MASAK ASAM PEDAS IKAN JENAHAK UNTUK MEREKA

Sis Lin
14
MASAK ASAM PEDAS IKAN JENAHAK UNTUK MEREKA | SIAPA mereka? Yaa mereka adalah Sunah, Afzani dan juga Ibah ( bukan blogger), tu semua housemate Sunah dan Sis memang kenal rapat dengan mereka hehehe.. atas permintaan Ibah yang nak sangat bermalam di rumah Sis dan makan masakan Sis, so Sis masakkan asam pedas ikan jenahak untuk mereka, alhamdulilah. 

Kalau Sunah, dari hari Khamis lagi dia dah tidur rumah Sis, kebetulan kami ada event bersama. Then Jumaat pulak, Afzani dan Ibah datang malamnya selepas kami sama-sama makan malam buffet dinner di Thistle Johor Bahru. Sunah dan Afzani dah selalu datang dan bermalam di sini, cuma Ibah ajer laa, pestime datang bermalam di rumah Sis. 

Mereka ni semua dah macam anak-anak Sis dah. Tak kisah pun, apa mereka nak makan, Sis cuba penuhi permintaan mereka, macam anak-anak Sis juga, kata nak makan apa, Sis masak.. so kali ni sebab permintaan ramai asam pedas, kita masaklah asam pedas. Next time datang lagi, kita masak menu lain yaa.. 

Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Untuk Mereka

Kebetulan ada ikan jenahak hasil memancing Suami, so rezeki merekalah dapat Sis masakkan asam pedasnya. Ingatkan nak masak asam pedas ayam, tapi sebab ada ikan jenahak tu, so kita masaklah asam pedas ikan. Dan semalam Sabtu, Suami pun tak kerja, so bolehlah Suami merasa sekali asam pedas ikan jenahak tu haa.. 

Alhamdulilah, semalam Allah beri sedap rasa asam pedasnya.. takut juga masak tak kena selera mereka, takut juga kot pedas ke, tapi alhamdulilah dah nama pun asam pedas kan, so mestilah pedas-pedas manjahhhh gitu. Kalau nengok Sunah boleh makan, so pedasnya boleh tahan lerr tu hehehe.. 

Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Untuk Mereka

Ada juga menu-menu lain yang Sis masak sekali semalam. Sis masakkan juga ayam goreng, sayur kacang panjang tumis telur, telur dadar dan Suami ada beli petai untuk di buat ulam, alhamdulilah penuh semeja semalam. 

Pagi tu memang kenyang juga perut, sebab Suami belikan sarapan nasi lemak dan juga roti canai, kuih-muih juga ada. Lepas sarapan Sis dah terus turun dapur masak. Bila siap masak, terus Sis ajak bebudak tu makan hahahaha.. mau tak merungut memasing bila timbang berat naik semua hahaha..

Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Untuk Mereka

Makan tidur makan tidur jer aktiviti kami semalam. Nak keluar lepak Setarbak pun jadi malas hahaha.. tapi yang sebenonya sayang nak 'cheat day' semalam hahahaha.. tunggu 30/9 yaaa Sunah, you belanja i kopi lalalalala... 

Petang tu mereka balik semua. Bila semua dah balik, mulalah rasa sayu hati Sis. Terus sunyi rumah, itulah satu perasaan yang Sis tak suka kalau tetamu balik dari rumah Sis huhuhu.. baik kawan-kawan, ataupun adik-adik.. memang akan rasa sedih sangat huhuhu..

Apa-apa pun terima kasih Ibah, Sunah dan Afzani, maaf jika ada kekurangan yaa, next time datang lagi tau teman Sis.. cakap jer nak makan apa, nanti Sis masakkan untuk korang yaa.. nanti kita ajak Norfy dan Nona pulak sesama pillow talk hahahaha.. 


P/S: Hujan kemain lebat dari pagi, sampaikan Danga Bay banjir kann.. 

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tengok kaler dah tau sedap, memang kenalah ngan kacang panjang tumis telur tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Kak, Allah beri sedap semalam.. dapatlah menjamu mereka..

      حذف
  2. semua menu matching laa... ni dah start praktis makan2 ke kiranya? :p

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe harui-hari juga makan jer Carneyz hahahaha

      حذف
  3. Akak sedapnya. Mana telur asin? Ikan masin? Hehehe. Terliurrr tengokkkkk.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe... telur asin takde stok kat rumah Ruby, tu yang goreng telur dadar tu..

      حذف
  4. الردود
    1. Kalau rumah ni, seminggu dua kali juga masak asam pedas VM ..

      حذف
  5. Untungnya adik-adik ni ada kakak macam Sis Lin. Bertuah sungguh Sunah, Afzani dan Ibah. Jaga baik-baik kakak kamu tu ye adik-adik heheheee.

    ردحذف
    الردود
    1. Syukur alhamdulilah Amie, kita memenuhi permintaan adik-adik ni haa.. selagi ada kudrat ...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!