TERJUMPA BLOGGER LAMA DI OGA MOGSEC 2022 DI KLCC | BARU-BARU ni kan Sis ada tulis Sis ke KL last minit selepas Suami call minta ke sana, al-kisah mulanya Suami minta datang ke KL sebab dia nak balik ke JB emergency, punyalah fobia Sis baca 'emergency' tu, duk ingat ada kes kecemasan apa ke, dengan tak prepare apa-apa, terus bersiap dan terus gerak ke KL petang Selasa tu juga.
Entahlah biasa kalau macam mana kata last minit, Sis tetap packing gak baju untuk stanby, tapi ini kali Sis takde bawa apa-apa sebab fikir okay sampai sana terus balik JB. Tapi... sampai ajer di Hotel Maya tempat Suami menginap, tup-tup katanya tak boleh balik, sebab esoknya ada meeting penting yang mesti kena hadir hahahaha.. dah tak tau nak gelak ke tidak, sebab spender dan coli pun tak bawak hahahaha..
Oh, yaa Suami ke KL tu sebab ada event OGA Mogsec selama 3 hari di KLCC tu. Apa itu OGA?
The Region’s Most Anticipated Oil, Gas and Energy Event
Energy professionals from across the globe will gather in Kuala Lumpur at one of the most comprehensive industry events supporting the Oil, Gas, Energy, and Petrochemicals industry in Southeast Asia when OGA x MOGSEC and the inaugural Petrochemicals Sustainability Conference (PSC) 2022 are staged together from September 13 to 15, 2022.
OGA x MOGSEC and PSC 2022 is an all-inclusive event championed by three parties: The Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC), Malaysian Petrochemicals Association (MPA) and Informa Markets Malaysia. The narrative put out by this strategic alliance will further reinforce Malaysia as the region’s Oil, Gas, Energy, and Petrochemicals hub.
Bila kata dah tak jadi balik, apalagi, settle urusan check-in (nasib ada bilik kosong), lepas Maghrib, lepas makan dinner, Suami ajak pergi SOGO beli baju segala, Sis pun blur kejap apa nak di beli, sebab segala barang tak bawak. Bawa bertenang, so beli je laa apa yang patut. Nasib baik Hotel Maya tu keperluan mandi semua di sediakan, alhamdulilah.
Esoknya, dan dan laa plan dengan Retna dan Carneyz bersarapan pagi then kemudian Carneyz nak singgah OGA tu jumpa kawan blogger. Sis pun kenal kawannya tu. Nak jadi cerita, kuss semangat, punyalah ramai orang di KLCC ni, ramai visitor luar dan dalam negeri yang rata-rata semuanya pergi event OGA ni.
Kitaorang sampai sana pun, tak sempat gak singgah booth Suami punya company, nak masuk dalam tu kena register, ikutkan boleh jer masuk call Suami, tapi malas nak menganggu dia, so kata Carneyz jumpa kawannya di luar Hall 5 ajer. Nasib baik laa dah berjanji, so sampai sana terus dapat jumpa.
Kalau korang blogger since 2000 dulu, mestilah korang kenal dengan blogger Romzi Seli ni. Sis sempatlah berkenalan melalui kotak chat MsjBox dulu, dan kemudian fren di facebook, bertegur sapa di situ aja, sehinggalah baru ni bertemu muka di OGA tu.
Borak punya borak, rupanya Romzi ni juga mengenali mutawif Sis ketika menunaikan Umrah. Rupanya dia adalah salah seorang bakal mutawif yang hadir kursus mutawif under Halaqah Mukhlisin mutawif Sis, Allahuakbar, kecilnya dunia yaa..
Seronok sembang dalam kesesakan orang ramai di situ, tapi kami kena cepat, sebab Retna menunggu dalam kereta. Dia tak masuk sekali sebab cari parking semua full. Sis pun tak sempat bagitau ke call Suami dah sampai situ. Tapi Suami tau Sis datang situ.
Petang tu event habis jam 6pm, Suami ada perjumpaan networking dengan semua legasi, so Sis stay tunggu jer di Hotel sampai Suami habis event. Dan malam tu juga kitaorang check-out Sis gerak ke JB sebab katanya Suami kerja di Johor takde orang yang nak handle. Nak taknak kena balik. Tinggallah yang lelain untuk event OGA sehari (last day) esoknya di sana.
Apa-apa pun tahniah juga buat team Suami,SBD Resources Sdn Bhd atas kejayaan 3 hari di event OGA Mogsec ni, moga terus berjaya dan terus maju membina kejayaan.. inshaallah..
P/S: Rezeki juga, dapat baju dan seluar baru all in one set beserta pakej jalan-jalan sekali, makaseh Suami..
Mekasih suami sis lin haha sbb soh dia dtg kl last minit tu haha klu tak konpom kena tgu bln depan baru dapat jumpa :D
ردحذفHahahah tu baru tau rasa sehelai sepinggang macam mana hahahaha
حذفAlhamdulillah
ردحذفdapat jumpa kawan blogger
Alhamdulilah Wak.. pertemuan blogger gituu hehehehe
حذفTak sabarnya nak jumpa korang lagi bulan depan! harapnya dipermudahkan semuanya...
ردحذفYayy.. berdebar pulak kita, moga dipermudahkan semuanya, aamiinn
حذفwow..... tak sangka, uols masih active berblog.... me myself ni, dah kelaut dalam dah... how uols masih istiqamah yea? mohon tunjuk ajar...
ردحذفalamak, ID penglipurlara plak.... Its me... Romzi
حذفMasih lagi En Romzie, jomlah kita menulis kembali...
حذف