CARA HILANGKAN RASA KAPUR PADA MEE KUNING | KORANG pernah ke alami situasi bila makan di kedai, order Mee Goreng Mamak, tapi rasa kapur? Meenya dah satu hal tak basah, goreng kering, pastu rasa kapur, arghhh kadang tu bikin spoil mood betul nak makan kan. Lagi satu kalau order Mee Sup ke, menu ni kadang kerap juga terkena mee-nya rasa kapur, terus putus selera, baik laa order Mee Hoon Goreng atau Mee Hoon Sup huhuhu..
Kalau Sis masak di rumah, biasanya mee kuning tu Sis akan cuci dulu, jangan terlalu lama, nanti lembik sangat, at least cuci laa, so far masak sendiri, belum ada lagi anak-anak atau Suami komplen, mahupun adik-adik. Mee goreng Sis jadi elok jerr rasanya. Bahan resap dalam mee-nya tu, takde rasa kapur.
Memang betul, ada certain, bukan makan kedai jer, kadang pi majlis pun, bila ada menu mee goreng orang hidang, pun rasa kapur, tapi takkan laa kita nak komplen kan. Tu laa peliknya kadang, Sis paling takut gak akan ada rasa kapur mee tu, rasa dia akan spoil tau, entahlah nak cakap pun tak reti, yang faham jer laa tau.
So bagi korang yang masih rasa blur-blur macam mana nak hilangkan rasa kapur pada mee kuning tu, Sis kongsikan dengan korang di bawah ni, cara hilangkan rasa kapur pada mee kuning. Moga ianya bermanfaat buat korang yaa..
Sarapan Mee Goreng pagi semalam.
Mengapa ada mee kuning terasa berkapur?
Tidak dinafikan, ada sesetengah jenama mi kuning yang kita beli akan terasa berkapur setelah dimasak. Malah, lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan rasa kelat atau pahit saat dimakan. Apakah yang menyebabkan mi terasa berkapur dan pahit?
Dalam pembuatan mi kuning, terdapat satu bahan yang turut digunakan semasa penghasilan mi berskala besar. Ia disebut sebagai natrium karbonat atau sodium carbonate dan lebih dikenali sebagai air abu. Bahan ini merupakan sejenis bahan alkali yang berfungsi menambah baik tekstur mee kuning.
Tekstur mi kuning yang lebih keras atau pejal menjadikan ia lebih tahan lama. Selain natrium karbonat, ada sesetengah pengeluar mi juga menggunakan natrium hidroksida. Namun, natrium hidroksida mempunyai nilai pH yang lebih tinggi dan bersifat mengakis berbanding natrium karbonat.
Sekiranya nilai pH bahan alkali lebih tinggi, maka mi yang dihasilkan juga akan menjadi semakin kuning, lebih pejal dan lebih tahan lama. Penggunaan natrium karbonat dan natrium hidroksida inilah yang kadangkala boleh menyebabkan mi berasa pahit, kelat atau berkapur.
Adakah natrium karbonat ini berbahaya?
Tidak sama sekali
Natrium karbonat atau natrium hidroksida banyak digunakan dalam proses pembuatan dan penghasilan makanan-makanan lain dan penggunaannya adalah dibenarkan. Ia juga mempunyai status gred makanan (food grade) yang selamat untuk dikonsumsi. Walau bagaimanapun, kuantiti yang digunakan mungkin boleh menyebabkan perubahan rasa pada makanan yang dihasilkan selain kesan sampingan kecil.
Sebagai contoh, penggunaan natrium hidroksida yang berlebihan dalam pembuatan makanan mungkin boleh menyebabkan sakit perut apabila dimakan.
Cara hilangkan kapur pada mee kuning
Kebiasaannya kita tidak mengetahui sama ada mi yang dibeli itu akan rasa berkapur atau tidak. Jadi, untuk mengelakkan ia terasa berkapur setelah dimasak, korang boleh mencuba kaedah di bawah ini untuk hilangkan rasa kapur pada mi.
Cara-caranya ialah:
- Keluarkan mi daripada pek pembungkusan. Kemudian, basuh bersih mi terlebih dahulu dengan menggunakan air paip yang mengalir.
- Seterusnya, isikan air ke dalam satu bekas atau besen dan rendamkan mi dalam air tersebut.
- Kemudian, taburkan gula ke dalam bekas mi tersebut. Korang boleh menggunakan sama ada gula putih atau gula perang. Ia terpulang kepada korang.
- Pastikan gula ditabur dengan rata pada mi dan biarkan mi direndam selama sekurang-kurangnya 10 minit. Lebih baik jika mi direndam selama 30 minit.
- Setelah itu, buangkan air dan toskan mi tersebut. Bilas mi sehingga bersih dengan menggunakan air paip.
- Setelah mee kuning ditoskan kali kedua, korang boleh terus memasaknya mengikut selera korang.
- Jangan risau, cara ini berkesan menghilangkan rasa dan bau berkapur yang ada pada mi yang dibeli.
Boleh juga rebus mi terlebih dahulu
Selain daripada cara di atas, korang juga boleh merebus mi terlebih dahulu sebelum dimasak atau digoreng. Merebus mi dengan air mendidih boleh membantu mengeluarkan sisa dan lebihan natrium karbonat yang mungkin ada pada mi yang dibeli. Dengan itu, mi akan menjadi lebih sedap, lembut dan tiada rasa kapur.
Jangan sesekali mencelur mi dengan tujuan menghilangkan rasa kapur kerana proses mencelur sahaja tidak memadai. Proses mencelur tidak cukup kuat untuk menanggalkan kapur atau air abu yang ada pada mi tersebut. Sebaiknya, lakukan teknik seperti di atas atau merebusnya terlebih dahulu.
Korang tidak perlu risau dengan kewujudan natrium karbonat atau natrium hidroksida dalam mee kuning kerana ia dibenarkan dalam pembuatan makanan yang diproses. Selain itu, bahan alkali yang digunakan ini merupakan bahan dengan status gred makanan atau food grade dan tentunya selamat untuk dimakan.
P/S:
Terpaling tak suka kalau beli mi goreng kat luar rasa kapur. Memang patah selera. Terima kasih untuk tips ni. Saya biasa rendam air panas sekejap lepas tu cuci bersih dan tos.
ReplyDeleteKann, sama laa Sis pun buat macamtu...
DeleteTk kongsi ilmu
ReplyDeleteSama-sama kasih Wak..
Deletesaya pun cuci dlu nak elak rasa kapur..
ReplyDeleteKannn, ada tu Sis perasan, bukak plastik terus masuk kuali erkkkk
Delete