JOM MAKAN TENGAHARI DI PURSUIT OF HI-TEANESS BUFFET, HOLIDAY INN JBCC | SEJAK-SEJAK ni memang kerap kali juga laa Sis pergi makan lunch buffet hotel. Entahlah macam bermusim pulak yaa, sini ada buffet, situ pun ada, memana juga pun sama. Yang membezakannya adalah harga, tu jerr.. kadang banyak pergi sana sini pun, menu lebih kurang juga sama, harga je lain.
Tapi ikutlah pilihan korang, ada juga hotel yang menawarkan diskaun membership atau pembelian, ada juga di hidangkan dengan menu yang 'rare', dan ada juga sambil makan sambil kita berhibur, pun ada. Salah satunya Pursuit of Hi-teaness Buffet, Holiday Inn JBCC ni, siap ada Unlce Clown lagi..
So bagi mereka yang bawa anak-anak, pastilah anak-anak akan terhibur dan suka. Sispo di berikan belon dan buat silap mata lagi.. nanti korang lihat details dan gambarnya di bawah ni ya..
Buffet Hi-Tea ni memang sangat sesuai buat korang yang sangat pemakan, sebab pelbagai hidangan disediakan. Highlight menu mereka, Nasi Lemak Telur Bungkus yang jadi tumpuan semua. Nasinya di bungkus dengan telur dadar dan ada menu-menu tambahan untuk di makan bersama Nasi Lemak.
Paling best Sambal Bilis Petai tu haa, perghhh sedap di tekak Sis makan bersama nasi lemak tu. Oh, yaaa, nasi lemaknya akan di bungkus secara live cooking sekiranya ada permintaan yaa, so bila korang nak jer baru mereka buat, jadi makan pun panas-panas, sedap..
Untuk menu-menu lain juga selain nasi lemak, ada pelbagai pilihan aneka menu 'main course' yang boleh korang makan, dah bukan macam Hi-Tea dah, ni dah macam makan malam sekali dah hahahaha. Sis sendiri pun tak tau nak makan mana satu dah, sebab semuanya lazat-lazat je Sis nengok.
Live station seperti BBQ station, Tepanyaki, Dimsum, Bubur dan Sup, juga ada goreng-gorengan dan aneka salad dan ulam-ulaman, pun banyak terhidang. Tak suka makan nasi, Rojak ada, Tomyum pun ada, juga bahagian Mee station, boleh pilih nak mee sup atau mee goreng, pun adoo..
Nak makan pasta, pun ada, nak makan Crepe, lagi adaaa, haa apalagi nak makan, Shushi? adaaaa... hahahahaha.. tu sebab Sis kata, sekali korang makan sini, dah macam makan malam terus, kompom perut kenyang sampai ke malam punya, sebab semuanya ada..
Untuk kanak-kanak pulak, ada station live buat mereka, yaitu Mocktail dan Gula Kapas. So anak-anak boleh mencuba sendiri membuat Mocktail mereka dan juga makan Gula Kapas sampai laa jemu.. tak jemu boleh suruh Mak beli mesin dia yaa, boleh makan puas-puas kat rumah hahahahaha..
Seperti yang Sis kata di atas tu, anak-anak korang juga akan di hiburkan dengan kedatangan Uncle Fishy setiap hari SABTU. Uncle Fishy akan buat balloon sculpture juga bermain silap mata bersama anak korang, anak-anak pasti terhibur!.
Bagi Sis dengan harga RM68 tu, memang puashati laa makan gini, sebab bukan kata hanya menu Hi-Tea ajer, malah hidangan yang di sediakan cukup mengenyangkan. Kadang tu makan sepinggan nasi lemak oun dah kenyang barai tersandar, so pastikan korang minta nasi lemak dia suku jerr, then bolehlah makan makanan lain hahahaha..
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, koranng bolehlah ke facebook page akusislin di atas ni atau korang klik ajer di SINI yaa.. di situ Sis banyak up gambar menu semasa Sis makan di sana.
Tapi ingat, buffet ni hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja okayyy.. Nikmati promosi potongan diskaun 20% dengan menjadi ahli 'IHG One Reward'. Dan nikmati pelbagai reward menanti korang!! ..
Holiday Inn Hi-Teaness ☕️
Hanya pada hari JUMAAT, SABTU & AHAD sahaja.
Harga : RM68 per-seorang
Dari Jam : 12:30 Tengahari - 3:30 Petang
Now promo korang 'Beli 5 Percuma 1'!!
- Potongan 50% untuk kanak-kanak umur 6 - 12 tahun.
- Potongan 30% untuk warga emas berumur 55 tahun dan ke-atas
- Potongan 20% untuk IHG One Reward
Holiday Inn Johor Bahru City Centre,
Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru
Contact : 07 207 8888 / 011 3603 3163
P/S: Lama sungguh tak buat nasi lemak sendiri, hurmmmm ....
Ramainya menu sesedap
ردحذفYee ramai Wak hahahahaha...
حذفmenyelerakan menu kat sini
ردحذفSangat Her, dah macam makan malam dah tu hehehehe
حذف