CARA MASAK TELUR SEPARUH MASAK SAMA MACAM KEDAI MAMAK PUNYA | SEDAP kan kalau dapat makan telur separuh masak! Bayangkan kuning telur yang melekit dah meleleh, perghh bestnya kalau dijadikan inti roti atau dimakan bersama nasi! Tapi, kalau buat sendiri memang ada masa jerr menjadi, ada masa, hampeh.. Apakah ada cara masak telur separuh masak yang termudah dan pasti menjadi?.
Sebenarnya, cara buat telur separuh masak ini senang sahaja, kita jer yang kadang buat jadi kadang tak jadi hahaha. Nak masak cuma perlukan telur dan air panas, campurkan keduanya dan siap!
Telur merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. Ada sebabnya mengapa telur kekal popular dan sering digunakan dalam masakan harian. Selain rasanya yang sedap, telur rebus merupakan makanan yang kaya dengan protein. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sumber kalsium, vitamin dan banyak lagi nutrisi lain.
Benar, kuning telur mengandungi banyak kolesterol. Malah, sebiji telur yang bersaiz besar mungkin mempunyai 186 mg kolesterol. Banyak bukan! Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan pengambilan telur tidak akan meningkatkan kadar kolesterol badan. Jadi, anggapan bahawa telur tidak sihat untuk badan adalah sesuatu yang lapuk dan ketinggalan zaman!
Cara masak telur separuh masak
Korang nak tahu cara masak telur separuh masak sama macam kedai mamak punya? Untuk pengetahuan korang, telur separuh masak yang perfect perlulah dimasak menggunakan teknik yang betul. Di bawah, Sis senaraikan bahan-bahan yang korang perlukan untuk menyediakan telur separuh masak:
Bahan yang diperlukan:
2 biji telur
Beberapa keping roti bakar
Langkah dan cara masak telur separuh masak
Langkah 1: Isikan air dalam periuk. Kemudian, tunggu sehingga air mendidih.
Langkah 2: Pastikan telur berada dalam suhu bilik. Korang juga boleh menggunakan ‘egg pricker’ untuk menebuk telur terlebih dahulu. Alat ini dapat mengurangkan risiko telur retak ketika direbus. Perlahan-lahan, masukkan telur ke dalam air menggunakan sudu.
Langkah 3: Tetapkan pemasa selama 4-5 minit untuk pastikan telur dimasak sederhana. Telur yang dimasak begini selalunya mempunyai kuning telur yang cair dan meleleh. Jika korang inginkan kuning telur yang lebih keras, rebus selama 6-7 minit.
Sebagai panduan, korang boleh rujuk masa memasak di bawah untuk mendapatkan telur rebus yang ideal. Pastikan korang mempunyai pemasa ketika merebus telur. Pastikan telur direbus selama 6 minit supaya ia masak sempurna, dengan kuning telur yang masih lagi cair dan melekit. Pastikan korang fokus pada pemasa. Setiap minit ada bezanya tau!
5 minit: Telur baru mula mengeras. Telur kuning dan putih masih cair, membuatkannya sesuai untuk dijadikan pencicah
6 minit: Putih telur keras tetapi kuning telur masih cair
7 minit: Telur hampir mengeras sepenuhnya. Tetapi, kuning telur masih lagi melekit
10 minit: Telur masak sepenuhnya
Langkah 4: Masukkan telur ke dalam air sejuk serta-merta untuk menghentikan proses memasak. Langkah ini juga penting untuk memastikan kulit telur dapat ditanggalkan dengan mudah.
Tempoh memasak bergantung kepada konsistensi kuning telur yang korang inginkan. Selalunya, masa merebus selama 6 minit sudah cukup. Jika korang rebus lebih lama, telur akan jadi keras seperti telur rebus biasa. Telur dengan bahagian kuning yang masih cair sesuai dimasukkan di dalam salad dan dijadikan inti sandwic.
Tidak ada cara untuk pastikan telur direbus dengan sempurna setiap kali. Saiz telur dan juga suhu yang berbeza menyukarkan kita untuk menganggar masa rebusan yang tepat. Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali cubaan, korang pasti dapat menghasilkan telur yang perfect setiap kali!.
Memang kena praktikan selalu, Sis dulu pun fail bab meebus telur separuh masak ni, tapi bila selalu cuba, akhirnya menjadi, cuma takde laa amik gambar nak tunjuk, masak jer terus Suami bedal hahahaha..
Selamat mencuba cara buat telur separuh masak!
P/S: Baru lepas bedal telur separuh masak sarapan dengan Suami tadi di kedai hehehe, dah hujan, syokk woo makan telur hahahaha..
Okay. Nak cuba try test masak 6 minit
ReplyDeleteKasi goyang terus hahahaha
DeleteSA pakai yang bekas tutup kuning tu...isi telur, isi air panas..pas tu air dia turun melalui lubang bawah bekas tu...then telur yang kita masak tu elok sekata cantik masaknya...
ReplyDeleteHaa tu kita pun ada SA, cuma kadang asyiklah lupa nak pakai hahahahaha
Deleteyummy jadikkk... leh cuba
ReplyDeleteHehehehe yaaa lepas ni dah tau dah caranya kannnn
Deletesama ngan Kak Sa..beli bekas yg tutup kuning tu jer.. he he he..
ReplyDeleteTu yang paling senang sekali, kompom menjadi hehehehe
DeleteTelur goyang ni mmg feveret!
ReplyDeleteKann, sama gan En Sabar, kalau boleh tiap pagi nak telur goyang hahahaha
DeleteLagi satu tips akak, telur perlu telur segar baru beli yang ada omega omega tu. confirm cantik kejadian.
ReplyDeleteRumah ni memang pakai telur Omega jer Ruby, kepuasan sebab saiznya besar hahahaha
DeleteVM buat selalu terlebih keras lah, tercair lah, hahahah. tq share tips :D
ReplyDeleteHaa nanti boleh try tips ni yaaaa
DeleteTerima kasih Sis perkongsian..
ReplyDeleteSama-sama PC ...
Deleteaku kurang gemar yang separuh masak ni..tapi kalo sunny side egg, masih suka lagi..maksudnya yang pecah goreng atas kuali lah, bukan secara rebus..haa gituh..kalo yang rebus masuk mee maggi pun, bahagian putih tu aku make sure masak, yang kuning takpe cair lagi..kiranya kategori 6 - 7 minit lah ekk
ReplyDeleteOoo petut jarang nampak kau makan telur separuh masak hahahaha.. aku sukaaa...
DeleteSukaaa telur goyang-goyang!
ReplyDeleteSamalah Sis heheheh..
Delete