NIKMATI BUFFET DINNER MASAKAN INDIA 'COLORS OF RANGOLI' DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | BUAT pertama kalinya Sis datang makan buffet, tapi kali ni buffetnya bertemakan masakan India. Biasanya buffet masakan Melayu ataupun masakan Western, tapi ini kali masakan India okay, agak teruja bila dapat tau ada buffet masakan India ni. Kalau Cina jarang ada buffet, mereka lebih kepada makan hidang ala-carte.
Maklumlah rata-rata orang Melayu kita memang suka makan masakan India, kalau tak, takkan penuh kedai Mamak kan hehehe. Cuma bezanya, nak lebih kepuasan dan puashati, korang makan secara buffet. Kalau di restoran, kita hanya boleh pilih certain menu aja kan, tapi buffet dinner Colors Of Rangoli Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel ni, korang boleh makan sebanyak mana korang boleh makan, dan pilihan menunya pula, bukan kata masakan India, ada masakan Melayu, Cina dan Western pun ada, kira semua all in one dalam satu harga..
Buffet dinner ni bukan hanya kerana bulan perayaan Deepavali aja akan berlangsung, tapi sepanjang bulan Oktober dan November ini, korang boleh nikmatinya pada setiap hari. Cuma bezanya pada hari bekerja dan hari hujung minggu, harganya aja yang membezakan. Termasuk harga pada hari perayaan Deepavali nanti. Takpe details nanti Sis letak di bawah yaa.
Lebih dari 400 sajian menu di hidangkan! Dan pelbagai hidangan di sediakan, termasuk kalau mereka yang Vegertarian, pun ada di sediakan kaunter khas menu mereka. Antara yang menjadi pilihan adalah; Roasted Whole Lamb Leg Tandoori, Kerala Baked Fish with Masala dan Dum Biryani Lamb/Chicken.
Dum Biryani tu memang sedap, makan pula dengan lauk-pauk yang tersedia, korang jangan lupa mencuba masakan kambing mereka, memang the best, kalah kedai Mamak weyyy..
Juga menu-menu lain seperti; Royal Tah Chicken, Rogan Josh Indian Lamb Curry, Goan Fish Curry, Nigara Mutton, Rassam Soup, Curry Pizza, dan banyak lagi.. tak tertulis satu-satu laaa.. Bukan itu aja, ada juga section kaunter pelbagai Mee dan Pasta yang boleh korang cuba.
Selain itu, menu-menu masakan Melayu juga ada di hidangkan sebagai menu tambahan untuk korang jadikan pilihan. Semuanya menu yang highlight yang jadi pilihan pengunjung kalau makan di sini. Lagi-lagi kalau ada Patin Lemak Tompayak dan Asam Pedas Ayam, perghh memang sedap wooo.. (menu bertukar setiap hari).
Tak lupa juga kaunter makanan Jepun seperti Shushi dan Shashimi, aneka Salad dan juga aneka Cold Cut Cheese pun ada di sediakan.
Menjengah ke luar, ada pula secton masakan panas seperti Murtabak Kambing dan juga Tosei yang akan di masak atas permintaan, so korang boleh nikmatinya secara panas. Cuma satu jer takde, tak nampak pulak kelibat Satay hahaha.. India tak suka Satay ekkk..
Yang bestnya ada makanan kegemaran Sis, yaitu Vadey dan Cendawan/Peria Goreng, sedap sungguh, kemain banyak Sis makan yaaa.. bukan senang nak makan bebanyak gini, dah bayar kann, so ko bedal laaa.. rugi tak merasa semua, semua sedap-sedap.. senang kata, rasa dia 'sampai' tu Sunah yang kata.. hahahaha..
Tapi Masala Chai Tea dia memang sedap gilerr.. pekat, likat dan berasa tehnya, Sis minum tak ingat orang belakang, hampir 3 cawan Sis bedal, betul-betul cari masaalah kannn.. sedap ko, mana boleh secawam..
Manisan dan kudapan India pun ada di hidangkan. Bagi mereka yang memang suka, memang akan tertarik dengan semua manisannya. Terutama kaum India, memang jadi manisan mereka kan. Antara yang ada adalah; Kuih Rawa Urundai, Kuih Jillebhi, Kuih Athirasam, Kuih Ladhu, Kuih Paal Guva dan bermacam-macam lagi termasuk Kuih-Muih Tradisional Melayu kita.
