KISAH AKU DI FESTIVAL LAYANG-LAYANG | CERITA minggu-minggu sudah, setelah berakhirnya Festival Layang-Layang peringkat Kebangsaan 2022. Yaa setelah dua tahun tak berlangsung, tahun ini berlangsungnya festival layang-layang ini, tapi peringat kebangsaan jer, yang peringkat antarabangsa, dengarnya akan berlangsung pada tahun hadapan 2023, kita nantikan.
Festival Layang-Layang Kebangsaaan ni berlangsung pada 14 Sept hingga ke 18 September yang lalu. Dan Sis dalam pada malasnya nak ke sana akhirnya terjebak juga pergi, setelah tengok gambar adik-adik sedang berehat di padang sana. Ikutkan malas nak redah jem, tapi timing Sis pergi elok sangat. Orang tak berapa ramai dan parking pun senang dapat, alhamdulilah.
Sis pergi pada hari terakhir festivalnya bersama anak bujang. Nasib baik anak bujang nak melayan, lagipun dia sendiri dah dua kali pergi dengan kawannya lepak di sana. Kami bawa kereta kecik, senang nak masuk celah parking. Parking pun penuh sana sini atas bukit sana, nasiblah rezeki Sis, sampai jer terus dapat parking.
Dari tempat parking dah penuh dengan orang buat jualan layang-layang dan makanan, jeng jeng jeng, mata Sis apalagi, pantang nampak kambing bakar hahahaha.. tu pun nasib baik laa tengah 'puasa' kopi, kalau tidakkkkk, aishhh dua tiga kali ulang perhatikan anak minum kopi viral tu oii.. sabo jerr tekakkkk..
Dua tiga hari berlangsungnya festival layang-layang ni, hujan turun sepanjang hari, sampaikan fikir, macam manalah hujan-hujan ni layang-layang nak naik, tapi dua hari terakhir tu, alhamdulilah cuaca elok aja, dan masa Sis pergi tu pun, hujan baru jer reda.
Orang ramai juga ketika tu, semua bawa keluarga bermain layang-layang dan lepak macam piknik di padang tu haa.. Adik-adik pun duduk port baik punya depan padang, dapat nikmati dan melihat ragam orang bermain layang-layang. Yang gelihatinya adik ipar siap bawa batang joran memancing untuk naikkan layang-layangnya, kreatif sungguh hahahaha..
Haa tengok tu, betapa santainya kami relax-relax di padang sambil melihat layang-layang terbang ke awan hehehe.. beli pulak makanan sambil makan di tiup angin sepoi-sepoi selepas hujan, memang best betul.. tu gambo bukti hadirrr hahahahaha..
Macam rugi laaa kalau tak pergi kannn festival layang-layang ni, cuma kali ni lebih kepada layang-layang dan Wau, tunggu nanti peringkat antarabangsa, lagi meriah sebab layang-layang dia bermacam design dan bentuk dari kecik sampai ke besar gedabakkkk ada hahahaha..
So tunggu tahun depan kita hadirrr lagi.. kekadang memang shulit untuk di jelaskan perasaan itu hahahahaha..
P/S: Tahun depan bawa cucu laa pulak pergi sini lalalalalala..
Rindu pesta layang2 kat Bintulu. Kat sana dipanggil pesta gudi.
ReplyDeleteOoo Gudi tu maksudnya layang-layang laa yaa?
Deletebestnya pegi pesta layang layang..
ReplyDeleteKann setahun sekali jerr ada ni...
Deletepasir gudang erk? dh lama wak x bwk anak2 ke sono., huhu meleleh kopi ais mak tuu., ;p
ReplyDeleteYee Wak, kalau festival layang-layang ni memang di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang jerr..
Delete