TASNEEM MARKETPLACE BANTU SURIRUMAH JANA PENDAPATAN TANPA MODAL | ALHAMDULILAH, bilamana bercakap mengenai pendapatan surirumah ni, memang rata-rata ramai surirumah ingin mencari wang saku lebih bagi membantu ekonomi rumahtangga masing-masing, cuma adakalanya takde peluang depan mata. Bukan taknak usaha, tapi ada banyak sebabnya.
Sebab utama 'modal'. Ye laa nak meniaga, nak mulakan bisnes, mestilah nak modal kan, tak banyak tapi kena ada sikit. Nak lebih keuntungan, modal kena banyak, nak untung sikit pun, bermodal juga, kecuali kalau kita buat dropship. Tu pun agak sukar sekarang, sebab ramai dah ceburkan diri dalam bidang affiliate. Cara bisnes sama, cuma perlukan kesungguhan dan usaha lebih.
Barang atau produk nak di jual pun kena research dulu, apa yang viral dan ramai orang suka guna dan beli. Salah jual atau promosi, memang tak laku terus jualan. Meniaga ni memang kena ada risiko, usaha kena lebih, yang penting kena sabar. Kalau Sis, Sis lebih suka meniaga produk yang memang orang selalu guna, yang orang memerlukan atau yang memang orang akan cari. So Tasneem Marketplace laa yang paling sesuai untuk korang surirumah mulakan bisness di rumah secara online. Lebih-lebih lagi mereka yang ada anak kecil.
Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.
Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.
Sepanjang 4 tahun beroperasi pelbagai produk telah dihasilkan di bawah jenama Tasneem Naturel antaranya lotion, hand sanitizer dan banyak lagi. Tahukah korang majoriti agen untuk produk Tasneem Naturel merupakan suri rumah? Tasneem Naturel mahu bantu hidup korang dengan membuka peluang untuk korang menjadi salah seorang reseller baharu untuk Tasneem Naturel.
Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.
Kini, semua orang boleh bina bisnes sendiri walaupun TIADA MODAL besar. Kemudahan ada dihujung jari. Hanya mendaftar di Tasneem Market Place, korang sudah boleh memiliki pendapatan yang luar biasa! Korang juga boleh 'hadiah'kan keluarga dengan keuntungan menjual Produk Tasneem!
Tak ada pengalaman dalam bisnes? Jangan risau. Mereka akan guide dari A-Z ..
- Mula berniaga tanpa modal.
- Margin keuntungan yang tinggi.
- Formula dan bahan marketing disediakan.
- Reward setiap bulan.
- Latihan percuma.
- Sistem yang lengkap dan mudah.
P/S: Usaha tanda kejayaan. Di mana da kemahuan, di situ ada jalan..
Setuju dgn Sislin, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..
ردحذفKann Karni, jangan asyik mengeluh jer, tapi takde usaha...
حذفbagus ni kalau join..nak join ke tak ek? haha
ردحذفJom laaa kita ama-sama mencuba Miera, kotlah rezeki kita kan...
حذفBuat duit dengan Tasneem Marketplace ni, best lah. buat sampai jadi!
ردحذفYaa GB, jom laaa kita cuba dan rebut peluang ni kann..
حذف