CUTI EMPAT HARI PERGI MANA?

Sis Lin
2
CUTI EMPAT HARI PERGI MANA? | PUNYA lama cuti ekk, sampai tersadai blog sendiri, padahal bukan ke mana pun, cuma mood melayan anak-anak dan Suami tu jadikan diri ni sibuk bebeno, tu belum lagi ada cucu, silap-silap kang, sunyi terus blog Sis ni hahahaha.. 

Haaa korang amacam cuti? Bukan dua tapi empat hari sekali cuti di Johor ni haa. Jumaat Sabtu sedia maklum hari cuti umum negeri Johor, kemudian tambah satu hari lagi cuti peristiwa pada hari Ahad yang diperkenankan oleh Sultan Johor untuk bagi cuti berikutan kelayakkan JDT masuk ke Final Piala Malaysia, then di sambung pulak cuti khas sempena perlantikan Perdana Menteri-10 pulak, makanya empat hari laa jadinya cuti di Johor. 

Sampaikan naik tepu Sis dan Suami fikir nak jalan mana, cari makan mana hahaha. Dah hari-hari duduk rumah ni, ini kali cuti empat hari memang rasa lama beno oiii.. maybe sebab Suami juga bercuti, so idea nak keluar memana tu blurr. Nak jalan luar Johor, tak sanggup pulak nak hadap jem, tapi tak sangka dalam Johor pun jem juga woiii, adeiii nasib baik jugalah tak terjebak sama. Sebab di Johor ni sana sini banyak festival, so memana tempat dan jalan semua jem, meriah kann.. 

Cuti Empat Hari Pergi Mana?

Sis pulak, Khamis & Jumaat Suami masih bekerja, dan malamnya Sis sibuk pergi merewang rumah Geng KopiO Sis, Kak Zizi yang buat kenduri aqiqah dan majlis perkahwinan pada Sabtunya. Seronok lepak dan jumpa kengkawan gini, meriah terbayang-bayang suasana majlis kenduri kahwin anak Sis setahun yang lalu. 

Sabtunya majlis berlangsung, dari pagi keluar dengan Suami pergi opis terus ke majlis Kak Zizi, dah berjanji dengan Geng yang lain pergi saing, so bila habis makan, Bini-bini masuk dalam bergambar, Laki-Laki duduk laa luar sembang tunggu Bini hahahahaha.. Kak Zizi ni (baju putih kiri) Emak kepada Bee Aishah pemenang kedua Dewi Remaja tahun ni, so dapatlah berjumpa dan bergambar sama dengan artis hehehehe.. Tahniah dan terima kasih Kak Zizi. 

Cuti Empat Hari Pergi Mana?

Lepas makan kenduri, balik rumah solat salin baju, then Suami ajak keluar lagi. Ronda-ronda kat bandar jer, makan ABC di tepi laut Stulang Laut, punya lama weiii tak ke situ. Then sebelum balik rumah, singgah laa AEON Permas Jaya beli 'jajan'. Kata Suami buat makan tengok bola malamnya .. 

Yaa malam tu ada perlawanan akhir Piala Malaysia JDT lawan Selangor. Makanya memang duk ngadap TV ajer malam tu (abaikan karpet depan tv yang di jemur, tak di gulung-gulung). JDT menang dengan kemenangan 2-1. Rentap habis perlawanan malam tu. 

Cuti Empat Hari Pergi Mana?

Esoknya Ahad, pepagi lagi macam biaa, keluar dating mencari sarapan dan juga lauk-pauk basah. Lepas sarapan pusing-pusing meronda di Kong Kong sana cari ikan, tapi entah Suami tak kenan, so tak beli. Tup-tup katanya malam tu nak mancing kolam. Call kawannya tanya On tak On, sekali On, Sis iye kan ajer laaa.. 

Dan Ahad tu juga dapur tak berasap lagi. Laki Bini pi makan di Port Dulang Taman Kota Masai sana makan asam pedas. Sebelum ni dah pernah sekali makan dengan Sunah, okay jer asam pedasnya, kali ni pergi dengan Suami, ermmm rasa ikan dia tu tak puashati, Suami kata kepala ikan tu tak fresh, rasa ikan lama, terus terbantut selera, tapi sebab dah bayar, makan aja laa.. 

Cuti Empat Hari Pergi Mana?

Dan malamnya layan pulak Gegar Vaganza final. Memang di tunggu-tunggu siapakah yang jadi juara sebab kali ni saingan memang sengit gilerr.. tapi Sis dapat agak Jaclyn Victor jadi juara, tapi di saat akhir, tak sangka Bob sangat cemerlang nyanyian dia, hingga membuat Shila Amzah jatuh di tempat ketiga, tu pun nyaris-nyaris ingat Bob juara, tapi.... kalau takde Jac, rasanya Bob menang hehehehe.. 

Belum habis lagi Gegar Vaganza, Suami dah gerak keluar.. kan dah kata nak pi mancing kolam. Apalagi, malam tu Sis tidur punya lena laaa, sebab satu katil aku yang punya hahahaha.. Alhamdulilah Suami dapat dua ekor ikan Jenahak.. 

Cuti Empat Hari Pergi Mana?

Bila dah overnight memancing, apalagi balik rumah tidur laaa kan sepanjang hari. Sospagi Isnin semalam sampai tengahari Sis tak kemana-mana, siap masak lagi kat rumah. Permintaan Suami nak makan Daging Semur dan juga Sayur Labu Air masak bening. Bangun tidur terus makan. Lepak depan tv kemudian petang baru kami keluar. 

Sis ada order Siput Gonggong dengan Ujang Kong Kong, so petang tu pergi sana amik Siputnya. Balik rumah kemas-kemas dapur, lepas Maghrib terus Sis rebus dan makan ratah dengan Suami. Beli 3 kilo, sekelip mata hilang hahahahaha.. ada la tinggalkan sikit untuk anak bujang. Sedap fresh sangatttt.. hidup-hidup lagi masa beli. 

Alhamdulilah, tu laa cerita Sis kalau ada yang tanya, 'Cuti empat hari pergi mana?'... isi masa bersama Suami. Anak-anak pun ada rumah juga tapi anak bujang jer laaa, pun taknak ikut keluar dengan Sis. Yana balik rumahnya sebab hari cuti Suaminya ada. So takde laa Sis risau nak keluar rumah. 

Ni cuti dah habis, banyak kerja nak buat, lagi-lagi kerja rumah yang banyak tertunggak dek keluar masuk rumah jerr.. kain baju banyak nak lipat oiiiii.. adeiiii.. 


P/S: 4 hari cuti makan jerr, ni kalau timbang, mau berpusing jarumm hahahaha... 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Huntungla warga johor dapat cuti panjang.
    Orang kampung macam wak ni tak kenal cuti pun. Ujan2 pun keje juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama laa Saya Wak.. cuti hari-hari cuti, tapi bila Suami cuti sama, jadi blurr hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!