TIBA-TIBA SAKIT TONSIL AKU DATANG MENYERANG

Sis Lin
6
TIBA-TIBA SAKIT TONSIL AKU DATANG MENYERANG | KELMARIN kalau ada yang perasan, Sis ada bagitau, tiba-tiba badan rasa sakit seram sejuk. Tapi bila dah makan panadol extend malam tu, elok dah rasa sakit. Suami balik ada belikan air kelapa, Sis minum habis sebiji. Esoknya bangun pagi (semalam) tonsil rasa perit. Terus pagi tu Sis makan kemam gula-gula Difflam

Tiba-tiba suara rasa lain, macam sengau-sengau gitu. Kebetulan semalam ada temujanji dengan kawan Sis yang baru pulang dari Umrah tu, Sis yakin Sis takde apa-apa, makanya selepas Zuhur Sis keluar amik kawan Sis di Bukit Indah dan kami makan tengahari di Mee Rebus House Bandar Sunway sana. 

Dalam pada borak-borak tu, suara mula rasa sengaunya makin menjadi-jadi, yang Sis pulak boleh order minum ais ekkk, ermmm bertambah laaa kesengauan tu yaaa.. rasa memang tak selesa betul. 

Tiba-Tiba Sakit Tonsil Aku Datang Menyerang

Mood orang sakit tonsil bila keluar merayap semalam.. mood celaru katanya hahaha.. 

Dalam perjalanan balik kerumah, singgah rumah Yana hantar kuih, masa tu bila bukak mulut bercakap dengan Yana, sahhh suara Sis dah serak dan mula bunyi on off jerr kedengarannya. Dan bila bercakap pun, tekak tonsil tu rasa sakittttt.. dah rasa macam baru lepas operate tonsil jer, adoiiii.. 

Sampai rumah, nak puashati kan hati, terus Sis buat selfkit swab dulu. Ye laa apa-apa pun kita kena test juga untuk pastikan kita ni sihat dari sebarang jangkita virus Covid19. Result menunjukkan alhamdulilah -VE. Dan pagi ni pun test sekali lagi kekal -VE. Makanya memang tonsil Sis yang sakit ni. 

Nak telan air pun sakit, minum air panas, lagi sakit, adoiii serabut emosi stress rasa. Dah lerr esok nak pi event makan lobster hahahaha.. memang buat hal betullah ko ekkkk.. So nak taknak harini kena pergi klinik amik antibiotik untuk cuci kuman tonsil ni, kalau tak memang akan melarat laa.. takat makan ubat batuk jer memang tak jalan laaa.. 

Tiba-Tiba Sakit Tonsil Aku Datang Menyerang

Alhamdulilah, semalam dan pagi ni test kekal -VE .. #kitaJagaKita

Lagi satu, memang nak ke klinik gak, nak amik ubat batul pil hahahahaha.. korang kan tau Sis ni penakut nak makan ubat batuk cecair, memang sanggup tahan sakit dari di suruh makan ubat batul cecair tu oiii hahahaha biasa memang makan pil jerr.. arwah Mak dulu sampai membebel-bebel kikikiki.. 

Bila tiba-tiba sakit tonsil datang menyerang, hilang semua mood tau, nak makan tak asyik nak batuk, nak minum perit nak telan, adoii laaa, seksaa rasa laaa... ke orang yang memang pernah kena tonsil ni, kalau kena memang teruk gini ekkk? Sebab dulu sebelum Sis operate, elokk je kalau takde suara pun, ni pakej sekali sakit macam berdenyut-denyut anak tekakk kat dalam tu, allahuakbar.. 

Itu laa kan, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.. so esok kalau pi event, kita kena diam jer laa bertakafur, makan kunyah dan telan.. mata jerr laa beri isyarat, nak bercakap kang orang gelak hahahaha.. adoiii.. 

Harini nak banyakkan rehat dan telan air masak. Harap esok kurang sikitlah sakitnya.. Okaylah nanti sambung, nak bersiap pergi klinik ni check-up dan amik ubat.. doakan kesihatan Sis yaa korang.. 


P/S: Janganlah melarat lelama oii tonsil, next week nak makan udang galah plakkk hahahaha.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!