MUARA STEAMBOAT & GRILL SAJIKAN 6 JENIS SUP DAN 24 JENIS SOS PILIHAN!

Sis Lin
16
MUARA STEAMBOAT & GRILL SAJIKAN 6 JENIS SUP DAN 24 JENIS SOS PILIHAN! | BIASA kalau kita pergi makan steamboat, kebanyakkannya restoran akan hidangkan hanya dua jenis pilihan sup ajer kan? Dan sosnya pun ada laa dalam tiga atau empat jenis sahaja, tapi... di Muara Steambiat & Grill ni, korang boleh nikmati hingga 6 jenis pilihan sup dan juga 24 jenis pilihan sos, memang banyak sungguh weii pilihan dia, teruja juga Sis masa mula tau. 

Dan macam biasa, kalau nak makan steamboat ni, korang better janganlah datang tiga atau empat orang jer, kalau boleh lebih ramai lebih bagus, ye laa sebab kalau makan ramai-ramai, so agak berbaloilah makan steambot, sebab pilihan menu di sini, agak banyak portionnya dan berjenis-jenis pilihan menu ada, so kalau datang makan berdua, ermm apa jerr laa yang korang nak makan, lagi satu, boleh habis ke? Hahahaha.. 

At least kena datang berempat atau berenam atau macam Sis ni haa, datang bertujuh dengan geng-geng JDT Blogger Sis, so memang kami pilih menu platter laa yang lebih selamat dan pelbagai pilihan, so bila makan tu rasa puas gitu. Harga pula ikutlah pilihan menu yang korang pilih. Jangan kata mahal, sebab ada juga harga yang murah dan mampu makan. 

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Untuk kali ni Sis dan geng-geng lain pilih sup Tomyum dan juga Sup Ayam Berempah. Mana kala set menunya pula, kitaorang amik set platter untuk Grill dan set platter juga untuk Steamboat. Dalam satu platter tu lengkap semua ada, termasuk hirisan daging lembu, kambing, ayam dan juga kepingan ikan. 

Dan untuk set platter steamboat pun sama, set dia datang lengkap dengan sayuran, fishball, jagung, cendawan dan juga segala macam seafood, termasuk udang, lala, kupang dan juga sotong. Boleh di katakan kalau korang amik set untuk 4 orang, walau datang tujuh orang sekalipun, memang muai oiii makannya.. kenyang dan terlebih-lebih lagi.. 

Set platter dia ada dua pilihan, samaada untuk 2 pax atau 4 pax, bergantung kepada macam mana kuatnya korang makan, tak semestinya berapa pax korang datang. Bukan tu aja, ada juga set ala-carte mereka untuk korang order tambahan sebagai add-on. Kotlah datang memang lapar kann, so korang boleh dulu menu ala-carte mereka. 

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Sis rekemen korang mencuba Nasi Goreng Kampung mereka yang ada udang tersusun tu haa, memang mabeles rasanya. Ada sikit pedas, tapi memang sedaplah, semua geng-geng Sis pun kata sedap, ikutlah pilihan korang sebab ada juga menu nasi goreng lain juga. 

Dan korang jangan lupa untuk mencuba kepak ayam Muara mereka dan juga ayam bakar pandannya, cecah makan dengan aneka sosnya, pun sedap weyyy. Minuman pun ada banyak pilihan, kami pilih smooties, sebab menarik sungguh di mata kami hahahaa.. banyak pilihan, yang penting air suam percuma selagi cawan kosong hahahahaha..

Masa makan pun, korang boleh juga pilih samaada nak bakar sendiri ke, atau minta staff mereka yang bakar, tapi kalau Sis, lagi best bakar sendiri, sebab dapatlah gaya-gaya ala Korea sambil membakar, feel dia dah lain macam hahahaha.. ye laa orang bakarkan, bakar-bakar siap sumbat, kalau kita bakar, boleh snatai-santai, ye dakkkk.. 

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

View makan sini pun cantik gilerrr, ini kali pertama laa Sis datang makan sini, tak sangka di hujung Senibong Cove ni ada tempat makan steamboat & grill cenggini cantik pemandangannya. Boleh view Singapore dari luar sana dan boleh tengok matahari terbenam jika ada peluang, kalau datang time hujan, ko tengok je air hujan turun hahahaha.. 

Pilihan tempat makan pun sangat best, boleh makan di luar konsep outdoor atau korang nak makan di dalam berhawa dingin atau korang segan sebab korang banyak makan, so korang boleh booking makan dalam bilik khas mereka yang beserta karaoke . Haaa yang ini memang best giler arr... korang boleh makan secara privacy dan boleh melalak 9menyanyi) sampai terkeluar isi tekak tanpa menganggu orang lain. Tapi harga untuk sebilik tu, korang faham-faham jer laa yaa.. kalau sharing ramai-ramai, haa tu berbaloi.. 

