JOM MAKAN-MAKAN SATURDAY BBQ BUFFET DINNER DI GRAND PARAGON HOTEL JOHOR | MAKIN hari makin banyak dah sana sini hotel buat promo buffet. Baik buffet sarapan, buffet lunch, buffet hi-tea mahupun buffet dinner. Pilih jerr laa hotel yang korang rasa harganya berbaloi dan feedback okay, dan makan laa sepuasnya. Kena pada harga dan rasa, pasti berbaloi.
Kalau tanya Sis mana yang okay, Sis sendiri pun tak boleh menjawab soalan itu, bukan sebab sedap itu subjektif, tapi sebab dah terlalu banyak makan buffet, boleh di katakan sampai dah lupa rasa dah yang mana sedap yang mana okay dan yang mana biasa-biasa hahahaha..
Sebagai media, Sis tak boleh nak tetapkan okay yang ini sedap, yang itu okay, sebab rata-rata kalau pergi, memang semua puashati. Memang kadang ada error sikit tang rasa, tapi mungkin masa Sis datang, so kitaorang komen, next time bila korang datang, dah jadi sedap dah.. sebab tu tak boleh nak jawab soalan kalau orang tanya mana okay. Pandailah korang buat pilihan yang bijak.
Dan baru-baru ni Sis berkesempatan setelah sekian lama tak jejak Grand Paragon Hotel Johor ni, Sis datang mencuba buffet dinner mereka pada Sabtu lepas. Bertemakan Saturday BBQ Buffet Dinner, sudah tentu laaa tema utamanya lebih kepada masakan grill dan bakar kann, memang yaaa.. banyak sungguh hidangan bbq yang di sediakan termasuklah Lamb Rack BBQ, Pecking Duck dan Shell-Out ko..
Punya laa lama teringin nak makan shell out, akhirnya dapat makan di sini. Ada pelbagai hidangan yang di sediakan, rasanya lebih dari 50 jenis ada, sebab banyak betul menu 'main course' dia oii.. berderet-deret tersusun, nak makan mana satu pun entah laaa..
Tapi yang menarik perhatian Sis adalah Salmon Piccata with Creamy Caper Sauce, dan Deep Fried Soft Shell Crab, yaaa dua menu ni Sis amik paling banyak sekali hahaha, sedap sungguh di tekak Sis. Shell-Out dia pun okay, sama juga dengan menu Sotong Sumbat Percik, Roasted Crusty Garlic, Honey Chicken Wings, Seafood Skewer, Jumbo Sausage, Beef Skewer dan Butter Prawn mereka.
Kalau bahagian dessert dia jangan cakap laaa, penuh satu kaunter, dengan Chocolate Fountain-nya, Ice Kacang, Pudiing, Jelly, Apple Strudel dan banyak lagi lerr, termasuk juga aneka jenis Cold Tapas, tapi yang ni Sis tak makan, sebab dah tertumpu dengan barisan Salad dan Buah-Buahan segar hehehe..
Cuma kali ni Sis takde pulak amik makan Seafood On Ice mereka, kurang menarik di mata Sis so Sis tak amik makan. Ye laa ada masa kita craving sangat nak makan, ada masa, tengok pun taknak kann, ikut tekak memasing. Dessert dia memang pelbagai banyak pilihan. Yang suka manis-manis tu, mesti suka laa bila nampak deretan pemanis mulut tuu..
Tak tau laa, malam tu agak kurang makan sikit Sis, cuma geramkan aroma kopi yang kengkawan amik, tapi.... kena bersabar, now Sis tengah stop kaffein, masuk harini dah 35 hari tak minum kopi, so tu yang mood bila keluar makan tu, merundum betul, nak makan serba tak kena jadinya huhuhu.. apa-apa pun memang puashati laa makan sini bagi mereka yang pemakan, sebab banyak pilihan.
Bagi korang nak lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang bolehlah ke facebook page akusislin di atas ni atau klik SINI aja okay.. situ banyak gambar menu yang Sis up.. untuk details tempahan meja, korang boleh lihat di bawah ini. Di sarankan buat tempahan awal, supaya korang dapat meja, kalau walk-in tu ikut nasib laa ya..
Ingat... hari SABTU aja tauuu..
Saturday BBQ Buffet Dinner
Setiap hari SABTU
Bermula dari jam 7pm hingga 10:30pm
Harga Promosi bulan September ;
RM98 nett per-seorang
RM49 nett kanak-kanak (5 - 12 tahun)
Harga buffet bulan Oktober ;
RM108 nett per-seorang
RM54 nett kanak-kanak (5 - 2 tahun)
Untuk tempahan meja dan pertanyaan ;
Contact : 07-268 5255/5222
Whatsapp : https://wa.me/60167337363
Website : www.grandparagonhotel.com.my
Email : info@grandparagonhotel.com.my
Alamat :
Grand Paragon Hotel Johor Bahru
18, Jalan Harimau, Taman Century,
80250 Johor Bahru, Johor
Bestnya makan2 lagi. Peking duck tu nampak menggiurkan je :D
ReplyDeleteHehehe makan-makan tu nombor dua, nak jumpa kengkawan sebenonya,.. pecking duck tu memang sedap Karni...
Delete