SALAM MAULIDUR RASUL 1444H/2022 | ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)
ALLAHUMMA sholli ala Sayyidina Muhammad wa alihi washahbihi wasallim. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”..
Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam. Jika mati dalam keadaan tiada iman dan Islam, kita akan kekal tinggal di dalam neraka buat selama-lamanya.
Pada tanggal 12 Rabiul Awwal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia memperingati kelahiran Rasululah s.a.w. yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan.
Sambutan Maulidur Rasul 1444H tahun 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.
Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluarganya,”
Dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadir Riwayat At-Tarmizi
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. – Surah Al-Ahzab: 56
Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. – Hadis Riwayat Muslim
Setiap selawat yang dibaca oleh umat Nabi Muhammad SAW akan dibentang di hadapan Baginda SAW pada setiap hari Jumaat. Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Sebaik-baik manusia di sisiku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadis Riwayat at-Tirmizi
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..
P/S: Cuti panjang ni korang kemana aja? ..
Sollu 'Alan Nabiy
ReplyDeleteSyukur alhamdulilah ...
DeleteSalam maulud nabi lin
ReplyDeleteCuti panjang pi mana Ret? Hehehehe
Delete