HARI HOL NEGERI JOHOR | APA itu Hari Hol? Hari Hol adalah acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor. Acara ini diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.
"Kamus Dewan" mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Hari Hol juga bertujuan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk memperingati kerabat diraja negeri yang mangkat. Malaysia ada 2 negeri Aje yang ada hari hol, Negeri Johor dan Negeri Pahang.
Pada hari tersebut, doa dan tahlil diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. Lazimnya, majlis tersebut diadakan di Makam DiRaja yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
Sultan Johor akan mengetuai kerabat lelaki Baginda yang terdekat untuk menabur bunga dan menyiram air wangian bunga ke atas makam selepas bacaan doa oleh Dato’ Mufti.
Pada kebiasaanya, Majlis Tahlil diadakan selepas menziarahi makam. Namun, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah menitahkan bahawa majlis ini diadakan di Masjid Pasir Pelangi (sementara Masjid Sultan Abu Bakar sedang diubahsuai) pada waktu petang sehari sebelum Majlis Istiadat Ziarah Makam DiRaja.
Semua pentadbir negeri Johor berbangsa Melayu yang bergelar Dato’, Pegawai Daerah, penjawat awam negeri Johor, Penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Ahli Parlimen dan Ketua - Ketua Jabatan yang beragama Islam wajib untuk menghadiri kedua-dua upacara tersebut.
Dan pada tahun 2022, Hari Hol Negeri Johor jatuh pada hari Sabtu 3 September 2022. Bermakna hari Sabtu ini adalah cuti umum bagi seluruh Negeri Johor.
Admin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Al-Fatihah.
P/S: Cuti-cuti mana mau pergi haaaa... ?
Jom2 pegi kl!
ReplyDeleteHahahaha mereput kat rumah jer laaa...
DeleteMari lepak kl hahaha
ReplyDeleteKL jem hahahahaha
DeleteOhhh.. baru tahu pasal Hari Hol ni. tq sis
ReplyDeleteYaa ramai tanya, so kita kongsikan di sini.. moga bermanfaat...
Delete