Senang kata memang banyak pilihan laaa, sebab tu di namakan Colors of Rangoli hehehehe.. Apa? Oyster? Jangan risau, kaunter Seafood On Ice tetap ada seperti biasa. Cuma kali ni Sis lebih tumpukan masakan India aja, sebab sangat menarik perhatian Sis.
Amacam? Terliurkann hehehe.. so apalagi, korang boleh buat tempahan meja korang dan booking awal, sebab hari-hari juga fullhouse.
𝗖𝗢𝗟𝗢𝗥𝗦 𝗢𝗙 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗢𝗟𝗜 𝗗𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟮
Oktober & November
Cafe BLD Renasissance Johor Bahru Hotel
Sabtu hingga Khamis
Dari jam 6:30pm to 10:00pm
Harga RM98 nett Dewsa
RM49 nett kanak-kanak (6 to 12 tahun)
Setiap Jumaat dan Sabtu
Dari jam 6:30pm to 10:00pm
Harga RM138 nett Dewasa
Harga RM69 nett kanak-kanak (6 to 12 tahun)
35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
Video REEL di instagram akusislin
Dan sempena Hari Deepavali minggu ini, mereka akan adakan buffet Lunch & Dinner istimewa terutama kaum India yang ingin meraikan bersama keluarga, kawan-kawan ataupun saudara-mara pada 23 dan 24 October ini. Istimewanya menu-menunya akan lebih meriah dan suasana tempat juga mungkin akan ada perubahan, mungkin akan berubah ala-ala di Mumbai kot hahahaha..
Untuk harga dan tempahan meja pada hari Deepavali, korang boleh lihat details di bawah okay.
𝗗𝗜𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧
Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel
Pada 23 October 2022 | Dinner
Bermula jam 6:30pm to 10:00pm
Harga RM138 nett Dewasa
Harga RM69 nett kanak-kanak (6 to 12 tahun)
Pada 24 October 2022 | Lunch
Bernula jam 12:00pm to 3:00pm
Harga RM98 nett Dewasa
Harga RM49 nett Kanak-Kanak (6 to 12 tahun)
15% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
Untuk lihar LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke facebook page akusislin ni okay. Selamat menjamu mata dan selera ...
P/S: Depan rumah Sis India, tiap tahun bagi sedulang manisan bila tiba Deepavali, sedap pulak tu hehehe..
Wahh temptingnya! Kaya dengan hidangan berempah. Mesti aroma pun buat telan air liur.
ردحذفYaa Fizah, ini kalu betul-betul nikmati buffet masakan Indianya...
حذفaik boifren baru ke tu..hahahahah
ردحذفsedap sedap ek makanan India dekat sini, teringat2 lah kambeng dia tu..sedapnyaaa
Hahahaha BFF katanya hahahahaha
حذفYaaa semua menu sedap kannn... sampai bak kata ko hahahaha
ala ruginya tak join hari tu..kalau tak dah dapat makan makanan india ni
ردحذفAda dua bulan Eda, mana tau nanti nak bawa family, jemputlah pergi hehehehe
حذفSedapnya dapat makan makanan Indian cuisine ni..mesti terasa rempah die kan..
ردحذفSemua sedap Nurul, kena dengan selera Melayu kita walau menu tu masakan India...
حذفSis buat Rawlins terliur tengok juadah nie, especially manisan dia. Fuh lazat tu. Eh.. kenapa sis tak pakai Lenga aritu? hehe
ردحذفHehehe kann, sendiri tengok pun terliur Rawlins..
حذفMasa tu nak pakai gak, tapi cari tak jumpa plak sari hakak hahahaha
Wahh kemainnya menu dia. Mentang-mentang lah nak Deepavali ni, banyak pula menu Indian food dia.
ردحذفYe laa nak Deepavali ni kan, kadang ada yang tak masak, so bolehlah raikan raya di sini...
حذفOhh wow....this buffet sure gonna bring Diwali festive vibes with the food colours. So so tempting to enjoy. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفYup Sienny, mesti meriah dan happening kann, semua food dia pun sedap...
حذفsedap yer sis lin makan2 di buffet di hotel. nampak sedap lah semua menu.. berbaloi try
ردحذفKannn, puashati makan buffet ini macam sedap Huda...
حذف