DOAKAN ANAK SIS CEPAT SIHAT DAN KANDUNGANNYA BAIK-BAIK AJA | BILA Allah bekehendak, makan terjadilah walau kita elak macam mana sekalipun, itulah dia Covid19. Kisahnya, Jumaat lepas Sis ada buat makan-makan di rumah Sis sempena birthday anak sedara, so adik-adik semua datang bekumpul termasuk anak Sis,Yana.
Esoknya Yana kata batuk-batuk dan tekak sakit, Sis dah kata pergi Klinik check, tapi tu laa, anak nombor dua ni memang penakut masuk klinik dan makan ubat. Yang kita ni risaukan kandungan dia. Then esoknya pun sama, Ayahnya ajak makan malam bersama dan Sis perhatikan, memang still batuk juga. Cuma kali ni Yana kata sakit badan dan rasa macam dedor. Pesan sekali lagi, pergi klinik, ermmmm jawaban yang sama.
Esoknya (semalam), Sis ada hadir ke majlis makan tengahari Geng Bas Sekolah Sis, then dalam perjalanan nak balik, Yana tiba-tiba tunjuk gambar suhu badan dia 37'c, so memang demam laa tu, Sis terus call dia tanya keadaan dia then suruh pergi klinik, katanya tunggu Suami dia balik. Petang sikit, terus dia tunjuk lagi suhu demam dia 39'c. Allahuakbar risau hati Sis.
Tengah duduk-duduk tengok tv di rumah, terus Sis call menantu Sis, katanya di klinik tapi dah check dan swab, katanya Yana +VE.. berdegup jantung Sis dengar dan apalagi dah macam orang tak tentu arah Sis di buatnya. Lagi-lagi menantu kata kena refer ke hospital sebab baby kurang gerak dari pagi dan nadi laju, Allahuakbar..
Ayahnya lagilah risau tak tau nak cakap apa. Sis terus call KPJ Pasir Gudang bertanyakan wad Covid19 tu sebab Sis satu family ada amik insurans cover untuk Covid19. Tapi sedihnya KPJ Pasir Gudang dah takde lagi wad untuk pesakit Covid19 dan atas nasihat agen insurans Sis, better pergi Hopsital Kerajaan sebab memandangkan anak Sis sedang mengandung.
Terus call menantu dan minta di bergegas bawa anak Sis ke Hospital Suntan Ismail bahagian emergency. Sis dan Suami turut menyusur mereka ke sana nak lihat keadaan anak Sis. Sampai sana, memantu dah uruskan dan sedang menunggu staff bahagian pesakit Covid19 untuk bawa anak ke atas untuk buat scan baby.
Dari jam 6pm lebih menunggu membawa ke jam 8pm lebih, masih lagi menunggu di ruang emergency tu. Staff sana pun serba tak kena sebab katanya, biasa kes baby tak gerak ni terus bawa naik atas, tapi sebab kes anak Sis ni ada Covid19 so kena tunggu staff yang bertugas untuk bawa naik atas, aduiii sian nengok anak Sis keletihan dan kelaparan menunggu.
Sis berkali-kali tanya, baby gerak tak? Katanya tak.. Sis suruh dia usap-usap perut pujuk baby tu dan selawat doa bebanyak.. tapi berapa kali buat pun takde respon, sedih Sis, menahan airmata juga taknak nangis depan anak.. Sis pun sama juga usap perutnya pujuk baby bangun dan gerak, pun sama diam.
Suhu badan check lagi, tinggi 39'c lagi, then mereka bagi panadol dua biji untuk makan. Ayahnya belikan roti dan air untuk Yana makan. Menantu pula terpaksa balik ke rumah amik buku pinknya untuk rujukan kepada Doktor sebelum naik atas, so kena tunggu sampai buku pink ada.
Anak dah rasa sakit, penat dan badan-badan bisa.. tapi still lagi menunggu di bawah. Menantu sampai jer bawa buku pink, terus Sis panggil staff bertugas terus mereka sorong anak Sis naik atas, tapi menantu tak boleh ikut naik sama, so kena tunggulah di luar.
Sis balik dengan Suami dengan harapan moga anak dan cucu Sis baik-baik aja. Sehingga jam 11pm, bila Sis tanya Yana 'okay ke tak, dah check ke belum?', katanya takde buat apa-apa lagi, nurse pun tak nampak. Sis tanya lagi, 'baby gerak tak?', pun sama jawaban dia, 'tak'.. Allahuakbar..
Sis dah pesan dengan menantu, kalau kena warded bagitau, kalau tak kena warded, terus bawa Yana ke rumah Sis, Sis jaga dia sementara +VE ni.. tunggu punya tunggu, akhirnya tertido juga Sis. Dalam jam 4.45am menantu wahtsapp bagitau Yana tak kena warded, dia nak terus ke rumah Sis. Then jam 5.10am macamtu, Yana call dah sampai depan rumah, alhamdulilah rasa lega Sis bila nanpak Yana baik-baik aja.
Sis terus suruh dia masuk bilik tidur dulu, penat sangat tengok dia, lagi-lagi menantu Sis, kesian laa, katanya menunggu tido dalam kereta. Sis suruh dia balik rumah aja, sebab harini kerja, nanti malam baru datang sini. Yana pun terus tido jer.
Dan pagi ni barulah Sis tanya Yana apa Doktor kata semalam. Katanya, 'Bila ibu demam, suhu ibu juga jadi suhu baby katanya, automatik baby turut sama juga lemah macam ibunya, then uri pulak jatuh ke bawah, tak boleh lasak sangat, sebab takut pendarahan'.. alhamdulilah tidak ada apa-apa yang merisaukan. Yana kena banyak rehat dan tenang-tenang aja.
Dalam keadaan macamni, trauma Sis dibuatnya, fasa takut semalam tu masih terbayang-bayang Sis, risaukan Yana dan babynya, lagi pulak ini kandungan pertama dia. Tapi satu je laa nak cakap, servis hospital kerajaan ini ada masa memang menyakitkan.. tang menunggu dan di biarkan menunggu tu memang dari dulu laa.. aishhhhh..
Apa-apa pun syukur alhamdulilah laaa, semuanya baik-baik aja. Terima kasih kawan-kawan yang bertanya dan mendoakan anak Sis. Dan ingat yaa, Covid19 ni masih ada, jaga SOP dan sentiasa berjaga-jaga. Moga Allah beri Sis kekuatan untuk menjaga Yana sepanjang dia +VE.. aamiinn..
P/S: Doakan anak Sis ya korang...
Allahu..moga cepat sembuh & moga yg baik2 saja..aamiin
ردحذفAlhamdulilah, makseh Mummy...
حذفalhamdulillah ala kulli hal..syukur ya Allah...semoga Yana segera sihat kembali, dan baby juga baik2 aja, insya'Allah...ko pun jaga diri baik2, now fokus kat yana and family ko dulu...
ردحذفSyukur alhamdulilah, terima kasih Sunah dan team JDT mendoakan Yana..
حذفMoga semuanya baik dan ALLAH permudahkannya. Keep update yaaa sis
ردحذفInshaallah, alhamdulilah, makaseh GB ...
حذفSemoga semuanya baik baik dan cepat sembuh
ردحذفAamiinn.. makaseh VM ...
حذفsemoga Allah pelihara ibu mengandung ini dan bayi dalam kandungannya
ردحذفAaamiinn, makaseh Ammi..
حذف