SARAPAN PAGI DI LEVAIN BOULANGERIE & PASTISSERIE | KALAU tak kerana last minit turun KL sebab event OGA Mogsec baru-baru ni, rasanya Sis pun tak sampai dan tak jejak kot Cafe Levain Boulangerie & Pastisserie ni. Kebetulan kedatangan Sis dapat di hidu oleh Retna, makanya di culiknya Sis sekejap pagi esoknya dan bertemu laa Sis dengan Retna dan juga Carneyz di sini. Ingatkan lagi sebulan baru jumpa, rupa lagi awal ekk hahahaha..
Dah lerr datang KL sehelai sepinggang, nasib baik juga sempat malam sebelumnya beli baju, so pakailah baju baru tanpa cuci tu haa, ajer gilerr ekkk.. pesan juga dengan Retna bawakan power bank sebab bateri phone tinggal 35% jerr. Tapi Carneyz siap bawak charger sekali. Bagus juga ios16 ni, lepas update jerr, ketahanan baterinya lebih tahan lama. Korang punya Sis tak tau lerr..
Pagi tu sempat jugalah jamah makanan di Cafe Hotel Maya tu, sebab Suami kata ada sekali breakfast untuk dua orang. Suami awal-awal pagi dah gerak ke KLCC tu lepas sarapan, so Sis turun lambat juga, sajer nak jenguk-jenguk Cafenya.
Retna pick-up Carneyz dulu then baru amik Sis di lobby hotel. Nak makan mana pun Sis tak tau, Sis ikut jer mereka nak bawa, tup-tup sampailah ke Levain Boulangerie & Pastiseerie ni haaa. Cantik tempatnya, dah macam ala-ala negeri omputih gituuu.. banyak rimbunan pokok dan Cafenya adalah rumah banglo sebuah gitu..
Time kitaorang sampai ni ramai juga dah ada duduk makan situ, tu yang mencari tempat duduk yang dekat dengan plug semuanya full kat dalam, last-last kami duduk jer di luar. Nasib baik jugalah tak berapa panas, sebab pagi lagi kann..
Order menu pun, Sis order jer laa mana yang rasa nak makan. Harga boleh tahan mahal gak, standard lerr kan makan di KL ni. Tapi portion besar dan sedap. Mulanya ingat nak makan biasa-biasa aja, sekali, alamakkk TERorder pulak menu sarapan besar dia hahahaha.. dah tak memasal kenyang macam nak haperr perut. Dah duduk lama tu baru sedar, kenapalah tak makan roti dia ek, sebab Sis tengok roti-roti dia menyelerakan sungguh.. arghh dasar kau Sis Lin hahahaha..
Yang ni Sis punya ...
Full English Breakfast
Ini pulak Retna punya..
Tuna Mushroom Croissant
Dan yang ni, Carneyz punya..
Levain Classic Beef Burger
So far memang sedap dan kenyang sangatt makan menu-menu ni. Untuk tekak Sis memang ngam, kalau mahal pun, berbaloi laa dengan menu yang di hidangkan. Tempat pun cantik, tenang dan nyaman.. Sis suka..
Sarapan pagi tu atas tajaan Retna dan Carneyz. Moga di murahkan rezeki untuk korang berdua dan sihat-sihat selalu. Tak sabar ni nak tunggu bulan depan kita akan 'makan besar' hahahaha.. harap-harap tiada halangan kan.. inshaallah, aamiinn..
Terus rindu dengan geng-geng blogger MsjBox lama kann.. Korang yang nak mencubanya, atau stay berdekatan sana, bolehlah datang mencubanya yaa.. Sis dari Johor pun dah sampai ni hahahaha..
Alamatnya ;
Levain Boulangerie & Patisserie
7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Di buka dari jam 7.30am hinga 5.30pm
Setiap Hari ..
Contact : 03-2142 6611
P/S: Kat Johor ni mana ada sarapan gaya gini ek? Ermmm...
Bestnyaa tengok makanan dia. Nampak menyelerakan sgt :D
ردحذفKannn, roti dia pun semua nampak sedap VM...
حذفok next time kita try kellys plak tp eh byk cafe2 bkfs camni kat KL... kang rambang mata nak pilih heheh...OK next time kita lepak lagi
ردحذفTu laaa, kalau di Johor ni, macam semua buka jam sepuluh jerrr...
حذفPresentation menarik...suka tgok menu sis lin tu..menu yang lain pun not bad...
ردحذفKann Big Breakfast namanya SA, so makan memang kenyang...
حذفNasib baik tak tercekik masa makan2 gossip2 tu kan hahaha!
ردحذفKannn hahahaha.. boleh lupa hantar air ekkk hahahaha
حذفtekak jawa wak tak gheti sarap macam ni
ردحذفHehehe takpe Wak, sesekali jerr gini...
حذفuih sedap menu dia ek..tempat pun lawo
ردحذفYaaa tempat lawa, makanan pun sedap Eda...
حذف