DAPATKAN PURPLE PASSPORT THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA SEMPENA ULANG TAHUN KE-25 MEREKA! | SEMPENA sambutan ulang tahun yang ke-25, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Sis berkesempatan u tuk turut sama meraikannya dan sama-sama menmyaksikan pelancaran Pasport mini ungu terbaru TBC dan korang berpeluang mengumpul cop dan korang boleh memenangi hadiah barangan eksklusif, kredit Kad TCB, atau penginapan hotel 4 hari 3 malam di Penang, Kuala Lumpur atau Johor!.
Teruja juga memula masuk ke dalam The Coffee Bean & Tea Leaf® di MidValley Sogo ni, sebab semua staff berpakaian ungu. Sis pula lupa nak pakai purple masa hari kejadian, kalau tak mesti banyak cop Sis dapat kan Sunah hahahaha.
Kenapa purple? Dinamakan Purple Passport (Pasport Ungu) kerana mengikut warna signature logo jenama mereka sendiri, dan kad ungu baru daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® ini boleh didapati dari mana-mana outletnya mulai 1 Oktober!.
Korang yang ada Purple Passport ini hanya perlu mengumpul 10 cop untuk “melengkapkannya” dan korang berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik! Setiap outlet juga akan menyediakan 2 daripada 10 reka bentuk cop unik untuk dikumpul.
Apa yang perlu korang buat adalah;
- Kunjungi mana-mana outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® berbelanja sekurang-kurangnya RM25 untuk dapatkan Purple Passport korang dan cop pertama.
- Setiap RM25 yang dibelanjakan, korang akan dapat 1 cop!.
- Setelah korang mengumpul 10 cop di Purple Passport korang, korang hanya perlu menulis jawapan kepada soalan, “Berapakah usia The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada tahun ini?”. (Senangnya)
- Letak Purple Passport korang ke dalam peti yang disediakan di outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran korang. Pastikan butiran nama dan talian hubungan korang betul.
- Korang boleh menghantar lebih daripada satu Purple Passport yang telah dilengkapkan. Lebih banyak lagi banyak peluang korang untuk menang.
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
3 peserta bertuah akan dipilih untuk memenangi pakej penginapan hotel selama 4 hari 3 malam di Pulau Pinang, Kuala Lumpur atau Johor (bernilai hingga RM2,000)! 25 hadiah sagu hati juga sedia untuk dimenangi – ia terdiri daripada barangan ulang tahun ke-25 yang eksklusif dan juga kredit untuk Kad TCB bernilai RM100.
Para pemenang akan dihubungi dan diumumkan di saluran-saluran media sosial The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia selepas peraduan tersebut tamat pada tarikh 31 Oktober 2022.
Untuk butiran lengkap kempen tersebut, sila layari www.coffeebean.com.my/purplepassport.
Di samping kempen Purple Passport ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga akan melancarkan minuman baharu untuk bulan Oktober, iaitu Pumpkin Ice Blended® (kecil RM 16.90, biasa RM 17.90), Pumpkin Latte (hot/iced) (kecil RM16.50, biasa RM 17.50), and Pumpkin Cream Cold Brew (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50)!
Minuman-minuman ini bakal menemui korang mulai 4 Oktober 2022.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian seperti :
Facebook www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage
Instagram @coffeebeanMY
TikTok @coffeebeanMY
Website www.coffeebean.com.my.
P/S: Pestime rasa air 'Labu' hahahaha.. sedap ❤
Purple is LeYa favourite color... Wah menarik! Tapi tak mengumpulkan 10 cop dgn RM25 pembelian, hmmm....kena ajak kengkawan beli dan cop dalam 1 kad la macam ni... Hahaha..
ReplyDeleteHahaha bijakkk, boleh Leya, ajak kengkawan minum di Coffee Beans, then dapatkan satu pasport, cop ajer guna satu tu, cepatlah penuh semua hahahaha..
Delete