HADIAHKAN YANG TERSAYANG SEBENTUK CINCIN DARI SHIMMERS BY GiftTalk | KADANG-KADANG kan, korang ada perasan tak, tak semua orang perempuan/wanita/gadis/remaja suka pakai barang kemas, ini termasuk juga anak sulung Sis. Anak Sis memang tak suka pakai emas, ada rantai dan gelang tangan yang Ayahnya belikan, tersimpan ajer tak di pakai.
Tak macam anak Sis,Yana, haaa Yana yerr, pengumpul barang kemas, satu badan dia semua ada emas hahahaha.. berbeza dengan Kakaknya, lebih suka pakai aksesori ajer, contohnya; Silver, kristal atau Jade. Tu pun kekadang juga dia pakai, bukan selalu. Katanya 'rimas' hahahaha..
Kalau Sis tak kisah, dua-dua pun boleh, baik emas ataupun aksesori. Tapi kalau di beri pilihan, tentulah emas, sebab emas ada harga, tapi tidaklah sampai satu badan nak salut dengan emas, semua jari nak kau pakai cincin emas, atau gelang sampai ke lengan, rantai sampai ke dada beso loketnya, tidakkkk, cukuplah memadai, orang kata 'janji ado' kan.. pakai bebanyak emas pun bahaya juga woo sekarang, mata-mata duk perhati jerr.. ngisauuu..
Bagi mereka yang tidak gemar memakai emas, haa korang bolehlah pakai Silver925, cantik juga jika pandai padankan dengan gaya pemakaian kita. Lebih elagant tau. Silap-silap orang ingat berlian pulak, dari jauh dah memancarrr silaunya hahaha..
At least, pakai sebentuk cincin cukup memadai dah sebagai perhiasan tangan. Kalau rantai ni, bagi kita yang bertudung, takde la nak nampaknya kan, so pakai cincin ataupun gelang, dan tak payah banyak, pakai sebentuk ajer dah cantikk.. lagi-lagi cincin dari Shimmers by GiftTalk ni, memang cantikkk sangatttt.. Sis fall in love okay..
Bagi yang memang kenal Sis dari dulu, okayy Sis orangnya sangat banyak yaaa barang kemas Silver, paling mahal koleksi Pandora Sis laa, mana yang Suami belikan, anak belikan, dan juga ada yang Sis beli sendiri. Penuh weyy sebekas koleksi Pandora Sis, ada tu tersimpan elok jer, sayang woo nak bagi orang..
Tapi Pandora tu agak mahal sikitlah harganya, beza dengan Shimmers by GiftTalk ni, walaupun sama di saluti dengan perak 925 ni, tapi maybe sebab designnya yang buat harganya berbeza. Pandora dia dah lama dan ada dia punya peminatnya tersendiri, sebab koleksinya up to date sikit, tapi Shimmers ni namanya masih baru lagi dalam dunia perhiasan, so ramai tak tau, sedangkan koleksi dan design cincinya sangat cantikk okay, dan harganya pun sangat berpatutan.
Sis nak cite panjang pun, sebab cincin ini adalah hadiah dari seorang sahabat Sis, so Sis terima dan Sis kongsikan dengan korang di sini, kotlah korang ada mencari nak hadiahkan kawan korang hadiah apa sempena birthday ke, friendship day ke atau apa sahaja laa. So korang boleh survey di Shimmers by GiftTalk ni.
Kalau korang nak mencarinya, korang boleh wahtsapp nombor yang Sis berikan di bawah ni ya. Tak silap Sis masih ada lagi diskaun 50% untuk pembelian sebentuk cincin tu. Dari harga sebentuk RM160.00nett, so tolak diskaun, tinggal berapa puluh jer kann, berbaloi kannn..
Penghantaran ke seluruh Malaysia juga ada, FREE Delivery (Easy return policy & money back guaranteed) . Size untuk jari korang jangan risau, ianya boleh di adjust mengikut kebesaran jari korang, so jari gemok ke, jari halus ke, pun boleh pakai semua design.
Batu permatanya adalah jenis Zircon (white), tu yang pakai jer, dari jauh dah nampak bersinar-sinar, memancorrr mancorrrr yaaa hahahahaha.. Dan banyak design pilihan yang ada.
Of all forms of jewellery, the ring always has the most beautiful stories to tell ..
RM160.00nett | Launch Promotion 50% off
WhatsApp untuk pembelian dan pertanyaan ;
P/S: Korang pulak, minat emas ke silver? atau tak minat langsung?
Ako minat emas hahaa tp dh lam x pakai.. Asyik beli jual beli jual hahah... X pernah kekal.. Cuma 1 je terkilan dl emas yg arwah mak ako belikan kena curi tu yg rs mcm x mih dh pakai emas
ردحذفAku emas beli dan pakai seadaanya je Ret, takde laa sampai macam pokok krismas kan hahahaha..
حذفsimple bentuk dia tapi cantik :)
ردحذفYaaa Sis suka sebab dia simple tapi cantikk sangatt..
حذفMA memang x minat emas dr zaman remaja lagi.more kpd silver etc...sbb pakai emas manjang hilang... :-( sayang. kalau hilang silver ke x de la ralat sgt kan....
ردحذفSama dengan anak Lin laaa MA, dia suka pakai silver jer dari barang kemas, lebih selamat katanya..
حذفcantik kak, dana suka design simple gitu. Dana pun peminat barang kemas tapi idok lah mcm vida tu pakai besar gabak udah jadi tak lawo lak
ردحذفKannn.. DSV tu melampau nau ko, ngeri pulak nengok... dia ada bidyguard takpe, kita ni, mau kena cincang kang pakai beso gitu hahaha
حذفCantiknya...suka tengok orang pakai nampak berkilauan..Saya kalau pakai barang kemas kusam ja..tak tau pasai pa..
ردحذفKalau pi cuci pun sekejap ja pakai ..kusam semula
Emas ni ikut peluh gak Mama, sama macam adik Lin tu, color jadi kusam..
حذف