SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-65 TAHUN MALAYSIA!

Sis Lin
0
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-65 TAHUN MALAYSIA! | SELAMAT pagi Malaysia. Merdeka, Merdeka Merdeka!!!. Malam tadi Sis takde pun menunggu jam 12am untuk tengok atau dengar bunga api Merdekanya, balik dari event semalam, mandi-mandi, tengok Netflix, Suami balik, borak-borak kejap, then terus je naik atas tidur. 

Tau-tau ehh bangun pagi dah Merdeka hahaha.. pagi ni pun takde plan apa, Suami ada kerja nak di settlekan, so Sis lepak rumah jer laa sambil buka tv lihat perarakan Merdeka tahun ni. Meriah ekkk nengok, beribu-ribu manusia seawal pagi dah sampai Dataran Merdeka tu haa, bagus! inilah semangat kemerdekaan yang kita mahu, bukan hanya semangat pi konsert jer hohohoho.. 

Tahun kemerdekaan 65 tahun ni, sama umurnya dengan arwah Emak Sis, yang lahir pada tahun 1957, kira anak Merdeka laa kann.. sana sini tahun ni meriah menyambut Merdeka. Alhamdulilah, nampak dah negara kita semakin pulih walaupun masih dalam norma baharu. 

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-65 Tahun Malaysia!

Salam Merdeka 31 Ogos 2022!

Banggalah kamu dengan tanah airmu. Jadilah generasi penerus bangsa yang punya rasa cinta kelada tanah air. Jadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur dan adil.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65 buat negaraku Malaysia tercinta.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-65 Tahun Malaysia!

Saya Anak Malaysia 

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Sembilan belas lima puluh tujuh
Bulan lapan kita merdeka
Setelah dijajah oleh orang Inggeris
Kamikaze dan Portugis

Dari Perlis ke Kota Kinabalu
Rakyat bersatu dan maju
Bumi bertuah hasil melimpah
Siapa rajin hidup mewah

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Melayu, Cina, Iban, India
Kadazan, Portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri kita
Walaupun cantik negeri orang
Tentunya Malaysia cantik lagi

Melayu, Cina, Iban, India
Kadazan, Portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia


P/S: Saya anak Malaysia, anak jati Johor.. korang??? ... 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!