TIBA-TIBA PAGI NI TERINGIN NAK MAKAN MAGGI KARI

Sis Lin
8
TIBA-TIBA PAGI NI NAK MAKAN MAGGI KARI | SELAMAT Hari Isnin semua. Dah sarapan ke? Alhamdulilah, ada yang dah mula bekerja harini, kalau di Johor, semalam sudah mula sekolah dan bekerja, tunggu bulan 9 nanti, haaa Johor akan bertukar, cuti pada hari Sabtu dan Ahad. Bermakna Johor akan bekerja 4 hari setengah (jumaat halfday) dalam seminggu, moga dipermudahkan semua urusan korang nanti. 

Kenapa bertukar? Entahlah.. tu semua atas permintaan sesetangah rakyat Johor, sebab nak selarikan hari cuti bekerja dengan sekolah. So kami akur jer laa keputusannya. Bagi Sis, sama jeee, hari-hari pun cuti duduk rumah hehehe.. 

Mulai sekarang dah bolehlah korang susun atur jadual balik yaa.. ada perkara yang menyenangkan juga ibu bapa, ada certain, agak jadi rumit semula bila bertukar, yang penting, cuti tetap cuti hohoho .. 

[Baca Juga] : Zikir Hari Isnin 

Korang sarapan apa pagi ni? Sis pulak tiba-tiba pagi ni teringin nak makan Maggi kari laa pulakkk.. niatnya konon nak puasa sunat Hari Isnin, tiba tersedar, lagi 5 minit nak azan Subuh, hurmm Suami tanya, 'Kata nak puasa?', Sis jawab, 'Mana sempat nak makan nasi', terus Suami gelak hahahaha.. 

Ye laa kalau Ramadan, tak sahur pun masih okay, tapi kalau puasa sunat ni, Sis mesti nak makan nasi atau apa-apa je laa makanan, buat alas perut, kalau takk, nanti jam dua belas, perut dah mula minta makan huhuhu.. dasar jerangkung dalam almari badan betul kannn... So tidaklah kesampaian Sis nak berpuasa sunat harini. 

Tiba-Tiba Pagi Ni Nak Makan Maggi Kari

Harini memang agak rehat laa juga, Sis di rumah aja, hanya menunggu Suami call nanti, dia minta hantarkan barang ke Penggerang. Harini pun Suami dah mula bekerja, setelah berehat kuarantin diri selama seminggu gara-gara Covid19. Alhamdulilah Suami dah sihat sepenuhnya, cuma kesan long Covid tu ada lagi, batuk-batuk tu tak hilang. 

Lepas Suami dah pergi tadi, usai Dhuha, terus turun bawah masak Maggi kari hahaha. Nasib baik ada stok Magginya. Kalau Suami dia suka minta masak Maggi di tumis, tapi jenis Sis pulak tak berapa suka, Sis lebih suka Maggi masak bodo-bodo jerr, paling tak letak sayur kubis, baru feel makan Maggi dan yang penting sos tomato hahahaha.. 

Maklum laa kan, Sis tak makan sos cili yaaa.. bila kau tuang sos tomato dalam kuah Maggi kari tu, perghhh kesedapan dia, masak dua bungkus pun boleh licin.. tapi idokkk lerr Sis masak dua bungkus oiii.. aje gilerr terbelit usus Sis hahaha.. sebungkus jer dah kenyang uiii.. 


Alhamdulilah, kenyang dah makan Maggi kari sebungkus tadi.. anak bujang belum nak makan, kang pepandai laa dia cari makan. Yaa kalau Isnin, jarang Sis buat sarapan untuk Suami, katanya kalau makan jadi lambat, kang jalan jem, gitu laaa kelam kabut dia kalau hari Isnin, cuma tadi lewat juga dia pergi kerja. 

Ni pun kepala tengah fikir nak masak apa laa ek harini, hurmmmm... macam nak masak Sambal Sardin, lawankan dengan KangKung Belacan, then goreng Ikan Kembong, sedap juga kannnn.. so korang plan nak masak apa?.. 


P/S: Alhamdulilah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah Dia berikan ❤

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Saya pulak makan mi maggi perisa ayam dgn sos tomato. Kalau maggi kari, wajib pecah telur bila dah masak. Suka telur kuning tu separuh masak dalam maggi hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Sis kalau Maggi ayam ke, suka kosong jerr, baru rasa feel Maggi tu, senang cakap, tak berapa suka laa jenis tumis tu hahaha

      Delete
  2. SA plak kalau maggi kari mesti nak letak bawang, bawang putih, cili api, sayur dan telur...tumis betul2...kadang letak tomato atau tauhu yg buat tauhu bergedil tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Suami Sis laa, dia suka suruh masak cenggitu.. Sis jer tak berapa, nanti hilang feel rasa Maggi sebeno hahahaha

      Delete
  3. masak maggi simple macam ni tambah telur sebiji memang sedap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur pun Sis taknak letak, nanti rasa kuah Maggi jadi lain hahahaha

      Delete
  4. haaaa pulak. suka sos tomato yea. simbah sebotollll. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sis kan makan sos tomato, sos cili tidak kecuali terdesakkkkk

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!