuhi jemputan event media. i Love u Suami ❤
wah..congrats!!! moga terus success!!!
ReplyDeleteAlhamdulilah, terima kasih Mummy..
DeleteWah! Tumpang bangga!
ReplyDeleteThanks Uncle ...
Deletetahniah sis! barulah puas dapat jadi blogger dengan view 100k!
ReplyDeleteAlhamdulilah, satu kepuasan buat diri sendiri Aerill...
DeleteAlhamdulillah.. tahniah kak. Semua perlukan semangat dan kerja keras.
ReplyDeleteYaa PC, kerja keras tu penting, yang untungnya, diri sendiri...
DeleteTahniah Sislin! Kagum dgn semangat sislin update blog hari2. Kita pun kadang2 kering idea nak menulis hihi
ReplyDeleteKagum tu biasa jerr Karni, yang penting, rajin jerr, gigih kan Sis ko hahahaha
DeleteTahniah! Usaha membawa jaya.
ReplyDeleteAlhamdulilah Amie, terima kasih...
DeletePower dan padu sangat ni sis. mantul sislin
ReplyDeleteSyukur, terima kasih atas tunjuk ajarnya Kid...
DeleteCongrats sislin
ReplyDeleteThanks Farah ...
DeleteWow sangat hebat. Tahniah kak
ReplyDeleteThanks Calrase...
Deletetahniah
ReplyDeletePencapaian terhebat
Alhamdulilah, pencapaian terbaik buat diri sendiri Wak..
DeleteTahniah awak!! Sentiasa bg semangat kt bligger pemalas mcm ako gaha
ReplyDeleteHahahaha takpe, malas-malas pun, ada juga update kannn.. teruskan Ret...
DeleteMantapppp sifu!!! Tahniahhh yerrrr! Seronok behtulll wooo... saya nak sampai tahap tu tak sure lah bilaaa.. tapi niat memang ada.. usaha tu belum nak konsisten.. Bahahaaa... Masa tu kena arrange, memang busy je dengan banyak hal x kisah kerja atau suri rummahhh..
ReplyDeleteThanks Non.. pelan-pelan Non, jangan putus asa dan berhenti menulis, teruskan... janji usaha...
DeletePsstt, saya suka jugak drama Risik Pada Hati tuh... sedih betul lahhh! Geram pun iye... tapi memang suka tengok hero and heroin dalam tu..lifestyle dorang kat luo pun saya suka perhati..hehe...
ReplyDeleteHayfa buat semua demi kebahagiaan Suami dia.. bukan mudah nak rasa tenang hidup ebrmadu ni kan.. camtu laa Hayfa rasa...
Delete