HOTEL KAPAL TERBANG '1975 AVENUE & HOTEL' BAKAL DIBUKA DI KEMPAS,JOHOR | BAGI warga Johor rasanya rata-rata sudah umum tahu dan nampak dua buah replika kapal terbang yang boleh di katakan lama 'tersadai' di area Kempas,Johor sana. Sis sendiri pun kalau ternampak duk mikir, apa pasal laa kapal terbang ni di letakkan di sini, terhempas ke atau memang saje di pamerkan, tapi tengok pada keadaan, buruk dan berkarat pulak..
Akhirnya, persoalan orang ramai terjawab sudah. Rupanya nak di buat hotel. Baru-baru ini Tiong Nam Group mengumumkan pelancaran 1975 AVENUE & HOTEL, hab gaya hidup bertemakan penerbangan pertama di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia. Sis berkesempatan untuk turut sama dalam majlis perlancaran itu dan sama-sama juga lihat contoh model kawasan 1975 Avenue & Hotel tu sendiri. Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Besar, YAB Datuk Onn Hafiz bin Dato Ghazi di Hard Rock Cafe Puteri Harbour.
1975 Avenue & Hotel, terletak di Kempas dan menduduki lebih 19,000 meter persegi perbandaran bersepadu dengan elemen runcit. Pembangunan itu juga menampilkan hotel 38 bilik yang membolehkan tetamu akses ke taman permainan pantai buatan manusia yang menakjubkan dikelilingi taman gaya resort yang menetapkan suasana percutian dalam kesibukan bandar Johor Bahru.
1975 AVENUE & HOTEL mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama, termasuk Eastern Dispersal Link (EDL), Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Senai-Desaru, Lebuhraya Tebrau dan Lebuhraya Pasir Gudang.
Di samping itu, tetamu dan pengunjung dapat merasai pengalaman epikurean yang unik, beberapa kemudahan lain juga tersedia termasuk pusat membeli belah kontemporari/kasual, Cafe tepi kolam, F&B kedai, Cafe dan tempat makan bertema, hiburan dan aktiviti lain yang akan didedahkan tidak lama lagi yang akan membuatkan tetamu seolah berada di hotel mewah antarabangsa. Ia direka bentuk untuk menarik generasi baharu perniagaan domestik dan antarabangsa dan pelancong, serta buat keluarga yang sanggup membayar harga premium untuk merasai kepuasan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya.
Reka bentuk dan konsep 1975 Avenue & Hotel menawarkan keunikannya tersendiri untuk tetamu menikmati "time travel" apabila mereka berkunjung. Di dalam hotel, kokpit dan kabin semua suite menampilkan dalaman vintaj dan megah tahun 70-an untuk penerbangan staycation yang abadi. Ia juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk percutian romantis bagi pasangan atau percutian keluarga yang menyeronokkan beserta pantai buatan manusia di bahagian luaran dan kolam lagun yang menampakkan seluruh venue.
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang bole ke facebook page akusislin ni ya..
Keunikan dalaman yang dihias menarik untuk setiap kategori bilik serta oasis hijau yang mendamaikan pasti menjadi tarikan utama pelancong untuk seluruh negara.
Korang pasti teruja sebaik sahaja berada di sana, dan korang akan menikmati pelbagai jenama branded tempatan dan antarabangsa semuanya dalam satu avenue. Sambil menjamu selera korang juga boleh membeli-belah. Projek ini diposisikan untuk memulakan pengalaman yang tiada tandingan di atas kapal, bukan hanya satu tetapi dua Boeing 747 sebenar di darat, di mana "penumpang" boleh mengambil swafoto dari kokpit juruterbang, berjalan di bawah sayap pesawat, menikmati hidangan makan kontemporari , atau malah kekal kelas pertama pada pesawat buatan tersuai.
Arghh menarikkannn... Sis tak sabar juga nak pergi melawat kawasan dan berswafoto dalam kokpit kapal terbang tu haa..walau bukan real terbang di awangan, at least merasa laa duduk depan kokpit bersama juruterbang kannn.. hehehehe..
1975 AVENUE & HOTEL
Jalan Kempas Lama
81100 Johor Bahru,
Johor
Untuk maklumat lanjut hubungi :
No. Tel: +6012-9991975
E-mail: enquiries@1975.com.my
P/S: Makin menarik Johor ni kan, berbangga menjadi anak jati Johor ❤
Wow. Menarik sungguh Hotel Kapal Terbang ni. Nak suite room boleh?
ReplyDeleteYaaa GB, sangat teruja, terjawab sudah semua persoalan...
DeleteMenarik
ReplyDeleteKann Wak, nanti boleh laa jalan-jalan sini ya Wak...
DeleteMenariknya! mesti harga bilik berapi2 ni huhu...
ReplyDeleteHehehe tawu takpe, lagipun hanya 38 bilik aja yang ada tu...
Deletecanggihnyaaa
ReplyDeleteKannnn.. memang tak sangka akan jadi hotel kapal terbang tu..
DeleteDepa cari blogger nak review roger kita please. hehe
ReplyDeleteHahahah baikkk Madi...
Delete