SHOPEEPAY MEMPERKENALKAN PINDAAN DANA MASA NYATA DENGAN DUITNOW DI APLIKASI SHOPEE

Sis Lin
4
SHOPEEPAY MEMPERKENALKAN PINDAAN DANA MASA NYATA DENGAN DUITNOW DI APLIKASI SHOPEE | Pengguna ShopeePay kini boleh menghantar dan menerima duit daripada ewallet lain dan mana-mana platform perbankan digital hanya dengan menggunakan ID DuitNow. Dengan menggunakan ID DuitNow, pengguna tidak perlu lagi menaip nombor akaun untuk melakukan pemindahan wang. 

Ciri ini tersedia untuk pengguna ShopeePay yang telah mengaktifkan akaun Premium mereka. Pengguna ShopeePay dengan akaun Premium mempunyai had harian dan bulanan sebanyak RM4,999. Buat masa ini, terdapat tiada had jumlah pindahan wang dan setiap transaksi juga ialah percuma. Pengguna ShopeePay hanya dibenarkan untuk mengaktifkan nombor telefon untuk perkhidmatan DuitNow di aplikasi Shopee. 

Untuk menggalakkan pengguna mencuba ciri baru ini, ShopeePay menawarkan promosi istimewa dari 16 hingga 30 September. Pengguna yang menerima RM50 ke dalam akaun ShopeePay dengan DuitNow berpeluang memenangi baucar Penghantaran Percuma. 

ShopeePay Memperkenalkan Pindahan Dana Masa Nyata dengan DuitNow di Aplikasi Shopee

Semua pemilik akaun Premium ShopeePay boleh menebus satu baucar setiap minggu dan sehingga dua penebusan sepanjang tempoh kempen. 

Langkah-langkah mudah untuk menggunakan perkhidmatan DuitNow: 
  • Klik ikon “Tetapan” atau “Settings” di laman ShopeePay di aplikasi. 
  • Klik DuitNow, tandakan setuju di terma & syarat (T&C), dan klik “Link DuitNow to ShopeePay” 
  • Dapatkan kod pengesahan melalui panggilan telefon ataupun SMS melalui WhatsApp 
  • Masukkan kod pengesahan untuk medaftarkan nombor telefon sebagai ID DuitNow untuk ShopeePay 
ShopeePay Memperkenalkan Pindahan Dana Masa Nyata dengan DuitNow di Aplikasi Shopee

ShopeePay Memperkenalkan Pindahan Dana Masa Nyata dengan DuitNow di Aplikasi Shopee

ShopeePay Memperkenalkan Pindahan Dana Masa Nyata dengan DuitNow di Aplikasi Shopee

ShopeePay Memperkenalkan Pindahan Dana Masa Nyata dengan DuitNow di Aplikasi Shopee

ShopeePay Memperkenalkan Pindahan Dana Masa Nyata dengan DuitNow di Aplikasi Shopee

Setelah mendaftar, pengguna boleh terus menerima dan menghantar duit daripada ewallet lain atau akaun perbankan internet. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri pindahan DuitNow, lawati laman ini: https://shopee.com.my/m/DuitNow-Transfer 

ShopeePay adalah sebahagian daripadaSeaMoney, sebuah cabang perkhidmatan kewangan digital Sea Limited. Sebagai penyedia pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia Tenggara, misi SeaMoney adalah untuk menambah baik kehidupan individu dan perniagaan di rantau ini dengan perkhidmatan kewangan melalui teknologi. Untuk maklumat lanjut tentang ShopeePay dan SeaMoney, sila layari https://www.seamoney.com


P/S: Hujung minggu yang super busy... 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!