KOLEKSI GELANG KRISTAL AKU | INI semua salah Sunah! Dia laa penyebab Sis jadi pengumpul gelang-gelang kristal ni semua. Ishh ishhh sampai Suami perli, 'banyak-banyak tu nak pakai kat kaki juga ke?' hahahaha.. Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik Sis sorokkan dulu semua gelang Sis, ye laa nanti bertambah lagi, ada Suami sound pakai kat leher pulak, nayaaaa hahahaha..
Korang suka gak ke gelang kristal gini? Selain emas, Sis memang suka pakai gelang kristal gini. Macam emas kita pakai mana yang ada jer laa, tak payah sampai macam 'pokok krismas', sampaikan semua jari dan sampai ke lengan nak pakai hahaha..
Tapi gelang kristal ni, lainn, pakai banyak pun still nampak cantik. Dulu ada banyak tau, tapi entah laa, pelik juga, mana perginya bebanyak tu yaa.. yang tinggal ada dua jerr, tu pun pemberian dari Retna dulu masa dia ke Hong Kong dan satu lagi Sis beli masa gi Bangkok. Simpan buat kenangan.
Paling suka jenis Amethyst ni.. Sis sangat sukaaa..
Tapi sejak-sejak Cik Sun tu meniaga kristal ni, ishhh dialah jadi penghasut pengoda utama dalam ini kes, memang kes berat. Dari nak tengok-tengok, ehh TERbeli, dari duk tanya-tanya, ehh TERbeli lagi, lelama, malas nak tengok dan tanya, Sis pulak jadi penghasut kengkawan suruh beli pulak hahahahaha..
Dari tokei brownies, tokei kek lapis sarawak, tokei knited blouse, tokei keladi, ke tokei kristal, lepas ni entah apa lagi laa dia jual, hahahaha.. Hakak ko perhatikann jerr ni apa nak jadi lepas ni tu hahahaha..
Tengok je laaa tu haa koleksi gelang kristal Sis, dari satu, satu, membawa dah sampai banyak gitu, semua beli dengan Sunah hehehehe..
Masihkah kau ingat Retna gelang purple tu hehehehe..
Haa dua ni laa yang paling lama Sis simpan. Yang purple tu pemberian dari Retna dulu, dan satu lagi tu jenis Gred bagus sikit kristalnya, Sis beli di kedai batu kristal di Bangkok dulu. Memang sayang dua ni, tapi tu laa, saiz pulak dah ngam. Nanti nak suruh Sunah oter kasi longgarkan sikit saiz.
Ni pun ada lagi tu pada Sunah yang Sis dah tempah hahaha, ajer gilerr ekkkk.. geramm nengok color-colornya, Sis memang suka baca mengenai batu kristal ni, kadang sejak dah banyak ni, sebelum Sis keluar rumah Sis nengok dulu mood Sis, then Sis pilih gelang mana yang sesuai dengan mood Sis haritu..
Bukan taksub nau dengan kepercayaan batu-batu ni, tapi dia ada aura pada sesaorang. Baca boleh, percaya jangan, sekadar aksesori aja sudah laaa.. tapi bila nampak orang pakai, mesti kita kata cantikkannn.. haa tu aura laa tu hehehe..
Amacammm, geramm tak tengok hahahaha.. yang tak suka, sila diam jerrr.. tak payah nak kondem.. Bagi mereka yang suka, korang boleh dapatkannya di kedai SHOPEE Sunah tu haaa.. beli jerr dari sana, so korang boleh pilih dan tau apa jenis batunya.
Untuk saiznya pulak, lepas korang pilih mana korang nak, then korang chat dengan seller, Sunah akan jawab semua pertanyaan dan permintaan korang. Lagipun beli di Shopee, caj delivery murah sikit, berbanding korang beli secara PM..
Harga? Dari RM20 hingga ke RM30
Mengikut saiz tangan. Lagi kecik, harga murah, lagi besar, harga lebih..
Harga juga berlainan mengikut gred batu kristal tu.
Kalau takut juga beli di Shopee, korang PM/DM ajer laa dia di Facebook atau Instagram yaa.. Nak letak no phone sini kang, takut scammer pulak skodeng hahahaha.. Stok sentiasa update, mana yang dah terjual, akan tulis SOLD, kalau atas permintaan, akan di usahakan untuk ada.
Sekian.. selamat menjadi kepala batu hahahahaha
P/S: Cik Sun, kena bagi FREE satu gelang, sebab dah promokan ni hahahahahaha (pelanggan tetap ni)
Hahahhahahahhahaha seronok aku baca..da la menggelang je hari ni..sampai sakit pinggang aku sebab nak amek gambo and edit semua..sesambil nyempat karang blog lagi wakakakka..
ردحذفHahahaha oitt engko jangan, kang sakit badan pulakk oii, santai-santai sudah laaa...
حذفCecantik.. I pun terjebakkk... Kalau sis suka kaler purple.. sy more to pink 💓 Aura lain maciamm.. Nanti nak beli kaler jade.. dari dulu mmg selalu dgr tapi tahan tahan lagi nak beli... Ni sy nak promo gakla.. mana tahu dpt freee 😂 Tibberrr
ردحذفYaaa Non, marilah kita mengumpul yaaaa...
حذفsuka betul yang Amethyst tu. lelaki boleh pakai kan. eh hehe
ردحذفLelaki boleh Madi, kalau pakai design simple jerr.. cantikkannn
حذفSaya tak pandai pilih kriastal tapi suka tengok orang pakai..Teringat lagu Rahim Maarof pula..." Cinta Kristal"..
ردحذفHahahaha Lin pun banyak membaca Mama, tu barulah jatuh cinta dengan kristal..
حذفyes...bab menyalahkan orang tu kita memang hebatkan kak. ahaksss..
ردحذفsy ada 1 je bracelet emaas...itu je. tak gemar sangat pakai gelang. kat rumah adalah 2-3 utas rantai tangan pearl tu..tapi duduk elok cantik dalam kotak tak berpakai
Hahahaha khennnn ahakkkks...
حذفEmas pakai seadaanya sudah laa, ada orang segala jari dan lengan nak pakai, dah macam pokok krismas kata Suami Sis hahahaha
kus semangat banyak. hehehe.
ردحذفHahahaha lelama jadi kepala batu ekkk hahahaha
حذف