SNOW SKIN MOONCAKE DURIAN, SEKALI CUBA PASTI SUKA!

Sis Lin
4
SNOW SKIN MOONCAKE DURIAN, SEKALI CUBA PASTI SUKA! | MEMANG betul, Sis tau ramai memang tak berapa gemar makan mooncake atau kuih bulan kan? Lebih-lebih mooncake jenis tradisi tu haa, rata-rata yang Sis kenal, ramai tak berapa suka dan pemakan mooncake, kalau ada pun, jenis yang berdarah cina atau dia memang biasa makan mooncake. 

Kalau Sis, memang dari kecik suka makan mooncake ni, maklumlah darah cina kan. Lagipun dulu arwah Atuk cina Sis sendiri buat (homemade), so bila tiba jer festival mooncake, mesti akan ada laa mooncake yang Atuk cina Sis buat. Di berinya kami semua makan. Siap tanya lagi, 'Nak perisa apa?' hehehe.. Macam-macam acuan cetak dia ada. 

Tapi sekarang, dah jarang orang nak buat, kalau nak makan, beli je laa senang, sebab sekarang kalau nak dapatkan mooncake Halal dah senang. Harga memang agak mahal, sebab yang mahal tu laa buatan tangan, kalau guna mesin, yaa harganya murah, kalau mahal pun pada bungkusannya jerr.. 

Snow Skin Mooncake Durian, Sekali Cuba Pasti Suka!

Snow Skin Mooncake Durian, Sekali Cuba Pasti Suka!

Buat korang yang tak makan mooncake tradisi, apakata korang try beli mooncake jenis Snow Skin. Mooncake juga tapi tekstur dia berbeza. Sis makan pertama kali jenis Snow Skin dari mooncake SDS Bakery & Cafe, memang sedap pertama kali rasa dan mencubanya. Kemudian tu dah tak nampak pulak ada lagi.. hehehe..

Mana nak dapatkan Snow Skin Mooncake ni? 

Rasanya dah tiap-tiap tahun Sis menulis mengenai mooncake ni haa.. takpelah, Sis ulang lagi hahaha.. Haaa korang boleh dapatkannya dan beli di booth lobby Renaissance Johor Bahru Hotel. Sepanjang promo festival berlangsung sehingga 10 September ni, korang boleh dapatkan aneka mooncake, baik mooncake tradisi ataupun mooncake jenis Snow Skin ni di ruang lobby mereka. 

Snow Skin Mooncake Durian, Sekali Cuba Pasti Suka!

Dan paling best sekali, bagi pengemar durian, haaa korang bolehlah cuba Snow Skin mooncake Durian mereka, memang sedap meletop, rasa durian dia paduuu habis oii. Tiap kali hadir media-preview mereka, mereka akan hidangkan, tapi takde la kau dapat seketul sorang makan, then sebab terasa-rasa akan kesedapannya, Sis datang walk-in membeli sekotak untuk Sis makan sendiri, puashati aku hahahaha.. 

Dalam sekotak tu ada 8 biji dengan harga RM148nett untuk perisa Durian Truffle, tapi kalau untuk jenis Snow Skin lain, harganya hanya RMRM128nett untuk 8 biji. Ye laa perisa durian mestilah mahal sikit kann.. bukan durian biasa-biasa ni, sebab rasa dia pekat pahit piaww rasa duriannya. 

Snow Skin Mooncake Durian, Sekali Cuba Pasti Suka!

Antara jenis-jenis Mooncake Snow Skin lain yang ada termasuk, Pearl Dark Chocolate Crunchy, Kopi Truffle, Taro Paste Truffle, Teh Hijau Matcha Truffle, Truffle Buah Passion, Peppermint Chocolate Truffle, Strawberry Frizzy Truffle dan Lemon Truffle. 

Sis jamin, bagi peminat durian, kalau korang cuba sekali, mesti suka punya.. sedap weyyy.. Korang belilah selagi masih ada. Setahun sekali jerr ada mooncake ni. Memang banyak sana sini menjual mooncake, tapi kalau korang beli di Renaissance Johor Bahru Hotel ni, di jamin HALAL. 

Snow Skin Mooncake Durian, Sekali Cuba Pasti Suka!

Nak walk-in boleh, nak delivery pun boleh, cuma kalau pos tu, hanya mooncake tradisi aja, untuk Snow Skin mooncake, tiada penghantaran, sebab jenis Snow Skin ni kena sejuk. Dia boleh tahan suhu luar dalam 5jam aja, seeloknya kena simpan dalam peti ais. 

Haa korang tak rasa terliur ke? Hahahaha.. apalagi sila buat tempahan segera selagi masih ada. Details Sis letak bawah ni yaaa.. 

Snow Skin Mooncake Durian, Sekali Cuba Pasti Suka!

☎️ For any pre-order and more information, please call +6073813333 from 11am to 8pm.
🚚 𝙁𝙍𝙀𝙀 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙑𝙀𝙍𝙔 within 𝙎𝙀𝙑𝙀𝙉 business days for all states except Sabah and Sarawak if order via WhatsApp Business at https://wa.me/c/60127719056

💻 Renaissance Johor Bahru Hotel’s handcrafted mooncakes also available on Shopee, Lazada, Oddle till 10 September 2022.

🌐 Visit www.wanlichineserestaurant.com and sign up for exclusive updates and special deals to stay in the know.



P/S: Makan makan, tinggal dua ketul jer dalam peti aias hahahaha, Sis makan sorang jerr tuu.. sedapp.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!