MENU MAKAN MALAM SEMALAM, DAGING BAKAR CECAH SOS THAI | MALAM semalam, punyalah geram dan teringinnya nak makan daging bakar, akhirnya Sis buat ajer sendiri lagi puashati. Memula tu mencari dalam komuniti Scientex, kotlah ada yang jual daging harimau menangis, tapi scroll-scroll tak nampak bayang, harimau dah habis daging ke ek? Hahahaha.. nak keluar mencari malas.
Kebetulan ada daging batang pinang yang Suami beli minggu lepas. Sis keluarkan, defrostkan kejap, bila dah lembut, terus jer letak bahan perapan kejap, then tunggulah dalam setengah jam macamtu sebelum membakar.
Baru perap tapi bau dia dah naik dah, kemain terliur lagi, tu belum lagi bakar tu..
Di sebabkan daging tu adalah daging batang pinang, so tak payah rebus dulu, sebab di jamin memang lembut dagingnya kalau betullah itu daging batang pinang seperti yang Suami bagitau. Lepas setengah jam memerap, Sis pun bakar sekeping-sekeping besar gitu. Ada dua keping dagingnya.
Asalnya dia seketul beso, tapi kita potong laaa jadi kepingan besar, jangan nipis sangat jangan tebal sangat, sedang-sedang jer, supaya senang nak bakar dan daging masak dengan cepat.
Balik-balikkan, sesekali taburlah serbuk lada hitam dan serbuk lada putih, letak halba campur, perghhh mau naikkk satu rumah walau dah bukak hub hehehehe..
Agak-agak dah lembut dan daging masak, tutup api dan potonglah daging tu jadi hirisan. Ye laa, ni bukan steak nak makan sekeping macamtu. Sis potong-potong jadi hirisan kecil supaya mudah nak makan cecah dengan Sos Thai.
Sos Thai tu pun Sis buat jer sendiri, campurkan sos thai dengan sos tomato, letak sikit air asam limau, ko tumbukkan sikit cili api, perghh pedas dia, sampai lelangit Sis peritt oii, tapi tetap gigih gak makan mencecah hahahaha..
Betul-betul siap masak, Suami balik, dapatlah dia merasa, makan kami berdua. Anak bujang tak nak, makanya Maknya laa perabiskan. Lagipun semalam Sis dah masak juga, tu yang anak bujang makan nasi jer.. Suami pulak lepas makan daging bakar tu, dia makan Bakso yang Sis beli dari kawan Sis petang tu. Taknak makan nasi katanya..
Puashati betul buat sendiri jer daging bakarnya. Walau bukan Daging Harimau Menangis, tapi sedapnya sama jerr rasa dagingnya, sebab dia bukan ayam hahahahaha.. alhamdulilah..
P/S: Harini nak masak Ikan Siakap Stim Limau, yumsssss...
Harimau tak menangis ..saya pula yang menangis tengok daging tu...Nampak juicy siap dengan pencicah tu..memang make me crying ni..
ReplyDeleteHehehe memang juicy dan lembut sangat, daging batang pinang.. pedas sungguh sos thai tu hahahaha
DeleteBuat sendiri puas makan.
ReplyDeleteKannn, puas makan dan pushati..
DeleteDaging bakar macam ni memang Fav SA la ni...kalau bakar guna arang lagi SA suka
ReplyDeleteBetul, tapi nak guna arang tu adoii beasap hahahaha
DeleteSaya menangis bila sos thai dibuat sebegitu. pedasss uuiii.. tapi daging bakar tu sedap laaa
ReplyDeleteHahahaha tau takpe, pedas lagi sambal gila hahahaha
Deletenampak sedapnyer
ReplyDeleteAlhamdulilah sedap sangat Wak...
Deletesedap tu..yummmmm
ReplyDeleteYaa buat sendiri sedap aja hehehehe
Deletesedap tu sis..:)
ReplyDeleteAlhamdulilah Cik Nor memang sedap kejadiannya...
Delete