ANAK AKU KENA BED REST SEHINGGA BERSALIN

Sis Lin
26
ANAK AKU KENA BED REST SEHINGGA BERSALIN | MUNGKIN ada di kalangan pembaca Sis di sini tau mengenai 'Bed Rest' untuk ibu mengandung ni kan? Tapi bagi Sis, ini adalah pertama kali Sis amik tahu dan juga pertama kali pengalaman Sis menjaga anak yang mengandung dan kena bed rest. 

Yaa jika korang ada ikuti perkembangan Sis di blog ataupun memana update status Sis di IGs dan juga FB Sis, mungkin ramailah yang tau keadaan anak Sis,Yana macam mana sebelum ni. Yana mengandung kes uri di bawah ketika kehamilan 5 dan 6 bulan, dan now dah masuk 8 bulan, sebelum kes dia warded baru-baru ni, uri masih di bawah. Nak dipendekkan cerita, sehari selepas majlis pertunangan anak Sis, esoknya tiba-tiba air ketuban Yana 'leaking'.. 

Terkejut Sis bila dia hantar gambar tiba-tiba ada air meleleh, Sis dan Ayah dia kelam kabut terus ke rumahnya nak tengok keadaannya, tapi Suami dia dah sampai dulu, so menantu terus bawa dia ke KPJ Pasir Gudang. Sis terus ajer dengan Suami bergegas ke sana. Sampai KPJ, kes Yana kena refer ke HSI aja, sebab Yana dah ada redkod kat sana dan dia juga tak pernah check-up di KPj sepanjang kehamilan. 

Apalagi terus menantu bawa Yana ke sana. Sis dan Suami balik rumah, menunggulah apa kabar beritanya. Samaada sudah sampai waktu bersalin atau ketuban tu hanya leaking aja. Dan alhamdulilah, setelah di check-up dan scan, keadaan baby okay, kandungan air ketuban pun masih dalam tahap bacaan normal dan urinya pun dah naik atas, syukur alhamdulilah. 

Anak Aku Kena Bed Rest Sehingga Bersalin
Kerusi roda arwah Mak dipinjamkan untuk Yana. Agak bosan Sis bawa dia keluar tapi naik kerusi roda. 

Cuma, atas nasihat dan saranan Doktor, Yana kenalah bed rest di hospital sampai bersalin, ko ngase? Hahahaha mana naknyaaa dia duduk kat hospital tu lelama kann hahahaha.. so dia pujuk Doktor minta balik, dan nak bed rest di rumah aja, nasib baik Doktor izinkan tapi kena lebih berjaga-jaga dan berhati-hati. 

Alhamdulilah, menantu pula minta izin nak hantar Yana ke rumah Sis untuk bed rest sampai bersalin. Sis lebih suka, sebab dapat menjaganya depan mata. Kalau dia duduk di rumahnya, mau tak senang hati Sis nanti. Lagipun Sis memang fulltime housewife kan, bolehlah menjaganya selagi sihat ni. Tang event ke job luar ke, tu semua boleh cancel, bagi Sis, yang lebih penting sekarang, nk fokus pada Yana dan bakal cucu yang akan lahir aja, moga mereka sihat dan selamat keduanya. 

Di bawah ni Sis kongsikan serba ringkas mengenai Bed Rest ni. Moga bermanfaat buat korang. 

Apa itu Bed Rest?

Ibu hamil mungkin terkejut ketika doktor menyarankan bed rest. Kadangkala, ibu perlu berehat daripada melakukan sebarang aktiviti demi kesihatan bayi dalam kandungan. Ini juga dibuat bagi mengelakkan bahaya stress ketika mengandung.

Sewaktu bed rest, ibu tidak boleh bergerak sesuka hati dan perlu berehat di atas katil. Doktor berharap dengan mengurangkan pergerakan, ibu dapat membawa kandungannya dengan selamat sehinggalah tempoh kelahiran.

Durasi rehat ini mungkin berbeza bergantung kepada keadaan ibu dan juga bayi. Ada yang makan masa cuma seminggu dua, namun ada juga yang terpaksa berehat selama berbulan-bulan sehinggalah bayi tersebut selamat dilahirkan.

Ibu hamil boleh melakukan bed rest secara sepenuhnya ataupun secara separa. Bed rest sepenuhnya memerlukan ibu untuk berbaring sepanjang hari kecuali jika ingin mandi ataupun ke tandas.

Anak Aku Kena Bed Rest Sehingga Bersalin

Apa yang boleh lakukan semasa dalam keadaan bed rest?

Walaupun ibu yang berada dalam keadaan rehat tidak dibenarkan melakukan aktiviti berat, namun senaman ringan dan regangan mudah masih boleh dilakukan di atas katil. Tetapi, jika ibu ingin melakukan aktiviti ini, pastikan korang berbincang dengan doktor terlebih dahulu ya. Kadar aktiviti yang dibenarkan mungkin berbeza mengikut individu.

Jika ibu dibenarkan bergerak sedikit, ibu boleh:
  • Bergerak ke dapur ataupun bilik air.
  • Duduk tapi tidak melebihi 1 jam.
  • Mandi.
  • Naik tangga yang tidak tinggi.
  • Berdiri untuk tempoh masa yang sekejap.

