BUAT KIRA-KIRA SIMPANAN KORANG DENGAN SAVINGS CALCULATOR

Sis Lin
4
BUAT KIRA-KIRA SIMPANAN KORANG DENGAN SAVINGS CALCULATOR | SIAPA kata kalau surirumah ni tak perlu menyimpan? Kenapa? Sebab takde gaji? Hurmmm, tu bagi mereka rasa tidak perlu laa, bagi Sis kena ada simpanan dan perlu menyimpan. Contoh macam Sis, walau Suami beri duit 'jajan' tiap bulan, then Sis pun ada jana pendapatan melalui penulisan blog ni, walau tidak setiap bulan masuk duitnya, at least ada perancangan untuk menyimpan.

Ye laa, takkan asyik keluar membeli jer, menyimpannya tidak, so kenalah balance kan duit tu. Biarlah tak banyak mana pun, janji ada laa nak buat guna time sesak. Kalau ikut hati dan keinginan, pantang nampak semua nak beli. Maklumlah kann orang perempuan, pantang viral, cepat ajerr masuk add to chart hahahaha.. 

Tapi sekarang Sis pun dah mula rasa kena kurangkan sikit pembelian. Beli yang mana yang perlu aja, bukan beli ikut kemampuan, ikut kemampuan, memang semua boleh beli, lepas tu duk termenung, 'perlu ke benda tu?' haaa kan dah menyemakkk jerr kat rumah hahahaha.. 

Buat Kira-Kira Simpanan Korang Dengan Savings Calculator

Ada macam cara kita nak menyimpan, ada orang boleh jerr istiqomah simpan duit dalam bank macamtu jerr, ada orang boleh pegang cash banyak mana pun, dan ada juga orang simpan secara main kutu, so terpulang memasing nak buat cara macam mana menyimpan, janji beringat. 

Nak lebih selamat, buat cara penyimpanan kekal. Contoh terbaru ni, Sis buat investment dengan Sunah dengan cara menyimpan dalam RHB Myinvest, Sis daftar dengan Sunah, sebulan hanya RM100 sahaja. Jadilah kan, walau rasa macam terlambat sebab usia dah banyak ni, tapi at least ada laa juga usaha untuk menyimpan sehingga umur 60 tahun macamtu.. sampai masa, ehh banyak juga kalau di kira-kira

Lain laa kalau korang bekerja, dan korang ketua rumah yang kena handle semua urusan perbelanjaan, itu yaaa, korang kena ada perancangan dan bijak mengatur kewangan korang untuk simpanan masa tua. Ye laa mana untuk perbelanjaan rumah, anak-anak sekolah, bil-bil rumah, untuk diri sendiri, keluarga dan juga reward diri sendiri, tu semua kena amik pedulikan. 

Ramai orang terutamanya anak muda zaman sekarang sukar untuk simpan duit gaji setiap hujung bulan. Ini kerana masih ramai yang tidak tahu cara simpan duit gaji dengan bijak dan ini secara tidak langsung boleh memberikan kesan yang buruk dalam jangka masa pendek dan panjang. 

Bagaimana cara untuk asingkan duit bila dapat gaji? Sis sendiri pun kadang tak amik port bab asingkan duit gaji Suami Sis, semua dia yang urus. Cuma kadang ada laa yang kami bincangkan juga. Korang boleh ikut cara urus gaji menggunakan formula 10-10-10-70 seperti ni, 

10% – Simpanan
10% – Takaful
10% – Kecemasan
70% – Belanja/Komitmen Bulanan

10 peratus simpanan merupakan jumlah yang disyorkan. Kalau korang mahu simpan lebih dari 10 peratus, lebih bagus. Dalam 70 peratus untuk belanja itu bukan bermakna untuk korang shopping sakan sehingga tidak ingat dunia. Sebaliknya, korang boleh pecahkan kepada beberapa bahagian seperti komitmen hutang kereta, sewa rumah atau sewa bilik, elaun ibu ayah, duit untuk perbelanjaan utiliti, makan dan sebagainya. 

Buat Kira-Kira Simpanan Korang Dengan Savings Calculator

Untuk memastikan korang ikut formula ni, cuba buat jadual perbelanjaan pada setiap bulan. Ini untuk memastikan korang boleh track balik perbelanjaan korang. Korang juga boleh cuba membuat simpanan Tabung Haji atau simpanan ASB. Dengan cara ini, korang bukan sahaja boleh simpan duit malah ini merupakan cara kembangkan duit dengan mendapat pulangan dividen dan bonus tahunan. Yang ini memang Sis buat, dah lebih 10 tahun rasanya Sis menyimpan dalam ASB tu. 

Cara simpan duit gaji yang seterusnya adalah buat penilaian balik kos perbelanjaan isi rumah korang. Ini kerana, kos perbelanjaan isi rumah adalah salah satu sebab utama kenapa ramai tidak mampu untuk mempunyai simpanan walaupun sedikit. Perbelanjaan isi rumah termasuklah kadar sewa rumah, bil elektrik dan air, makanan, perubatan dan banyak lagi perkara yang berkaitan. 

Merancang perbelanjaan dengan teliti adalah antara cara simpan duit gaji yang amat membantu. Jika sebelum ini korang selalu berbelanja ikut kemahuan dan nafsu semata-mata, korang mungkin mendapati wang korang habis dengan begitu cepat berbanding biasa. Sis ajar sikit, setiap kali korang mahu ke pasaraya untuk membeli barangan dapur, pastikan tulis dan senaraikan barang-barang yang perlu dibeli. Senarai ini akan memastikan korang untuk kekal berdisiplin semasa berbelanja.

Utamakan keperluan berbanding kemahuan, ini kerana kemahuan boleh memudaratkan kedudukan kewangan korang dalam jangka masa yang panjang. korang mungkin pernah berada dalam situasi sebegini. Oleh sebab itu, penting untuk korang berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak. Jika tidak dikawal dengan baik, korang mungkin akan berbelanja melebihi kemampuan korang. 

Keperluan adalah perbelanjaan yang wajib ada agar dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik seperti duit sewa rumah, makanan dan sebagainya. Manakala kemahuan pula adalah perbelanjaan yang tidak penting tetapi boleh menjadikan kehidupkan korang lebih selesa seperti pergi ke spa, membeli beg dan baju baharu dan sebagainya.

Jika korang belum ada simpanan, masih belum terlambat untuk korang lakukan sekarang. Mulakan dengan jumlah simpanan yang kecil dan meningkat sedikit demi sedikit. 


P/S: Rasa macam nak buat jualan preloved baju-baju dan handbag Sis aja.. banyak yang pakai sekali dua dan ada yang terus tak pakai lagi, hurmmm.. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bagus juga ada kalkulator kira macam ni. Boleh tambah disiplin kita dalam saving. Kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kid, now kena buat persediaan kebarangkalian ekonomi kita jatuh, so bila ada kira-kira macam ni, kita boleh adjust budget kan..

      Delete
  2. Replies
    1. Ayuhlah, buat kira-kira untuk budget perbelanjaan kita..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!