Atau korang nak buat event ke, party ke, majlis keraian ke atau meeting ke, semua pun boleh buat di sini. Ada juga pekej buffet steamboat di sediakan, tu korang kenalah tanya pihak pengurusan Muara Steamboat & Grill ya, but serius cakaplah, sangat-sangat puashati makan di sini. 

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Muara Steamboat & Grill Sajikan 6 Jenis Sup Dan 24 Jenis Sos Pilihan

Bagi korang yang berkata-kata, 'Mesti mahal kan?'.. yaa jujurnya kalau banyak korang makan, memang laa mahal kan, tapi now korang boleh makan di sini dengan hanya RM55 sahaja dalam pakej promosi mereka 'All You Can Eat' yang sedang berlangsung sekarang sehingga ke penghujung November nanti. Haaa RM55 tuu, murah tak murah, pilihan menu pun banyak, so jangan kata hakak tak payung yaaaa..Tapi ada dengan terma & syarat.. 

Eh lupa nak habaq mai gan korang, yang istimewanya dan amazingnya kann, di sini periuk steamboat & grill mereka, mereka bakar dengan menggunakan arang kayu tau, haaaa yaaa versi orang lama-lama dulu kalau nak masak, kena laa hidupkan arang kayu dan barulah boleh masak, haa cara ginilah yang mereka buat, kalau nampak dek anak-anak, mesti anak-anak tertanya-tanya kannn.. ye laa sekarang mana nak jumpa lagi orang masak guna arang kayu kan.. korang boleh tengok video REEl di instagram Sis di SINI .. 


Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang bolehlah ke facebook page akusislin di atas ni yaa, atau klik aja di SINI. Di situ segala view dan menu Sis ada upload, korang layan jer laaa.. 

So korang yang tertanya-tanya tu haa, bolehlah yaa datang ke sini mencubanya. Jika boleh, sila buat tempahan meja sebelum datang, sebab ada ketikanya tempat mereka ada private event atau fullhouse, jangan kang datang gigit jari pulak tak boleh masuk yaaa.. 

Promo All You Can Eat 
RM55/pax (Dewasa)
RM27.50/pax (Kanak-kanak 6~12 tahun)

Muara Steamboat & Grill
HALAL Restaurant
C1 Blok C, Persiaran Senibong, 
81750 Masai, Johor

Di buka SETIAP HARI
Dari jam 4pm hingga 11pm

Untuk tempahan, hubungi: 019 4461 665 atau 010 7601 723

SURAU lelaki & prempuan di sediakan. 



P/S: Paling suka makan steamboat kalau dengan Suami, sebab macam ada banyak masa bersama hahahaha.. korang faham kenapa?.. 

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Assalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ردحذف
  2. Sbb klu suami ada, sislin bole makan banyak.. Eh bukan eh#tiber haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha sebab ada orang tukang bakarkan dan boleh borak lama-lama dengan Laki hahahahaha

      حذف
  3. Wowww tempat makan steamboat bersih dan luas macam ni la saya cari. Sila buka di KL satu ya dengan layout restoran macam ni. Kalau steamboat kat sini dah macam warung saya tengok. Duduk rapat-rapar dan kadang-kadang tak jaga pun keselesaan pelanggan. Selagi muat, masukkkk. Stress mak.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Ruby memang tempat baru tapi keadaan dia sangat-sangat selesa...

      حذف
  4. berbaloi sangat harga tu untuk range foods yang ada, siap ada 24 jenis sos tu, awat la takda kat kl haha

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Bae, promo harga rm55 tu sangat-sangat berbaloi...

      حذف
  5. Uih naaa. Bak kata orang Sabah. Cantik bah view sambil makan. Lepas tu, banyakkkk pula juadahnya. Uihhh naaa. Memang kenyang bah!

    ردحذف
    الردود
    1. Cantikkann, pepetang boleh tengok matahari terbenam Rawlins...

      حذف
  6. Menarik sangat lokasi pemandangan di sini sambil menjamu selera.. Harga cuma RM55 ?? Memang sangat berbaloi dan wajib singgah

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa harga rn55 tu promo untuk dua bulan ni, ada juga ala-carte menu dan macam-macam jenis platter gakk AM..

      حذف
  7. Serious meriahnya makan kat sini dengan harga ni, sangat berbaloi ya! Premium food with beautiful views! Banyak choices especially the sauce mak aiii sampai 24 jenis bah! 🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat selesa Nel.. kalau datang sini makan, rasa taknak balik hahahaha

      حذف
  8. Wah best! kalau ke area situ kena singgah makan steamboat. Love their soup selection and tempat pun cantik

    ردحذف
    الردود
    1. Tempatnya instagrammable betul kann Kelly.. bergambar smabil makan sepuasnya...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!