ISNIN YANG SIBUK SEBELUM CUTI PANJANG HARI MALAYSIA | ALHAMDULILAH pagi ni sedar-sedar masih lagi Allah beri pelung untuk bernafas dan jalani kehidupan baru. Semalam biarlah menjadi kenangan, so harini kita mulakan hari yang baru dengan penuh produktif dan bersemangat, walau duduk rumah aje kan..
Tapi harini Sis ada meeting dengan client di luar, so apa-apa settlekan dulu kerja rumah then masak untuk anak bujang, barulah keluar. Suami awal-awal pagi dah keluar, ada kerja di luar kawasan dalam beberapa harini. Doa Sis sebagai isteri, moga dipermudahkan perjalanan dan urusan Suami pergi dan balik, aamiinn..
Minggu ni kurang bizi sikit Sis, semua task blog untuk client semua dah settle, cuma ada beberapa jer memang Sis nak up untuk edisi khas hahahaha.. tu nanti laa.. then lagi beberapa hari jer lagi ni, cuti panjang Hari Malaysia plak. Johor akan bercuti 3 hari, bermula hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, begitu juga dengan negeri-negeri lain, so sebelum cuti panjang, baik kita settlekan kerja mana yang patut. Kang nak bercuti pun kepala tak serabut fikir kerja kan.
Cuti kemana? Takde kemana punn, cuma Suami ajak memancing jer hahahaha..
Cuma tu laa, lately ni hari hujan ajaa kan, ermmm nak bergerak pun susah. Datang cuaca panas, kemain terikk panasnya, bila hujan, dengan segala angin, dan guruh petir sekali dia datang, tu yang agak takut gak nak turun ke-laut memancing. Tapi... gian gak ni nak mancing hahahahaha..
Tengok macam mana nanti, kalau Suami kata ON, Sis follow jerr... kadang cuma Suami takut jer nak bawa kalau angin kuat ni, sebab katanya, Sis tak pandai berenang hahahahaha.. sabo je laa..
[Baca Juga] : Zikir Hari Isnin
Bulan September pun dah nak masuk separuh bulan dah, tak lama lagi menjelang laa Oktober, ishhh masa cepat betul berlalu. Banyak urusan dan hal yang nak Sis dan Suami uruskan. Dan paling excitednya, tak sabar menunggu kelahiran cucu sulung kami pada bulan Januari nanti, moga Allah beri kesihatan buat anak Sis,Yana dan babynya dan selamat bersalin nanti.. tu pun kemain aktif merayap jerr mak buyung tu..
Plan harini nak masak asam pedas ikan siakap, siakap hasil memancing Suami minggu lepas, besar gilerr ikannya, tu ada tergolek dalam baldi Sis keluarkan dari Subuh tadi dan menunggu ikannya lembut. Sis memang tak rendam, sebab taknak ikannya terendam jerr, nanti isinya jadi lembikkk.. biasa memang Sis akan keluarkan pepagi ikan, then lembut jerr terus Sis nyiang.
So harini korang buat apa jer.. dah mula sibuk dengan anak sekolah kan.. moga Allah permudahkan uruan korang juga yaa.. Okaylah dah jom laa sambung 'bertugas'...
P/S: Salam takziah buat sahabat Sis,Ina Man yang baru kehilangan Ayahnya awal pagi tadi, moga urusannya harini dipermudahkan, aamiinn..
semoga dipermudahkan segala urusan sis..ameen
ReplyDeleteAlhamdulilah ...
DeleteEh eh...ye la minggu ni cuti pnjang laaa...Jumaat Sampai Ahad..memang x kemana la nanti...lepak je...
ReplyDeleteAlaaa... takkan lepak aje tu. heee
DeleteKann SA, duk lepak rumah layan Mat Kilau hahahaha
DeleteSelamat bekerja . Semoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteAlhamdulilah, aamiinn..
Deleteperghhh bizi ngalahkan PM ni hehehe...
ReplyDeleteDah jangan lupa plan plan cuti-cuti bulan depan :p
Yang tu dah sesiap ketepikan cuti hahahahaha
DeleteIsnin yang sibuk juga beberapa urusan. Nak cuti panjang tak berapa panjang lagi
ReplyDeleteSamalah kita Kid, uruskan mana yang penting, kemudian baru bercuti...
Deletewow..bestnya g memancing
ReplyDeleteNow hujan Cik Nor, nak pergi mancing pun risau gakk ni...
Deletecuti hari Malaysia ni nak balik kampung, lama betul tak balik
ReplyDeletesemoga segala urusan sis dan family dipermudahkan
wow, dah nak jadi nenek vougue
Alhamdulilah, moga dipermudahkan semua urusan Moka yaaa
DeleteWahhh... Banyak jugak kerja dah siap.. menarik!!
ReplyDeleteYaaa alhamdulilah Non, kerja siapkan dulu, baru jjcm hehehehe
Delete