BILA DAH CUTI LAMA, MULALAH JADI SERABUT KEPALA NAK UPDATE BLOG!

Sis Lin
12
BILA DAH CUTI LAMA, MULALAH JADI SERABUT KEPALA NAK UPDATE BLOG! | MEMANG dah dapat jangka dah mood apa yang akan datang bila dah cuti lama menulis blog ni. Dia akan datang satu rasa 'blur', malas pun ya, dan tiba-tiba jadi serabut dengan satu benda, padahal benda tu kadang biasa jer buat, tapi sebab semua mood spoil tu datang dalam satu masa, so jadi 'biol' kejap kepala otak hahaha..

Rasanya tiga hari juga cuti menulis dan mengadap blog ni, posting Maulidur Rasul tu pun Sis dah sesiap autopost sebelum tu, then dah cuti panjang 3 hari ke sana ke sini dengan Suami dan kengkawan, tu yang tersadai jer blog tanpa bertuan hahahaha.. padahal baru jer 3 hari, aishhh sejenis Sis Lin mana boleh tak menulis huhuhu.. 

Bukan kata cuti sebab nak rehat menulis ke, tapi memang Sis sibuk, mana melayan Suami, urusakan anak dan menantu yang berkuarantin (now dah sihat keduanya dan pulang ke rumahnya), then mengemas sanitise rumah, pastu keluar pulak event sana sini, dan semalam sempat pulak jumpa geng-geng blogger yang datang ke Johor, haa tu yang tak nyempat nak duduk depan laptop walau masa tu ada jer kalau nak..


Alhamdulilah, walau tak berapa nak update, pageviews blog masih kekal maintain seperti biasa. 

Paling tak boleh tahan, now sibuk dengan melayan live 'gelang kristal' hahahaha.. adoii ni semua gara-gara Cik Sun kita laaa yang sekarang jadi tukang jual gelang kristal, memang berhantu woii kalau dah terjebak beli dan simpan buat koleksi.. ishhhh so far setakat ni Suami nampak belum lagi bebel hahaha.. kalau dia start bebel, kita kenalah nyorokkan semua gelang kristal kita tu lalalalala... 

Now tengah amik mood nak mula menulis satu-persatu task blog yang tergendala. Takde laa banyak sangat, tapi Sis ni jenis, nak mula menulis mood kena okay dan tenang-tenang, barulah penulisan tu jadi santai dan sedap nak membaca, kalau kena takde mood, memang banyaklah typo dan ayat jadi tonggang langgang ermmm.. 

Nak blogwalking pun mood tak sampai, btw thanks buat semua yang masih sudi drop by dan komen di posting-posting Sis ... 


Dan harini juga banyak kerja rumah kena buat termasuk nak lipat klain baju dua bakul tu adoii sakit mata nengoknyaaa... lain-lain semua tengah on the way, sambil menaip ni pun, cadar, tuala dan segala selimut yang anak pakai, semua sedang di cuci. Cuaca pun baik harini, so bolehlah jemur bantal-bantal semua kasi garing. 

Ingat siap jer kerja rumah dan memasak kang, Sis nak keluar sekejap laa rehatkan minda lepak kedai kopi sekejap. Tapi tak pekena kopi laa, nak minum Barli ais. Dapat drive kereta pun rasa dah ringan kepala otak ni, sesambuil tu mana tau idea datang kannn.. boleh gak reset minda ni haa.. 

Paling tak suka bila mood kacau, nanti semua benda flahback depan mata dan mulalah emosi Sis jadi celaru dan nak 'cari pasal', arghhhh tak suka betullah.. moga Allah pelihara hati dan iman ku sekuatnya, aamiinn.. 

Dah jom update blog lagi.. 


P/S: Tak sabar betul nak pi holiday day day hahahahaha. 

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ahhahaha sama la... dan dan mood malas tu muncul je... ako merayap baca je blog org tp malas nak komen... nak cr mood menulis balik mmg hahah makan masa gak la tu yg kadang seminggu sekali baru muncul entry baru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Ret, harini barulah mood okay sikit haaa.. nak pulun update semua tertunggak hahahaha

      Delete
  2. saya pon rehat dari menulis blog hampir setahun sejak oktober tahun lepas.. ni baru datang mood nak menulis semula hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama yaa Ana menghilang, tapi takpe Ana, now come back dan teruskan menulis yaaaa

      Delete
  3. Lin ni kan....dia bebel saja pun dah jadi satu entri...kalau dah bakat menulis...semua jadi jaaa...hihihi..
    apapun selamat berholiday day day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bila Mama komen, baru perasan laa, ye juga bebel-bebel siap juga satu posting ekkk hahahaha

      Delete
  4. Ni nak pilihan raya bertambah sibuklah SL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah sibuk gantung bendera Wak hahahaha

      Delete
  5. tengah mencari mood jugak ni..tak taulah mana dia lari..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke bila dah bercuti, mood memang ikut ekali bercuti hahahaha

      Delete
  6. Mood timbul tenggelamm... tapi cuba kuatkan semangat.. kahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat Nonnn.. update ajaaa.. kata nak kaya hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!