JOM MAKAN-MAKAN HUJUNG MINGGU DI AMARI HOTEL WEEKEND FLAME & GRILL BUFFET | MESTI ada yang berkata, 'makan buffet lagi' hahaha.. yaaa memang yaa, sampaikan ada kawan Sis komen di facebook kata, 'Yang sebelum ni tunjuk belum pergi, dah masuk buffet baru' kakakakah, gelak besar Sis membaca komen kawan tu..
Nak wat camne kan, dah rezeki, benda sedap, kita kongsi, tak sedap pun, Sis kongsi gak, kot laaa tak sedap di tekak Sis, tup-tup korang pergi ehh sedap pulak.. but so far yang Sis pergi semua, semua sedap-sedap.. kalau tak sedap, takkan laaa ramai yang pergi makan kann..
Cuma kali ni jarang-jarang atau memang agak lama Sis tak kongsi makan di Amaya Food Gallery, Amari Johor Bahru ni, rasanya last #buffetramadan tahun ni kot. Dan kali ni mereka ada buat pulak buffet hujung minggu bertemakan Weekend Flame & Grill Buffet.
Dah nama pun grill, so mestilah bakar-bakar juga kann.. yang suka BBQ dan seafood, inilah tempatnya yang mesti korang pergi.. penuh berjenis-jenis 'binatang' dan makanan sedia ada terhidang dengan pelbagai citarasa pilihan untuk korang makan.
Dan pertama sekali yang tertumpu dek mata Sis masa di sini adalah ikan goreng tergantung tu haa. Amazing betul, isi ikannya di goreng garing dan ada pencecah sos di sediakan, dah macam ala-ala tempura gitu. Then tulang ikannya di gantung begitu, sangat menarik perhatian Sis.
Selain itu, menu-menu main course juga ada di hidangkan seperti, Tom Yam Soup with Lime Juice and Fresh Coriander, Hainanese Chicken Rice, Penang Prawn Noodles, Deep Fried Shrimp Paste Chicken, Kashmiri Biryani Rice, Madras Chiceken Curry, Chicken Tandori, Sihnature Som Yam Thai Salad, dan banyak lagi pilihan laa.
Tak makan nasi, diet ke? Jangan risau ada juga kaunter makanan Jepun seperti, Tako Shsashimi, assorted Aburi Salmon Rolls, Unagi, Salmon, Ebi Shushi juga aneka Pasta dan paling best ada Seafood On Ice, termasuk laa Fresh Canadian Oysters, perghh rata-rata ramai semua makan Oysters kan sekarang.. kalau dulu memang tak laku oi Oysters ni..
Dan paling nikmatnya, Weekend Flame & Grill Buffet ni, highlight untuk dessert mereka adalah durian. Yaaa semua jenis kuih-muih, bubur, kek dan juga agar-agar/jelly, semuanya durian.. tapi ada jugalah yang takde rasa durian. Memang mengilaa tengok semua dessert. Serawa Durian ada, juga Durian Goreng pun ada, makan laa puas-puas yaa.. Yang macam menara tu namanya Profiteroles Durian Tower. Sis makan sebiji, sedap, intinya durian. Macam cream puff tapi lain sikit.
Untuk menu Grill & BBQ dia jangan cakap laaa.. macam pilihan yang korang boleh makan. Ada Roasted Angus Beff, Marinated Whole Baramundi, Hickory Smoked BBQ Chicken Wing, Tiger Prawns with Cajun Spices, Lamb Shoulder dan banyak lagi lerr, tak tertulis semuanya di sini haaa.. Yang pasti bahan perapan dia tu memang sedap, Sis suka..
Tu baru suka jer Sis tunjuk gambarnya, ada banyak lagi gambar yang Sis up di facebook page akusislin ni ha.. korang bolehlah ke sana dan lihat lebih banyak gambar yaa..
Harga puashati dengan menu yang terhidang, makan sampai kenyang. Cuma di ingatkan, buffet ni hanya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja, jangan pulak nanti korang datang hari lain, tu dah lain yaa, takde grill dan bbq ni okay..
Yang Sis suka betul section BBQ mereka, dari Kambing Bakar, Seafood Bakar, Ayam Bakar dan juga Satay pun ada, memang meriah sokmo!! Maii laa korang bagitau Abang Bonba, ajak makan sini!!!
Korang baca betul-betul info di bawah ni ya!!
JUMAAT & SABTU Buffet Dinner
Dari jam 6pm - 10.30pm
Dewasa : RM128 nett
Kanak-kanak : RM79 nett
Warga Emas : RM108 nett
SABTU & AHAD Buffet Lunch
Dari jam 12pm - 3.30pm
Dewasa : RM98 nett
Kanak-kanak : RM49 nett
Warga Emas : RM78 nett
Pembelian baucer 5 orang - 50% off untuk baucer ke-5
Pembelian baucer 6 orang - PERCUMA untuk baucer yang ke-6
Tempahan meja : https://wa.me/+60137382737 atau wa.link/4ignorance
(Buat tempahan meja awal selewatnya sehari sebelum)
Amari Johor Bahru
Amaya Food Gallery (6th Floor)
82C Main Street , 80000
Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2668888
P/S: Bulan lepas dan bulan ni, banyak betul makan daging merah, now kena stop dulu semua...
Ramainya juadah
ردحذفYaaa Wak, ramai-ramai sedap semuanya..
حذف