FENOMENA GERHANA BULAN PENUH BERDARAH (KHUSUF) | DARI malam kelmarin dan semalam Sis perhatikan bulan kemain penuh dan cerah sekali, cantik sangat di mata kasar. Jarang-jarang juga Sis dapat melihat bulan penuh secantik itu semalam. Dan pagi ni baru terbaca, rupanya petang ini akan berlakunya Gerhana Bulan Penuh 'Berdarah' katanya..
Selepas kali terakhir dapat disaksikan di Malaysia pada 26 Mei 2021, penduduk negara ini berpeluang melihat gerhana bulan penuh ‘berdarah’ pada 8 November (hari ini). Menurut pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azahari Mohamed, meskipun mula berlaku pukul 4.03 petang bagi sentuhan P1, gerhana tersebut hanya boleh dilihat ketara mulai 6.59 petang.
Ketika bermula fasa gerhana penumbra, kita di Malaysia tidak dapat lihat lagi kerana bulan berada pada altitud -39.6 darjah iaitu di bawah ufuk dengan azimut ialah 66 darjah. Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi hantaran dalam laman sosial rasmi memaklumkan kejadian gerhana bulan penuh itu dengan durasi keseluruhan selama 85 minit itu juga dapat disaksikan penduduk di rantau tenggara Eropah, benua Asia, Australia, Amerika, Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Lautan Atlantik, Antartika dan Artik.
Di Malaysia, ianya tidak kelihatan secara keseluruhan kerana mula terjadi ketika hari masih siang tetapi boleh disaksikan semasa fasa maksimum sehingga tempohnya habis. Apabila fasa bulan mula terbit ketika sentuhan ufuk pukul 6.53 petang, penampakan gerhana tersebut pada azimut 73 darjah masih lagi sukar kelihatan.
Ianya boleh disaksikan ketika fasa maksimum atau disebut sebagai sentuhan G selepas enam minit kemudian semasa azan Maghrib telah pun berkumandang di Kuala Lumpur. Berdasarkan garis panduan ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, solat sunat khusuf boleh dilakukan umat Islam di negara ini sepanjang tempoh waktu tersebut.
Gerhana bulan penuh berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk dalam bayang-bayang bumi yang disebut sebagai umbra ketika kedudukan tepat sebaris bumi antara bulan dan matahari. Jika hanya sebahagian bulan berada dalam kawasan umbra, ia dipanggil fasa gerhana bulan separa dan sekiranya dalam kawasan penumbra, kesan gelap tidak ketara dicam mata kasar.
Untuk fenomena kali ini, Uranus akan dikesan berhampiran bulan tetapi imej planet tersebut agak kelam untuk dilihat oleh mata dan cuma boleh disaksikan dengan penggunaan teleskop. Fasa gerhana penuh ini diunjurkan berakhir pukul 7.41 malam ketika sentuhan U3 sebelum fasa gerhana separa berakhir pula pada pukul 8.49 malam semasa sentuhan U4. Bulan akan kembali normal dan mula menampakkan wajah purnama ketika fasa gerhana penumbra tamat atau turut disebut sebagai sentuhan P4 pada pukul 9.56 malam.
Seperti senario pada 26 Mei tahun lepas, gerhana bulan penuh kali ini bakal tampak seperti warna kemerahan yang berdarah kerana pembiasan cahaya matahari atau serakan Rayleigh. Penduduk Malaysia yang terlepas menyaksikan fenomena berkenaan namun boleh berpeluang untuk melihat kembali kejadian gerhana tersebut sekali lagi pada 7 September 2025 kelak.
Solat Sunat Gerhana Bulan
Di dalam mazhab Syafie, mendirikan solat sunat gerhana adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut untuk melakukannya.
Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
ÙˆَÙ…ِÙ†ْ Ø£َÙŠٰتِÙ‡ِ الَّÙŠْÙ„ُ ÙˆَالنَّÙ‡َارُ ÙˆَالشَّÙ…ْسُ ÙˆَالْÙ‚َÙ…َرُۗ Ù„َا تَسْجُدُوا Ù„ِلشَّÙ…ْسِ ÙˆَÙ„َا Ù„ِÙ„ْÙ‚َÙ…َرِ Ùˆَاسْجُدُوا Ù„ِÙ„ّٰÙ‡ِ الَّØ°ِÙŠ Ø®َÙ„َÙ‚َÙ‡ُÙ†َّ Ø¥ِÙ† ÙƒُنتُÙ…ْ Ø¥ِÙŠَّاهُ تَعْبُدُونَMaksudnya: “Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.” (Surah Fussilat: 37)
Waktu Solat sunat Gerhana
Solat gerhana bulan boleh dilakukan bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan tamat dengan berakhirnya gerhana serta naiknya matahari.
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.
P/S: Maaf, belum ada kesempatan nak duduk update blog seperti biasa, terlalu sibuk dengan urusan keluarga.. terima kasih atas kunjngan kalian semua..
gerhana dan fenomena alam yang lain membuat kan kita rasa begitu kerdil sebagai hambaNya kan Lin.. Subhanaallah..
ReplyDeleteYee Kak, betapa agungnya kebesaran Allah SWT ...
Deletesemalam hujan lebat, x sure la nampak ke tak.. tapi MA memang x nampak la
ReplyDeleteRamai juga amik gambar bulannya kann..
Delete