MAKAN-MAKAN WEEKEND FLAME & GRILL BUFFET DI AMARI JOHOR BAHRU | MACAM biasalah tiba hujung minggu ramai juga yang dah plan nak bawa family dan kengkawan makan-makan di luar, tak orang, Sis pun sama juga. Kadang sampai siap google yaaa tempat makan best di Johor ni. Cuma Sis tak berapa gemar nak terjah kedai-kedai viral, sebab dah tentu ramai orang, dari lapar kang, mau mengamuk kat situ menunggu hehehe..
Tapi bagi korang yang suka makan dan pemakan, juga suka makan menu BBQ, Sis nak kongsikan dengan korang buffet dinner di Amari Johor Bahru Hotel ni. Bertemakan Weekend Flame & Grill Buffet, so sudah tentu laaa buffetnya hanya ada pada hujung minggu dan juga menu-menunya semua lebih banyak kepada menu bakar-bakar.
Jujurnya memang banyak sekali menu BBQ yang di sediakan, dari kambing, ayam, seafood dan juga pizza dan satay, semuanya tersedia dengan pelbagai hidangan.
Korang tengok je laa tu, dah macam pergi Pasar je kan hahahaha.. tersusun segala jenis bahan mentah untuk korang pilih sebagai menu BBQ. Tapi jangan risau, bukan suruh korang bakar sendiri, tapi mereka dah sesiap bakar dan hidangkan, makanlah korang sampai termuntah . Sis suka kambing bakar dia, lembut dan juicy gilerr, cecah plak dengan sos black pepper mushroom dia, yummy gilerr..
Antara menu yang korang kena cuba adalah; Roasted Augus Beef, Marinated Whole Baramudi, Hickory Smoked BBQ Chicken Wings, Tiger Prawns with Cajun Spices, Beef & Chicken Satay, Pizza dan bermacam lagi hidangan.
Bukan tu jerr, ada juga kaunter section makanan Indian seperti Chicken Tandori, Naan, Kashmiri Biryani Rice, Madras Chicken Curry Chicken dan banyak lagi...
Dah kata dinner kan, so kenalah makan nasi berlauk atau menu mengenyangkan yaa.. Korang boleh nikmati menu seperti; Hainanese Chicken Roce, Penang Prawn Noodles, Fusion Pasta Station, Tom Yam Soup Soup with Lime Juice and Fresh Coriander, Som Tam Thai Salad, Assorted Aburi Salmon Rolls, Unagi, Tako Shushi, dan banyakkkk lagi lerr, tak tersebut satu-satu uii..
Dan yang paling menarik perhatian ramai, tentunya laa bahagian Seafood On Ice dia sebab ada Fresh Canadian Oyster dan bermacam jenis seafood. Boleh di katakan memang banyak pilihan sesuai dengan harganya tu laa, puas makan dan round sekeliling Amaya Food Gallery tu, kompom laa rambang mata korang nak pilih makan mana dulu hehehe..
Dan yang paling bestnya makan sini, highligt untuk pencuci mulut mereka adalah Durian. Wuu peminat durian macam Sis ni memamg meloncat laa uii, dah semua kuih-muih dan buburnya semua durian, termasuk Serawa Durian, Durian Goreng juga yang macam menari tinggi tu, namanya Profiteroles Durian Tower.. ramai kata sedap, tapi Sis tak makan sebab dah kekenyangan makan durian goreng hahahaha..
Kan Sis kata, banyak pilihan, menunya pulak akan rotate setiap hari, so korang akan dapat nikmati tiga hari hujung minggu tu dengan menu-menu berbeza, tapi bahagian pencuci mulut tu sama, semua durian yaa, hari-hari tiga hari tu tetap ada durian, jangan risau..
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR korang bolehlah ke facebook page akusislin di atas, atau korang klik SINI aja okay.. situ semua menu Sis ada up gambarnya.. korang layan jer laaa..
Korang baca betul-betul info di bawah ni ya!! Buffet dinner ni hanya pada Jumaat & Sabtu aja, manakala buffet lunch dia korang boleh nikmati pada hari Sabtu & Ahad sahaja okayyy, fahamkan bebetul.. jangan korang datang harini pulakk hahahaha..
JUMAAT & SABTU Buffet Dinner
Dari jam 6pm - 10.30pm
Dewasa : RM128 nett
Kanak² : RM79 nett
Warga Emas : RM108 nett
SABTU & AHAD Buffet Lunch
Dari jam 12pm - 3.30pm
Dewasa : RM98 nett
Kanak² : RM49 nett
Warga Emas : RM78 nett
Pembelian baucer 5 orang - 50% off untuk baucer ke-5
Pembelian baucer 6 orang - PERCUMA untuk baucer yang ke-6
Tempahan meja : https://wa.me/+60137382737 atau wa.link/4ignorance
(Buat tempahan meja awal selewatnya sehari sebelum)
Amari Johor Bahru
Amaya Food Gallery (6th Floor)
82C Main Street , 80000
Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2668888
P/S: Blogspot masih tak okay ke? Bloglist tu terpaksa di hide dulu sebab semalam blogspot problem huhuhu...
wahh..sedap sedap belaka menunya
ReplyDeleteYaaa Yan, puashati sangat, semuanya sedap-sedap...
DeleteWahh....Sedap pulak tengok menu-menu yang dihidangkan... Kalau ke JB nanti boleh lah try
ReplyDeleteMemang semua menyelerakan Leya, pilih jer laa nak makan apa hehehe
DeleteRamainya juadah sesedap
ReplyDeleteHehehe alhamdulilah Wak, tu pun rezeki kan...
DeleteVM plan nak pergi johor, boleh masuk dlm list jugak ni..
ReplyDeleteYaaa berbaloi-baloii...
Delete