KONGSIKAN KEGEMBIRAAN BERSAMA ORANG LAIN | JIKA kita gembira, kongsikan kegembiraan itu bersama orang lain. Jika kita tidak gembira, gembiralah dengan kegembiraan orang lain. Insyaallah, Allah akan mengubat hati kita yang tidak gembira itu kerana kita bergembira atas kegembiraan orang lain.
Ramai manusia yang tidak gembira dalam hidup ini kerana mereka tidak gembira dengan kegembiraan orang lain. Mereka terlalu tamak untuk gembira sendiri. Penyakit hasad yang berakar umbi di hati menyebabkan mereka terseksa melihat nikmat yang dirasai oleh orang lain.
Percayalah, benci dengan kegembiraan orang lain akan mengusir kegembiraan dalam hati kita sendiri. Hilanglah seri wajah, muramlah cuaca hati dan apa yang dibuat serba tidak kena.
Hasad adalah sifat mazmumah yang paling menyiksa hati dan paling merugikan. Amalan terbakar bak kayu kering dimakan api. Jiwa tersiksa oleh sifat mencari-cari keburukan, prasangka, mengumpat dan memfitnah.
Mazmumah ini berpunca daripada masalah akidah - yakni mempersoalkan keadilan Allah dalam mengagihkan nikmat kepada hamba-hambaNya. Ada yang diberi lebih, ada yang kurang... tetapi itu bukan bererti Allah tidak sayang.
Justeru keadilan bagi Allah itu bukan sama rata, tetapi 'meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya'. Jalan menujuNya tidak sama. Yang diberi banyak, bergeraklah menujuNya melalui jalur syukur. Yang diberi sedikit, bergeraklah kepadaNya melalui jalan sabar.
Hasad dengki akan menghilangkan seri pada wajah, ketenangan pada hati dan kejayaan dalam kehidupan. Mengapa begitu berat sekali hukuman kepada si hasad? Kerana dia berani melawan Allah persis iblis yang mempersoalkan perintah Allah yang menyuruhnya sujud kepada Nabi Adam!
Justeru, jika hari ini kita bermuram durja... lihatlah kepada orang lain. Senyumlah dengan senyum mereka dan ketawalah bersama mereka. Insyaallah, Allah yang Maha Penyayang akan menggembirakan kita sebagai balasannya. Aamiinn..
P/S: Tutup mata, tarik nafas dan lafaz, 'aku bahagia' ❤
Setuju...gembira atas kejayaan/kegembiraan orang lain pun nikmat kat Lin..
ReplyDeleteIn sha Allah rasa bahagia...
Sama juga doa..kata ustaz..sambil kita doa untuk kita,doakan juga untuk orang lain..inshaa Allah bahagia..Sama-sama kita didik hati..🤲🤲
Betul MamaCella, penyakit hati ni kalau tak di bersihkan, hidup sendiri yang tak tenang...
DeleteAku Bahagia. dan ingin bahagia selama-lamanya
ReplyDeleteAlhamdulilah, aku juga ingin bahagia selamanya...
DeleteYa, kongsi kegembiraan... dan gembiralah dengan kebahagiaan org lain.. saling mendoakan semoga semuanya bahagia... Ada masa dia.. ada masaa kita... Kenapaa perlu bermuram durja 🥺 Hidup ini perlu diserikan dengan kebahagiaan dan gembira melihat yg lain bahagia jua kan..💕 #sentiasamencuba #hatilainlain
ReplyDeleteYee Nona, kadang mendoakan dalam diam pun, malaikat akan balas balik doanya kepada kita.. sama-sama kita cipta kebahagian yaaa
DeleteBetul tu, always happy when seeing others happiness^^
ReplyDeleteBenar sekali.. moga VM bahagia selalu...
Delete