ADA KE SUAMI ATAU LELAKI MACAM ADAM DALAM DRAMA AKU TANPA CINTAMU TU? | KORANG tengok dan layan tak drama Aku Tanpa Cimtamu tu? Ishh bagi siapa yang tengok, mesti geram dengan Suaminya Nuha tu kan, setiap episod ada jerr perangai 'gila' si Adam yang dia buat. Tiap kali nengok jerr, naik meroyan Sis di buatnya, yang jadi mangsa, Suami Sis laaa mendengar bebelan Sis hahahahaha..
Eeee Suami jenis haper kalau perangai macam si Adam tu, kadang cemburu tak bertempat, takde adab dengan orang tua, dengan adik beradik Nuha lagilah, jauh sekali nak berbaik, dengan kawan-kawan Nuha, ada jerr yang tak kena. Paling geram tu, depan orang kemain macam baik nauuu si Adam tu sebagai Suami, bila hangin gila dia datang, habis Bini dia,Nuha di kerjakan.. ada masa baik laa sangat perangainya adoiii cannot brain arrr..
Walau hanya dalam lakonan, tapi tak mustahil juga, ada yang sama perangai macam Adam tu tau. Tengok jer episod semalam, kerana cemburu tak bertempat, sanggup dia biarkan dan tinggalkan si Nuha tu di tepi jalan balik rumah jalan kaki, kurang ajar betul. Sis maki habis semalam masa nengok, adoii hilang kewanitaan i okay. Mak mertua pun sama naik dengan perangai anaknya.. arghhhh tak boleh arr Sis tengok drama ni, stresss hakuuu oii.. *tapi nak tengok juga hahahahaha..
Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu
, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam, yang kemudian mengawal hidupnya. Setiap gerak geri Nuha, diadur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya?
Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan menyakinkan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk menjadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat.
Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.
Pelakon
Zamarul Hisham sebagai Adam
Bella Astillah sebagai Nuha
Malek Mccrone sebagai Hadi
Dato Sri Eizlan Yusof sebagai Idris
Jiha Sham sebagai Lydia
Khaty Azian sebagai Sarah
Setiap Isnin-Khamis, 10:00 malam
15 episod di slot Samarinda TV3
P/S: Kadang malas nak layan drama melayu ni, tapi TERtengok sebenonya hahahahaha..
tak boleh tgk citer2 mcm ni kang naik pulak darah hahaha!
ReplyDeleteYaa mula tak tengok gakk, lelama ehh tertengok jadi terlayan hahaha
DeleteAini layan cerita ni..memang sakit hati tengok.. sampai suami Aini pun layan. Dia pun bebel cakap tak suka la lelaki yang perangai macam ni.. Suami byk bebel dari Aini haha..
ReplyDeleteSama laaa, geram betul dengan Adam tu, Laki jenis apa laa camtu huhuhu
DeleteSA x tengok langsung citer ni...nak tenang2 je..x nak terbawa- bawa sakit hati..kang naik darah tinggi
ReplyDeleteSama laaa... penat tau nak jaga hati ni. eh
DeleteHahahaha tau takpe., bila dah terlayan, adoii sakit jantung hakuuiuuu
DeleteHahahah tiberrr ek GB hahahaha
Deletealamak b4 drama ni kluar mmg tergerak nak layan tp bila dah tayang.. aishh belum berkesempatan 1 eps pun nak tgk ni.. iskkk... ako suka zamarul tp dgr watak dia dalam drama ni cam bengis sket eh
ReplyDeleteNanti ko tengok laaa, menjadi betul lakonan dia...
Deletehaha..sabar sis..kita tgk muka adam ngn mak dia mcm mana bila bekas isteri dia tuntut hak harta sepencarian nnt..papa kedana 2 ketul tu..haha
ReplyDeleteKannn, memang tunggu saat ituuuu...
Delete