CUTI SEKOLAH SUDAH PUN BERMULA! | DIA punya tajuk macam Sis ni ada anak yang bersekolah je kan? Hahaha, tapi takpelah, ada juga anak saudara yang bersekolah, so tumpang laa gembira sekali. Mana taknya bila tiba cuti sekolah, rumah Sis laa akan meriah, adik-adik akan datang rumah dan bermalam-malam di sini hehehehe..
Dengarnya sejak Jumaat lepas jalanraya dah mula sesak dengan kenderaan. Tak tau laa mereka nak kemana, bukan di Malaysia aja, di Singapura pun sama, rata-rata memasing semua nak masuk sempadan Johor dan bercuti di sini, tapi... Singapura cuti sekolah ke ek?.. rasa macam tak sama..
Tapi sekarang bandar Johor memang dah jem dah, masuk hari Jumaat ajer, mulalah jem di CIQ sana tu, penuh kenderaan masuk ke Johor. Alhamdulilah laaa, ekonomi dah nampak laa semakin naik dan maju. Banyak kedai-kedai dan shopping mall pun dah mula beroperasi dan semuanya dah macam biasa. Hotel-hotel pun meriah sana sini buat promo staycation dan juga buffet.
Kalau di ingat-ingat masa pendemik dulu, Ya Allah, macam tak percaya yang kita berjaya juga mengharunginya selama dua tahun ni kann.. banyak kisah duka sepanjang pandemik. Bukan sahaja perniagaan banyak tutup, malah paling memeritkan, hingga ramai kehilangan orang yang tersayang gara-gara virus Covid19 tu.
Now keadaan terkawal, walau kes masih ada, dan makin meningkat, tapi dah macam takde apa-apa jer pada masyarakat. Sana sini pun kebanyakkannya Sis lihat, ramai dah tak pakai facemask, SOP pun banyak dah langgar jerr, so terpulang diri memasing laa kann.. nak taknak kita terpaksa laa hidup bersama virus. Cuma kenalah selalu beringat, nasib tidak selalunya baik.
Harini cuti sekolah sudah pun bermula bagi semua negeri dalam Malaysia. Walau Johor dah mula dah hari Jumaat lepas, tapi Isnin ni kiranya semua laa dah bercuti. Tu anak-anak je yaa, Mak Pak tetap kena kerja, atau ada yang Mak Pak amik cuti untuk membawa anak-anak bercuti, itu mungkin ada laa kan..
Ye laa bila lagi nak meluangkan masa bersama anak-anak, time cuti gini laa kan. Macam adik Sis, Mama Mia tu, dia takde cuti kemana, tapi dia buat annual pass Legoland, so tiap kali habis waktu sekolah ke, atau Sabtu Ahad ke, dia akan bawa anak dia ke Legoland. Anak-anaknya pulak jenis tak jemu, kalau boleh pergi hari-hari pun takpe katanya hahahaha..
Macamtu kira berbaloilah kann beli annual pass setahun tu. Nak cuti keluar dari negeri katanya bukan senang Bapaknya nak cuti, so dengan adanya annual pass Legoland tu, Mamanya bolehlah bawa anaknya ke sana bermain, takde laa rasa bosan gitu..
Sis sejak takde anak bersekolah ni, cuti ke tak cuti ke sama jer laa.. kadang time orang cuti, Sis berjalan, time orang bercuti, time tu laa Sis duduk rumah jer hahaha, maklumlah kerja Suami bukan ikut tentu masa, so kenalah faham. Tapi sekali pi bercuti, ameekawwww dia bawa pergi tempat kaw-kaw punya cuti, alhamdulilah..
So harini Sis takde kemana-mana, banyak appoinment minggu cuti sekolah ni Sis cancel dan postponed sebab nak melayan adik-adik dan anak saudara di rumah. Seronok nak memasak sebenarnya, biasa masak takde orang nak makan, kali ni masak, meriah, ramai yang makan hehehehe..
Rasanya ramai naik Genting Highlands ni, sebab posting naik kabel car ke Genting Highlands di blog Sis, kemain rancak orang view dan baca ya hehehehe..
Okaylah nanti sambung lagi.. nak mengemas bilik dan macam biasa lerr, hari Isnin memang banyak kerja rumah nak buat..
P/S: Semalam Suami mancing dapat ikan Siakap besar gilerrr... i like!!!!!
hari ni dah isnin... belum sempat bawa anak ke mana mana pun cuti ni
ReplyDeleteMasih banyak masa lagi tu Yan.. cuti seminggu.,.
DeleteWelcome2 tu... bolat2 ek. Tak silap hari tu siapa tah cama Spore pun cuti sekolah.
ReplyDeleteDatang dia nak bolat dia bolat, datang nak meleperrrr...telentang terus kak hahahaha
Delete