Tetapi, ibu sama sekali perlu elak daripada:
  • Melakukan apa-apa aktiviti berat yang melebihi 1 jam.
  • Melakukan hubungan seksual.
  • Meletakkan apa-apa objek dalam vagina.

Kesan sampingan bed rest

Amalan ini sebenarnya mempunyai pendapat yang bercanggah daripada pakar. Walau bagaimanapun, ia tetap dilakukan setelah mengambil kira kesannya terhadap ibu dan juga bayi. Sewaktu berehat, ibu boleh mengalami darah beku (deep vein thrombosis) pada bahagian kaki kerana kurangnya pergerakan semasa bed rest.

Selain itu, kekuatan otot dan tulang ibu juga akan makin merosot. Oleh sebab ini, ibu mungkin perlukan lebih masa untuk pulih selepas kehamilan nanti. Korang akan diletakkan dalam keadaan rehat di atas katil jika anda mempunyai risiko preeclampsia ataupun mengandung lebih daripada satu bayi.

Selain itu, jika korang mempunyai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan korang dan bayi, doktor juga mungkin akan mengarahkan anda tinggal di rumah dan berehat di atas katil.

Emosi ibu boleh terjejas

Namun, kesannya adalah paling teruk terhadap keadaan mental ibu. Ibu boleh mengalami kegelisahan (anxiety) dan depresi akibat bed rest. Tambah lagi, keadaan bed rest yang terlalu lama juga akan membuatkan ibu makin tertekan. Semakin ketat kawalan terhadap pergerakan ibu, semakin teruk keadaan emosi ibu nanti.

Oleh itu, penting untuk pasangan mengenal pasti risiko sebenar jika ibu perlu melalui bed rest. Ketika isteri hanya boleh terlantar dan tidak boleh bergerak dalam satu jangka masa yang lama, segala tanggungjawab akan tergalas pada bahu suami.

Malah, ada juga wanita yang terpaksa berhenti kerja kerana perlu melakukan bed rest. Impaknya bukan hanya akan dirasai oleh ibu sahaja, malah kepada seluruh ahli keluarga. Maka, penting untuk suami dan isteri membuat perancangan yang rapi untuk menghadapi bed rest.

Mereka haruslah selalu berkomunikasi dan bantu-membantu untuk elakkan ibu daripada rasa tertekan dan terbeban ketika terpaksa habiskan hari-harinya berbaring di atas katil.


P/S: Tu sebab laa Sis busy dan tak nyempat nak duduk update blog.. duk layan anak aja.. 

Post a Comment

26Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Allahuakbar moga yana dan baby baik2 aje ye dipermudahkan semuanya urusan untuk sis Lin

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, baik2 saja Yana nanti. Masa kita bersalinkan Iman, jiran sebelah katil pun bed rest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Kak, risau Maknya, but now okay semuanya...

      Delete
  3. pengalaman masing2 berbeza kan..bukan senang nak lahirkan seorang anak ni, nie la antara pengorbanan seorang ibu.. moga yg baik2 saja utk anak kak lin & cucu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mummy, macam Sis okay ajer bersalin 3 orang tu.. pengorbanan.. makseh Mummy..

      Delete
  4. Ok ako x sabar nkntgk bakal cucu ko tu... Ala2 korea x ghopenya.. Selera dh ke korea sgt tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha lately ni asyik nengok cite Korea dan makan makanan Korea, aduiiii

      Delete
  5. alahai...semoga baik-baik je untuk yana sampai dia bersalin.Baik ada depan mata kita kan sis, jadi takdelah risau sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Eda.. tu pasal Mak duduk diam-diam rumah hahahaha

      Delete
  6. Semoga semuanya baik-baik aja, dimudahkan semua urusan dan selamat semuanya untuk anak Lin ya.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby nanti

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan sis dan anakandanya..
    Semoga kedua2nya selamat hingga ke saat kelahiran..
    Aamiinnnn!

    ReplyDelete
  9. Seronoknya tido... tapi mmg kena bergerak sikit sikit je... Bagus sis... tgk anak pregnant depan mata... rasa terjamin keselamatan... Moga dilindungi dan dipermudahkan urusan.. Aamin... risau nya uri kebawah tu ye.. X dpt bygkan... adeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Non, kena gerak juga, kang susah pulak proses bersalin kan.. apa-apa pun makaseh Non...

      Delete
  10. Semoga dimudahkan urusan Yana hingga bersalin dengan selamat..
    Tahniah juga untuk Lin bakal jadi nenda tak lama lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MamaCella..
      Hehehe Nenek excited nau hahahaha

      Delete
  11. Moga Yana dan baby baik2 saja ye. Oka lah ni, Sis boleh tengok jenguk depan mata. Moga ALLAH permudahkan semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, aamiinn.. makaseh Kid sentiasa bagi support kat Sis ...

      Delete
  12. alhamdulillah, moga dipermudahkan dan sihat aje yana sampai nak bersalin nanti..ameen

    ReplyDelete
  13. semoga Yana dan baby sentiasa sihat. Semoga dipermudahkan urusan bersalin juga nanti. Pernah dengar pasal bed rest ni tapi tak pasti berapa lama. Thanks share kak lin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Farhana, Sis pun pestime pengalaman jaga anak bedrest ni haa..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!